http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: Bard and aku speechless!
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, October 07, 2008

Bard and aku speechless!

Salam...

My hari raya was fun. 1st raya at 11.30 pagi aku dah chow balik Ipoh. Best gak balik raya pakai baju raya and bard dengan songkoknya. Aku nak tido sebab rasa mengantuk tapi aku tak berani sebab aku takut bard akan terus ke Penang instead of ipoh. Matilah aku tebas sawah bendang bapak mentua aku. Raya ketiga kami balik penang dengan Abah and mak and udin pun ikut sebab nak raya umah tok besan. Lepas makan and sembang - sembang diorang balik. Semalam aku balik Ipoh and overnite kat sana dengan bard plus abang ipar aku sekeluarga pun tido kat umah aku. Pukul 6 pagi tadi aku bertolak dari Ipoh ke tempat kerja.

Penat erk arini! Aku gi 2nd check up. Hujan selebat lebat alam kat Shah Alam nu. Apa lagi bad drop aku kat depan DEMC while dia gi cari parking. Around 3.30pm aku masuk jumpa Dr. Mazitah. Dia ni sebenarnya lagi excited dari aku sebabnya last check up dia tak boleh nampak anak aku lagi so tadi masa aku sampai. Dia tanya la sikit sebanyak pasal aku.

Dr. : Ada morning sickness Zaida?

Aku : Takde Dr.

Bard : Dia takde muntah ke pening ker apa pun takde.

Dr : Haa.. bagus la... tak payah mc.

Aku : Tapi saya pulak yang confiused betul ker mengandung.

Dr : Jom kita tengok dah boleh nampak tak baby.

Kan aku dah kata dia tunggu green light aku jer nak tenyeh bende scanner tu kat perut aku....

Dr : Haa... nampak tak benda yang berdenyut tu?

Aku : Erm... nampak...

Dr : Tu lah heartbeat dia...

Aku : Ohh... besar gak erk budak ni...

Dr : Ehh bukan besar ni ada 2!

Aku & Bard : Ahhh????

Dr : Ha dari apa yang I nampak ni u are expecting twins!

Bard : Betul ker? Family u ada history kembar ker?

Aku : Takde pulak. u kot?!

Bard : Takde....

Dr : Takper mungkin Allah nak bagi ni.... Tapi saya akan monitor lagi the pregnancy. kadang kadang kalau satu ni tak kuat dia akan disappear terus.

Aku tengok bard.... Bard tengok aku....

Apa lagi lepas amik Calcium... aku roger abah ngan mak... Komen diorang.

Abah - Ha bagoih la rezeki Allah taala bagi. tak sesia aku doa kat mekah ngan hajat.
Mak - Elok le tu kamu pun dah 2 tahun nak break dapat 2 sekali.. Allhamdullilah

Anyway takpelah rezeki. Kalau ada Alhamdullilah kalau satu pun alhamdullilah. janji ada! Suria was the 3rd person yang aku bagitau. Aku rasa lepas bersalin aku tak payah la nak sibuk masuk gym ker jog ker. Sebab aku akan mendapat excersice yang baik lepas bersalin. matilah mek!

Labels:

15 Comments:

Blogger Eureka! said...

Alhamdulillah...I rasa nak melompat-lompat baca this entry...
Pas tuh...teringat plak...wah kena beli present double nih...Double congrats!! Rezeki! Ewah Bard!! Dapat dibayangkan senyum Bard sampai ke telinga!!

October 08, 2008 12:32 AM  
Blogger Suria Khamis said...

zaida! ko cool lah... sama taraf dengan celebrity!!! muahaha... aku suruh udin jaga anak2 ko nanti ko takmo... best per... biar udin menyesal sebab pernah mencabur plug vespa ayah ko... muahahaha!

congrats babe! happy lak aku tau ko insya Allah dapat twins. aku nak gelak jahat sebenarnya... muahahahaha! dulu ko pernah ambik gambar aku mandikan ian kan. ha, nih aku nak ambik gambar ko nanti. tgk mcm mana... ahahahaha!

October 08, 2008 11:30 AM  
Blogger zaida Ismail said...

Kak Lotfi... You lompat seronok erk? I pun excited tapi susah hati ni camana nak handle 2 sekali. Tapi dr will monitor 2 weeks 2 weeks sebab sometimes it can be 2 or 1 or 3. See first la...

October 08, 2008 12:26 PM  
Blogger zaida Ismail said...

Suria.. udin jaga? habis anak aku. Ni pun dia dah tanya kalau 2 siapa nak jaga. Got the hint already! Aku la Zaida Lopez hahahaahaha.. or Zaida Jolie pun boleh.

Gambar mandikan anak aku or anak aku mandikan aku? Huhuhuhu

October 08, 2008 12:28 PM  
Blogger theroyalmonkey said...

This comment has been removed by the author.

October 08, 2008 10:49 PM  
Blogger theroyalmonkey said...

mana tau anak ko kembar tak seiras... nanti namakan anak pompuan nurliyazah elanidzrona binti ahmad badrul..pas tu lelaki ahmad zulfaiz shuhaikalnizam bin ahmad badrul...
okay kan???

tapi kalau gender sama...ko pecah dua je nama nama kitaorang...kitaorang tak kisah!!
hahahahah

weekend ni aku carik gambor aku utk ko tengok...hahahaha

October 08, 2008 10:56 PM  
Blogger eLLe said...

waa..besnyeee...congratee zeda...

October 09, 2008 12:39 PM  
Blogger zaida Ismail said...

Wah wah rona sedap erk nama tu. Apa ako nak panggil diorang dengan nama panjang camtu. Your proposal has been rejected! hahahahahah...

October 09, 2008 12:41 PM  
Blogger zaida Ismail said...

Thank You Shelly!

October 09, 2008 12:43 PM  
Blogger eLLe said...

eh zeda, kena tukar la ticker atas tu...kena wat image baby kembar..huhuhu..

October 09, 2008 2:15 PM  
Anonymous Anonymous said...

congratulations! tak sia2 lama mencoba...hehehe

October 09, 2008 3:10 PM  
Blogger zaida Ismail said...

Siapa ni anonymous? Hahahaha

October 09, 2008 5:51 PM  
Blogger zaida Ismail said...

Shelly.. kene tunggu dulu confirmed twins untill 12 weeks aku tukar ok takmo over xcited...

October 09, 2008 5:52 PM  
Anonymous Anonymous said...

aku ler...now heavybodi kan ply :)

October 10, 2008 6:04 PM  
Blogger zaida Ismail said...

Aku ler tu saper?

October 12, 2008 1:29 PM  

Post a Comment

<< Home