http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: Semoga Berkekalan...
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, May 28, 2005

Semoga Berkekalan...

Assalamualaikum w.b.k...

Dah 2 minggu aku start keje. Erm... recovery week! Apa-apa pun keje tetep banyak menanti aku dengan setia. Termasuklah meeting-meeting yang ditangguhkan kerana ketiadaan aku. * Kuli camni lah*

Pagi ni masa aku sampai ada 4 sampul surat atas meja. Suspen je pepagi! Rupenya kad kawin... Syok jugak dah lama tak makan nasi kenduri kengkawan. The last one Nadia and Issac punya wedding 5 month ago kat Crown Princess KL. Hampeh nyer parking!

Nadia is one of my buddies kat UiTM beside Suria n Abby. Yang berjaya turn up that nite is Raja, Suria, Abby, Rafik, Badrul, Sayu and me. Cik Zaliffah pun ada dengan future hubby dia hehehe... tekanan member student kawin dulu.

Best jugakla sebab masa tu semua dah start keje and dah lama tak jumpe. Aku respect Abby, habih je shooting 999 terus datang, siap pakai kebaya tu. Abby kena balik awal sebab ada operasi cetak rompak lak. Hampeh tul macam tetau je aku nak gi cari DVD cetak rompak hehehe...Seperti biasa confirmed ada yang lambat siapa lagi...Abby. Abby yang Lambat!!! Alasannya berkhidmat untuk masyarakat! Ye la tu...

Then here come the couple. Bukan nak kata la tapi wedding tu remind me of Erra n Yusry punya wedding. Ko tiru ekk Nad? he he he... Tapi best even though aku kena dok dengan beruk2 tu he..he.. Rafik pulak ridiculous MC malam tu. Ok la... he did a good job! Badrul always with his new question sampai Suria bengang hehe...

Masa bersanding tu aku rasa dada aku sebak tengok Nadia. Bukan sedih tapi full of joy! Selamat dah sorang. Nadia jemput anak murid dia datang. Baiknya lecturer!. Tapi diorang ni asyik tengok-tengok je. Apa masalahnya? Tersenggih-senggih. Aku rasa mesti diorang recongnize Abby yang lambat. Tu la abby asyik interframe je kat 999 kan orang dah kenal!

Then masa dah nak balik tu lepak kat lobby jap adala anak murid dia ni tegur aku. Dia kata u all ni kawan Cik Nadia ker? Aku cakap la yer saya!!! Nadia tujuk gambar kitaorang kat anak-anak murid dia? Hampeh! Dia tambah lagi u guys look young even though dah 30 plus!!! (Suria ko jangan terkejut lak!) Aku macam nak pengsan dengar! Oiitt aku baru 23 la... Aku sengih je.

A few week then aku cerita kat Nadia dia gelak. Rupenya dia tipu anak murid dia kata dia almost 30. Dalam bilik dia ada gambar kita yang pasti lah tak cute langsung. Hampeh! Hampeh!

Congrat's guys... after 8 years both of u finally disatukan. Selamat Penggantin Baru. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Nadia sambung master? Oiiit tak tunggu aku pun yer?! Selamat menyambung perjuangan yang belum selesai...aku dan Suria akan menyusul. Tunggu...

Kad undangan yang aku terima pagi ni milik Abang Barren, Hanie, Abang Arpah and Faiz. Selamat Pengantin Baru!!! insya Allah aku akan datang! :P






0 Comments:

Post a Comment

<< Home