http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: Syurga di bawah tapak kaki suami!
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, June 01, 2005

Syurga di bawah tapak kaki suami!

Assalamualaikum w.b.k...

Aku terpanggil untuk menulis semula petang ni. Itu pun setelah terbaca blog Iwan budak praktikal kat tempat aku ni. Junior aku kat UiTM gak. Perigi mencari timba isu kat blog dia.

Kekadang ni aku terfikir kenapa perempuan yang selalu kena approach. Ada kengkawan aku kata jatuh standard kalau perempuan yang approach dulu! Apa kes ni? Pada aku Siti Khadijah pun boleh meminang Rasulullah SAW kenapa kita tak boleh?. Lelaki ni ada ego. Ego bukan sesikit... mengunung tingginya. Kalau perempuan approach dulu mungkin dia dapat membantu lelaki yang ego ni. Ego ke malu tahap dewa ke aku pun tak tau.

Teringat dengan kata-kata mak aku... Sayangilah orang yang menyayangi kita daripada kita menyayangi orang yang belum tentu akan menyayangi kita walaupun kita setengah mati anggau kat dia. Aku setuju dengan phrase tu. Aku tukar pulak phrase tu jadik....

Cintailah orang yang mencintai kita daripada kita mencintai orang yang belum tentu mencintai kita. :) Aku nak praktikan benda ni... Mehla aku kongsi dengan korang cerita percintaan parent's aku.

Abah aku pernah bertunang dengan orang kampung dia. Then abah aku ditransferkan ke Ipoh. Satu hari tu dia tengah lepak-lepak kat area rumah sewa dia nampak mak aku tengah kayuh basikal. Dia tengok mak aku macam biasa je la. Then start sebulan lepas tu abah aku dok ingat kat mak aku ni. Dah lupe la tunang dia ni. Buat pengetahuan korang masa tu mak aku dah ada boyfriend.

Setiap malam abah aku akan teringat kat mak aku. Masa tu mak aku harusla meletop! Sekarang pun meletop jugak la...theeheheh... Satu malam tu abah aku mimpi mak aku. Then with out fikir panjang dia buat solat Istikharah. Start dari hari tu memang dia akan sentiasa dok ingat kat mak aku. Terus dia balik kampung bagitau Atok aku kata dia nak putus tunang dan nak kawin dengan orang lain. Harusla abah aku bagi alasan Istikharah tu. Tapi sebenarnya dia dah cintakan mak aku separuh nyawa. Terusla Atok ngan Wah aku meminang mak aku.

Pada 12 Oct 80 hari nikah tu Tok Mun aku cakap mak aku menangis kat dia kata taknak kawin. Sampai malam berinai, orang dok menginai mak aku nak jadi incredible hulk sebab mak aku buang inai yang dia pakaikan. Memang dalam gambar inai mak aku tak merah hehe.. Nikah la jugak. Takde satu pun gambar kawin tu muka mak aku tersenyum. Ini kira kes kawin paksa la nih. Abah aku pun tak senyum aku rasa masa tu dia pun rasa tak besh la sebab kawin paksa kan. Tapi dia suke aku tau!

Lelama tu mak aku accept la jugak abah aku. Yang buat aku gelak masa mak aku pregnant kan aku, boyfriend lama dia kejar dia hehehe aku le saksi kejadian tapi aku tido dalam perut dia hehehe... Kalau tak dah lama aku sekeh kepala dia sebab menganggu mak aku. Isteri orang!!!

Then kalau korang nak tau selepas kawin tu. Mak aku tak pernah tinggalkan abah aku sorang kecuali diorang gi keje. Kekadang tu aku bawak mak aku gi umah Tok Mun melepak dengan sedara mara, kalau abah aku cakap dia dah balik rumah for sure dia akan ajak aku balik walaupun masa tu dia tengah makan. Dia akan basuh tangan dan terus ajak aku balik. Untung abah aku!

Kekadang tu aku terfikir jugak adakah aku akan menjadi seperti mak aku? Aku berharap aku akan menjadi seperti dia. Nak tau kenapa?

Sebab abah aku cakap kat aku, abah aku meredhai syurga buat mak aku. Dia adalah di antara isteri yang insya Allah akan mencium bau syurga. Dia sentiasa menyenangkan hati abah aku. Dan abah aku meredhakan syurga buat mak aku.

Syurga di bawah tapak kaki ibu. Syurga di bawah tapak kaki suami.

Adakah aku akan menjadi seperti mak aku? Akan senantiasa bersabar dengan karenah suami suatu hari nanti? Adakah suami aku akan meredhakan aku ke syurga seperti abah aku buat kat mak aku?*Sigh* Hope so... Siapakah lelaki itu?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home