http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: Siapa Tipah Vogue?
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, August 03, 2006

Siapa Tipah Vogue?


Salam...

Aku dah tukar blog aku back to biasa balik. Hehehe Actually bukan aku la.. Cik Tipah aku yang diimport khas dari BNM. Dia ni kira macam webmaster aku la. Kalau aku ada problem jer dengan page aku terus email memberikan masalah pada dia hehehehe... Sowi erk tipah!

Siapa budak tipah ni? Tah la aku sebenarnya tak pernah jumpe dia. Tapi aku mula kenal dia di Blog Apai. Di mana Apai tanpa segan silu akan menyelitkan nama Tipah di dalam setiap entrynya dulu. Kini setelah Apai memindahkan dirinya ke Brunei sudah jarang benar aku mendengar cerita Tipah. Namun ianya tidak berakhir di situ... Aku sempat bertukar email add di blog Apai. Tipah ada menjemput aku datang ke blognya. Dari situlah bibit-bibit perkenalan di antara aku dah Tipah. Melalui Tipah jugalah aku mula mengenali Nina. Mereka ni juga telah menjadi friendster aku.

* Tipah aku rasa apa yang aku tulih kat atas ni cam.. cerita cinta la plak. Salah la erk? Salah concept la aku nih!

Setelah mula mengenali tulisan tipah yang banyak berunsurkan pengalaman dan bertatabahasakan ejaan yang tidak pernah ku jumpa di dalam mana mana kamus di dunia ini. Aku tahu Tipah ni gila -gila juga orangnya seperti aku.

Yang lebih penting Tipah banyak menolong aku di dalam menyelesaikan masalah blog yang memerlukan kod kod rahsia di dalam templet. Aku rasa sejak mengenali Tipah dia tidak pandai mengampu jauh sekali mengipas orang ataupun mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain... Aku pernah bercerita dengan Tipah melalui email tentang dilema, masalah aku tanpa segan silu. Dan dengan jati diri yang tinggi Tipah akan menberikan khidmat pendapat kepada aku...

* Tipah aku rasa tulisan aku ni dah buruk benar bunyinya...

Aku adalah pembaca setia blog Tipah. Kisah suka duka, sakit pening tipah serta kisah Tipah ditinggalkan van akibat menunggu di block lain dan kisah pertunangan Tipah yang lain dari orang lain yang sederhana tapi meriah dan tak mengherankan aku. (Ada member aku ni bertunang dulu tapi aku tengok intipati pertunangan dia tu over dan juga tak pernah dibuat orang di hari pertunangan. Siapa dia? Biarlah Rahsia...) Aku dapat tau Tipah akan mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi dengan jejaka kesayangannya iaitu Superman...

* Tipah baik aku akhiri blog ini dengan cepat kalau tak ko akan pengsan...

Tipah.. aku amatlah berterima kasih kepada ko kerana mengiktiraf aku sebagai kroni ko di link blog ko. Terima Kasih kerana melayan kerenah aku ... Terima kasih kerana memanjangkan tali silaturahim aku dengan Nina dan blogger lain.

Mungkin benar kata pujangga orang Perak memang mesra alam. Mudah bergaul dan tidak sombong.. Kita juga bernaung di bawah zodiack yang sama....Itulah kita dari skuad Kejor Yob Kejor....

Terima Kasih Tipah Vogue.....

* Tipah inilah akibatnya apabila aku menulis blog selepas otakku penat bekerja dan bangun seawal jam 4 pagi untuk menjemput mentua ku yang baru tiba di KL Sentral jam 6 pagi....

6 Comments:

Blogger tipahvogue said...

haduuuuuuu...zaida!! awat ayat ko skema giler?!?!!! memang mantul pala aku kejap dibuatnya!!! hahahaha...

tapi kan zaida, pa pe hal pon, toche bebanyak sebab sudi wat entry khas untuk aku! isk!!! terharu sungguh aku dibuatnya! aku rasa pertolongan aku, idak le beso sangat pon! aku tolong ko wat blog pon sebab aku suka belek coding. ihiksss...

neway, toche memanyak ek kawanku!!! terharu nih! isk!!!!

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

August 04, 2006 8:53 AM  
Blogger zaida Ismail said...

muahahahaha... Aku suka bila ko jadik mantul kepala hahahaha.. Itulah objective utama.

Ko suka coding? Ko ni macam Kylie XY (new program will be on tv soon)

August 04, 2006 10:13 AM  
Blogger Masy said...

Mungkin benar kata pujangga orang Perak memang mesra alam

aku tak penah dgr lagu kata pujangga ni..mana ko dengar ek?huahahahaha.. tp ye kan jelah..hihihih

August 08, 2006 11:07 AM  
Blogger zaida Ismail said...

Kata pujanga tu aku la... lalalallalalaala.... tu ahh tak amik sastera kan dah tak tawuuu..

August 08, 2006 4:56 PM  
Anonymous Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read »

February 05, 2007 1:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » »

March 05, 2007 4:09 PM  

Post a Comment

<< Home