http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: Graduation Day! yay!!!
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, May 30, 2005

Graduation Day! yay!!!

Assalamualaikum w.b.k...

I know it's been 1 month dah our convocation ceremony. Let me recall to those yang failed to turn up. Mungkin ada yang tak pernah merasai kesyokkan Istiadat Graduation kat Malaysia ni kan?!. For those yang datang and terpaksa datang baca je la... Supaya korang tau betapa annoying nya korang hari tu...heheheh

Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara Ke- 61 berlangsung pada 24 April 2005. Bunyi meletop-letop. Oklah... that day. Since kita boleh jumpe semua orang balik after our last class on September 04. Amboi semua dah bekerjaya... eventhough ada yang terkeluar dari apa yang korang belajar still oklah... tak kurang jugak yang sibuk berinterbiu sana sini... laku jugakla korang ni yek!!! Bagoih la...

Pukul 7 pagi for the first time salah seorang geng lambat sampai. Haruslah aku angkat kening tengok Wirda dah sibuk menyuruh aku betulkan jubah dia. Oiii awalnya pompuan ni. Macamana tak awal parents dia ada patutla... Tengah sesibuk nampakla memuka yang selalu lambat sampai beransur menampakan diri memasingkan! Haruslah yang terakhir sekali ABBY YANG LAMBAT! Semua dah sibuk sarung jubah. Aku dah memang takde mood pagi tu sebab malamnya melayan adik2 aku ke Uptown balik kul 3.30 pagi. Sampai hotel bapak aku bising sebab nanti nak bangun awal. Heheh takpe lah kerana adik aku berdua tu lautan api sanggup aku renangi. Chewah!

Then diorang start sibuk call nama kursus. About 1000 graduate hari tu. So Mass Comm was in the middle. Buat pengetahuan semua Mass Comm ni ada lima jurusan. Broadcasting, Journalisme, Publishing, Public Relations and Advertising. Aku dalam jurusan Broadcasting MC 223. Course yang paling sibuk dengan production.

Since nama aku Z terusla di belakang nasib baik ada Zarina at least aku second last. Tengah dalam kepanasan dan hiruk pikuk tu adala yang tak sayang mulut. Dia cakap ceremony kitaorang hari tu macam hari pengkebumian Pope John Paul. Adui lemah jantung aku. Macam nak sumbat mulut dia dengan mortar board. Fikir balik tak muat!

So after dah jalan dari HEP ke Annex tu harusla sibuk tengok bunga yang dijual tu kan. Semua dok berangan bopren beli bunga. Aku harusla melayan ngantuk sampai sandar kat dinding heheheh... Bebudak ni sibuk amik gambar. Sampai dalam Annex aku terus duduk. Zarina dok sibuk touch up... aku jiwa kacau dok anggau kat bantal. Then startla Pak Abu Shah membebel ... terus panggil nama sensorang. Masa turn mass comm bangun aku proud jugakla... Kitaorang ramai 5 sequence. Bila orang dengar mass comm tu orang tengok jugakla memuka yang selalu kuar tv kan! Abby sekali lagi interframe!

Then sementara nak tunggu turn aku dah keras perut gelak. Metsue pakai baju kurung jarang then kain meleret aku rasa dah dekat 5 kali aku warn dia suh betulkan kain, dia buat dek. Masa kat tepi guest Wirda pijak kain dia and nak tersungkur metsue. Apa lagi hilang ngantukla ku takde kesian punya aku gelak. Sampai bapak aku letak telunjuk kat mulut dia suh aku diam hehehe. Sampai la nama aku kena panggil aku dok tersenggih senggih lagi...

Lepas naik kat pentas tu kena kurung sampai istiadat habis. Ada jugak la bebudak jahat ni panggil aku konon nak gi toilet tapi amik gambar kat luar. Hampeh! Oklah total up semua gambar almost 300 lebih keping. Adeh! nak mencuci tu la bala sikit... Takpelah ...

So after kuar dari Annex ni la yang ditunggu tunggu oleh semua orang. Apa lagi amik gambor lagi dan lagik... Sedey Suria and Nadia tak datang ... Takpelah... Suria kena flu hehehe nadia tak tau le!!!

Abah aku sibuk nak amik gambor dengan Abby 999. Eleh... perasan pamous la tu si Abby. Oklah... I feel great bila parents aku happy. They have a great time. I know from their face pun aku dah tau! Yang tak besh Abah aku sound masa on the way ke kereta. Bila nak wat master lak? Terus lemah aku. Em.. nantilah mungkin sebelum kawin... tapi kalau dah kawin confirmed sebelum aku beranak la kan for sure. Terabai anak-anak aku nanti.

Gi la studio amik gambar then lepas belanja diorang lunch, family aku pun balik la ke Ipoh.

Malam ada gathering kat Syed Bistro. Download gambar kat laptop and haruslah sesi mengutuk. Semua perasan lawa...hehehe...

I had a great time that day! To those yang grad tu CONGRATULATIONS!!! Gambar tu jangan le lupe pass pass yer...

Adios!

Siapa kita hari ini? Di mana kita kita hari ini? Jangan mudah lupa dari mana asal usul kita dan siapa kita! Sifat sombong dan ego tidak akan membawa kita ke mana! Walau setinggi mana kita berada sentiasa ingat asal kita di bawah. Mungkin suatu hari nanti kita akan tersungkur setelah lama mendongak ke langit.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home