Tired! Tapi BEST!
Salam...
Yay aku balik kampung last Friday and semalam sampai shah alam. Kampung aku di Ipoh hahahaha buat yang tak tau. Bila balik adik aku yang bongsu amik kat Medan Gopeng. Aku tanya dia mana abah. Dia kata abah balik kampung Teluk Intan memancing. Wahhh hangin la mak kan. Suh aku balik pastu dia takde kan. Sentap agong la aku kat umah. Mak aku cam biasa buat bodo and melayan aku macam pemandu peribadi dia hehehehe ajak aku ke sana ke sini. Malam tu aku hangkut mak, udin and boy gi dataran makan Char Kuey Yeow.
Saturday aku kene mangkit awal. Harus lah radio siam dah bunyik. Antara koleksi yang statement mak aku selepas aku kawin adalah...
"Bangun awal bukak semua pintu rumah baru rezeki masuk"
" Dah jadi isteri orang pun kene bangun awal! "
"Dah kawin kene mangkit awal nanti ada anak senang dah besa bangun awal"
"Budak bangun kul 4 5 pagi nak susu dia lapar kalau maknya mangkit lambat camana?"
Hamboi hamboi... suka erk tuduhna melulu. Aku mangkit awal la kul 6.30 pagi. Mak aku kejut aku ala ala bunyi azan subuh pertama. Matilah mek mangantuk lagi. Aku bangun terus mandi kalau tak maunya aku sanbung lagik. Aku tanya dia abah dah balik? Mak aku jawab belum lagi petang sikit. Dengan pantas aku sms bapak aku yg berada di tengah sungai perak...
"Ohhh abah suh jeda balik pastu pepagi mak dah bising. Abah aman jer menangkap udang erk?!"
Dia reply balik...
"Padan muka siapa suh bangun lambat! Abah balik petang dapat banyak udang galah"
Dah maleh aku reply menyakitkan hati aku aje. Pastu aku pun makan la Nasi Lemak mak aku yang teramat la best pagi tu. Then baru aku perasan yang adik adik aku tak bangun lagi. Wahh ni sudah lebih. Aku kene bangun awal diorang sesedap jer tido. Matilah aku memekik suh diorang bangun kan. Dua dua terkulat kulat bagun solah hehehehe... Aku yang dengki! Hahaa...
Ari sabtu tak banyak activity aku tengok tv jer layang mak aku. Layan Raja Lawak tu then tengok DVD FESTIVAL. Kelakor la. sakit perut aku. Mak aku lepas zohor sempat lagik tido.. wah wah sedap jer dia tido erk aku ni takleh tido siang nanti sakit kepala. Siapa yang rugi aku jugak! Mencik taw! Lepas dia solat Asar mak aku ajak aku gi kedai perabot pulak... Maleh nya! Tapi aku gagahi jua lah siap amik makcik aku and sepupu aku, Kak Ikin yang sedang boyot 7 bulan tu. Sepanjang jalan la aku dok dengar mak ngan mak long aku bersembang. Kak Ikin ngan aku muka boring jer!. Ohh mak aku siap perli dia kata aku bawak diorang gi kedai tu rasa jauh sangat. Amboi! Aku bawak diorang dari Tambun ke Lahat maunya tak jauh! Complaint lagi Hajah Sum ni.
Pegi lah kedai Jati Jepara tu. Mak ada hati nak beli perabot lagi. Dia tanya aku cantik tak? Aku kata cantik tu memang la cantik tapi nak sumbat mana lagi mak. Dia kata yang tu lain cerita dia nak beli buaian kayu nak letak kat laman umah. Kengkonon nanti ada anak aku boleh buai kat situ. Oit! Takde maknanya aku nak berbuai buai kat situ cam bawang putih baik aku tengok barney kat tv. Tapi aku tak la cakap kat dia aku cakap dalam hati jer. Heheheh... nak kene ceramah la kalau aku cakap kat dia... Tetiba dalam aku sibuk sembang ngan Kak Ikin abah sms..
"Kat mana? Takde siapa kat umah"
Aku reply
"Ohh kami gi jenjalan habiskan duit mak. Abah tunggu la kat umah yer.. semalam kan kami tunggu abah... kene take turn yer haji...."
Abah reply...
"Balik cepat! Boring takde orang"
Eh eh eh... apa kes aku tak tau la. Musti dia mau eksyen sama aku yang dia dapat banyak udang galah. Hehehehe Aku dah terbau rendang udang galah! Dalam kul 7.30 malam kami sampai umah abah takde dia gi surau. Lepas isya' abah balik dia tanyak aku gi mana la apa la. Mengalahkan polis pencen. Apa lagi haruslah aku report activiti mak aku kan. Mak buat dek jer!
Ahad mak masak very da marvellous! Antara menunya...
1. Gulai Tempoyak udang galah (anak jer)
2. Kari daging cincang ( aduhaii! sedap)
3. Rendang udang galah (Yang bapak udang galah)
Tak aci tak aci! Bila buat gulai tempoyak musti udang kecik. Udang beso semua buat masakan kegemaran abah! Kata tangkap udang untuk aku? Apekeheynya? Mak tertipu. Dalam keadaan aku sibuk nak balik mak aku siap tapau lauk pulak untuk Bard. Ewah ewah ini sudah lebih aku nak kene merendeh mengangkat barang pulak. Seperti biasa mak dengan aksi drama nya nangis bila aku nak balik. Cam la aku dok kat Antartika pulak. Ohh kebetulan aku baru perasaan abah trim jangut dia macam Bard (Lakiku) aku cakap kat abah janggut dia cam Metellica dengan canggihnya dia cakap.... Ini sunah Nabi! Ohh matilah mek!
Sampai Shah alam perkara pertama yang bard tanya.. Apa lauk mak kirim. Ni yang akak rasa nak nanges ni! Bukan tanya aku sihat ker apa ker tanya lauk! Akak yang berhanggin!!!!
P/s : Haiihh very the bored hari hari gi kerja jem jer bard dah complen. Maksudnya encik bard?
4 Comments:
i saw the serai di lanjut punya gambar tu.. my hubby baru suruh survey website dia.. tengah planning2 nak gi sana next holidays ke.. :D
Best la tempat tu aman dan damai. Itu untuk tempat berehat TOTALLY! Lenlain takde ada pantai, swimming pool and kuda. Nak keluar jauh sikit. Kalau nak bbq boleh tapi kene bagi tau. Malam ada karaoke jugak.
wah cite pasal lauk lak budak ni hehehhe
Masy,
Lauk best giler babe. Aku nyaris terajang dinding umah lepas rasa gulai tempoyak tu. Udang galah manissssssssss gilerrrr! Aku suka!!!
Post a Comment
<< Home