Lamanya?!
Salam...
Yer dah lama aku tak update aku tau. Aku very da.. busy. Orang dalam pantang pun dah update 2 kali dah blog. Heheh.. Takpe la beb kan bagus. Ni menunjukkan aku banyak kerja. So bila boss aku tengok blog aku dia tau ahh aku dah lama tak update sibuk buat kerja. (Boss aku pun dah lama tak update blog dia )
Firstly aku nak ucapkan welcome to my blog to ZALELA. Dia ni member aku dari diploma mass comm dulu. Ohh and she is expecting a new family member. Anak sulung and dengar khabarnya due lagi 2 hari. Sabar erk! Ko pasti akan berjaya!!! Aku? Nanti ahh aku baru habis sakit pinggang yang azab baru ni. Bila aku dah stable nanti aku letak dalam blog ok?!
Last weekend aku balik kampung hubby di Kampung Penaga. Ahh i must say aku suka Penang. Ada sawah padi. Depan umah sawah padi belakang umah sawah pagi nak gi kedai lalu sawah padi. Semua best malam aku dan bard akan mengelawarkan diri ke Penang Island. Round round penang bak kata Maidin. Actually time aku balik kampung memang is a right time. Sebab hari khamis (2/8/07) aku mengalami kecederaan hati terluka yang teruk la cronic bak kata omputih. Malas nak citer la. Kang aku citer kang lagi sakit hati. Biar aku pendam jer. Bila dah masak meranum sakit tu aku blah! hehehe padan muka aku!
Ok berbalik pada citer Penang. Mungkin ramai tak tau bahawasanya bapak mentua aku ni 'pesawah' aku tak tau lah nak cakap kenapa aku panggildia 'pesawah'. Sebab keje dia hari hari naik moto check sawah dia yang dikerjakan oleh pekerja dia. Dia upah orang le. Kekadang bila aku ingat balik aku ni bertuah erk sebenarnya. Ada orang bercerita kat aku anak dia tak kenal lembu la, kerbau la, sawah pun tak pernah tengok. Aku pun kekecik lu tengok sawah dalam buku Alam Dan Manusia (Orang ingat lagi tak subject ni?) So bila aku kawin dengan bard aku gi kampung dia. Aku terus naik teruja dengan bendang dia. Our routine kalau balik kampung pepagi naik motor round bendang hehehe lepas makan tengahari tangkap anak ikan.
Ada satu inccident jadik dulu masa tu aku and bard sibuk tangkap anak ikan dalam tali air tetiba aku dengar ada orang cakap kat bapak mentua aku...
"Oit Razak, anak menantu hang dah berkubang dalan tali ayaq tu. Awatnya?"
Biaq pi ngat kat aku nak berkubang ka, kuak lentang ka, janji mak bahagia hehehehe... Aku ada cakap kat bard, nanti sok sok bila ada anak takde lah anak aku tak kenal sawah padi. Sebab tulah kehidupan kampung Bard dan itulah kehidupan bapak dia.
Kat Penaga ni semua nya best. Makanan especially semua ikan fresh. Seafood tak yah citerlah bawak balik dari pantai hidup lagi. kekadang aku rasa cam nak suh bard berenti kerja buat bendang kat kampung jer. Hehehe tapi mana maunya! Aku nak wat apa? Buat bendang gak? Matilah! Diva!
Hmm.. anak Suria dan Nadia dah 1 bulan lebih dan aku masih lagi tak sempat nak gi melawat dia. Setiap minggu aku ada bende nak kene buat. Minggu ni ada roadshow drama series aku yang terbaru Elly. Minggu depan aku ada di JB. Minggu satu lagi dan berikutnya roadshows ELLY lagi. Haiihh hadiah untuk Ian dan Mikhail ada dalam kerata. Tunggulah kalian erk Auntie yang horror ni datang.
Aku sekarang di landa masalah jerawat yang cronic. Dr kata hormone. Bard kata salah makan. Mak aku kata cam kuh semperit. Abah kata "Apsal muka kamu teruk sangat?" Abah itu bukan cakap tu kutuk. Tahlah aku persan lepas balik langkawi menjadi jadi jerawat aku. Apa apa pun aku doakan I got back my face cam kat sebelah ni ler * wink!!! Sebab tak pernah seumur hidup aku kene jerawat camni. Matilah mekk... January ni kami nak gi langkawi lagik! Siapa? Aku, Bard, Elly, Piah, Raja, Abby, Lin, Noza, Diana, Man, Jie jie and Abang Finaz. Harus!
Oklah I got to go. Aku nak gi Selayang Mall, Selayang. Aku pun tak tau camnan nak gi heheheh. Apa apa aku hapdate lagi bila aku free ok. Petang ni aku try nak cilok gi umah Suria! Kalau tak. Hmm... matilah mek!
P/s : Muka aku bagaikan bulan yang ditengok dari dekat. Apa nak buat jerawat!!!!!
5 Comments:
aku pon rasa penang tu cam sonok. tp masalahnye panas giler ah kat sane huhu~
i love sawah padi! satu pemandangan yang sangat cantik.
have u lost a lot of weight?
Masy,
Paneh!! Ok ye ker? Ok jer...
Madame,
Lost weight? kenapa erk?
jerawat? nak nampak satu biji pun?
baby..
Tu gambar sebelum di serang jerawat. Sekarang ni uwwwaaaa.
By the way ko ni saper ahh?
Post a Comment
<< Home