http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: Buhbye Apai... Thanks for all of the thoughts...
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, October 19, 2005

Buhbye Apai... Thanks for all of the thoughts...

Salam...

Hi sumer... Aku sungguh la happy sebab benda yang dihajati dah dalam gengaman. Tak pernah plan seroiusly pun nak dapatkan benda tu but instinct says so! Last Saturday... Balik jumpa Suria Bard amik aku kat rumah Suria di USJ yang dirahsiakan hehehehe... Plannya nak ke Sunway Pyramid jumpa Elly sebab dia nak amik digi cam dia.

She bought an olympus all weather camera. Cantik jugak suddenly Bard hilang kat IT section as ussual. IT personel cam dia kalau hilang situ je la korang cari for sure jumpe. He teached me a lot. So bila aku sensorang tu per lagi tawaf la display cam kat situ. Suddenly aku suker la sangat kat satu Nikon ni. NIKON COOL PIX S1 nama dia. Nipis dan simple. Aku ni kan simple. Yang membuatkan aku jatuh hati ialah LCD dia besar dan memuaskan. Aku teruja!!! Teruja...

Tiba-tiba Bard datang dari belakang terkejutkan aku. Opocot! Sowi aku tak melatah. Dia tanya suke ker. Aku cakap mustilah. Then dia cakap belilah! Woit suker hati! Aku kene budget jugak. Tah la bila ingat ingat sampai bila aku nak put on hold kan. So pejam mata la aku beli. Good Price la aku takmo cakap berapa sebab nanti korang serbu kedai tu. Dia pun suh aku promise jangan cakap berapa! So I hold that word.

Sekarang aku dalam process belajar nak gune digi cam tu. Yang pastinya banyak la muke muke kengkawan aku yang jadi model tak bayar. Ihikkkss... Aku suker.... Semalam wat pertama kalinya aku amik gambar Masjid Shah Alam di waktu malam.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Semalam aku balik pergi ke Pasar Ramadhan Stadium. Aku dah tangkap cintan dengan satu benda plak! Payah la aku nih! Len kali maleh dah bawak aku. Heheheh... Beli la makanan juadah mentekedarah kengkawan.

So seperti biasa Dawood Seksyen 9 port yang paling strategik. Semalam ramai yang datang! Antaranya... zaida, bard, abby, dina, fiza, wirda, elly, Gg, budin, Nuar, Lin, noza and Ga. Best la berbuka di perantauan ni. Baru ingat mak bapak kalau tak kacang lupakan kulit sumer! Hampeh! Ada la memacam cerita bila sumer dah keje nih. Gelak sampai guling guling. Wah bestnya. Rindu plak kat Ipoh.

Dengar cerita hari ni ada reunion lagi dengan kehadiran metsues plak! Haiihh tak bley la aku nak tengok PC Rayakan cinta hari nih!!!!

Dari tadi abah aku dok sms tanya 'kat mana?' 'buat apa?' aku wat dek jer sebab majoksss.. (tipah yang ajar nih!) Last sekali abah aku hantar 'da dimana buat apa ngapa diam lapo ker' hahahahaha pecah perut aku gelak. Dalam hati aku 'siapa suh wat Jeda pujuk balik' syok ohhh kalau sekali sekala kene pujuk dengan mak bapak ni. Terasa diri ini disayangi hehehe...

~Ada hadith mengatakan barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama org yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang sentiasa menangis takutkan Allah SWT adalah diharamkan dari api neraka jahanam dari tubuhnya.~



0 Comments:

Post a Comment

<< Home