http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: March 2006
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, March 20, 2006

Kursus Kawin ~ ustaz besh!!!

Salam...

Last weekend aku sibuk berkursus dengan Bard kat Majlis Agama Islam Selangor. Eleh! Bangunan yang kat depan masjid Shah Alam tu ler! Wokeh la 2 days kene 'penderaan mental' hahaha.... Dapat ustaz yang besh memang lawak giler. They are so good and in fact transparent giler!aku gelak takde kesian punya la....

Bila aku toleh aku tengok Bard dah merah muka gelak. Kurang hasam! Tapi okla... Dia gelak tu maknanya normal. Kalau dia tak gelak maknanya dia kureng... siuman hahahaha.... So now aku hanya tinggal beberapa penting yang perlu disiapkan menjelang hari aku diisytiharkan perintah berkurung hahahaha.....

Those things....

1) HIV test ~ ni adalah masalah negara kerana ada kaitan dengan jarum.
2) Isi borang pengantin perempuan ~ Small matter men hanya dihujung jari sahaja.
3) Beli barang hantaran ~ Complete set siap!
4) Baju akad nikah ~ aiyohhh... susah ni aku ni cerewet! Tapi dah beli kain!
5) Baju sanding ~ hem.. yang ni aku rasa mak abah aku yang pilih
6) Pelamin ~ Abah aku uruskan sebab aku jauh....
7) Langsir and cadar katil ~ Ni abah aku punya kerja aku cuma cakap ye atau tidak.
8) Cincin tunang ~ Bard punya kerja.
9) Gelang kawin ~ Bard jugak!
10) Rumah ~ Ni aku yang pilih. Semua orang save your comment!
11) Kenduri ~ Family aku buat semua.
12) Cenderahati ~ Ni aku ada beli something dari Bali. Tak semua orang dapat erk!
13) Kad jemputan ~ List dah siap tunggu lagi 3 minggu nak kenduri aku bagi erk!

Itu jelah yang aku tau yang lelain tu Che Mail dan isterinya akan uruskan. Aku ikut jer. Aku jauh lagipun yang penting AKAD betul tak. Yang lelain tu aku serahkan pada orang yang telah banyak habis duit kerana aku. As long diorang gembira aku pun gembira.

Oklah dah takde mende nak update lagi later aku cerita pasal trip aku ke bali bersama bebudak 8TV.

Assalamualaikum wbk....

Monday, March 13, 2006

Berapa lamakah lagi....`lagu spring

Salam...

Sorry la kengkawan lama tak update nih sibuk nih!!! Macam-macam diorang nak launch kat ntv7 nih! Aku masih seperti dulu sibuk dengan activity dan hanya mengapdate blog ni bila sempat!.

2 minggu lepas aku balik Ipoh dengan Bard tapi Bard hantar aku je pastu dia balik Penang. Aku dah tau dah bila balik ni mesti ada issue menarikss...

Abah : Da kamu dah beli hantaran???
Aku : Belom ( concentrate kat tv!)
Mak : Bila nak beli?? Tinggal berapa hari je lagi nih!
Aku : Mak... nanti Jeda beli ahh.. awal lagi ada 130 hari lagi nak kawin hehehehe
Abah : Kamu memain la erk... Lagi berapa bulan je ni. Tengok kami dah siap macam macam dah kat sini...
(Ni yang aku maleh nih....! )

Aku : Mak.. bende yang penting akad nikah kan... yang lelain tu takpe... Jeda pun malas nak mebazir nanti lepas kawin lagi banyak nak pakai duit. Lagipun kitaorang nak sewa umah semua..
Mak : Iya la... tapi beli la sesiap... Dah petang ni kita gi temgok baju sanding...
Aku : Ha cakap pasal sanding apa kata tak payah buat. Sebabnya... Jeda rasa bende tu tak practical baik gi kedai amik gambar lagi senang....
Abah : Sanding je lah... bukan selalu kawin kan!

Aiyohhh.... letih la aku camni....

Abah : Bila nak buat kursusu kawin nih?
Aku : Lepas Sure Heboh kat Nilai Jeda pegi la dengan Bard.
Abah : Pastu kamu gi buat HIV test tau. Boleh buat kat hospital kerajaan jer!
Aku : Aiii HIV test plak? Eleh tak yah la abah... Dia pakai jarum besar ker?
Mak : Sibuk kira jarum pulak... kira hantaran kamu tu dulu...

Adehh kene marah plak... Sebenarnya aku tak kisah sangat pasal kursus, beli hantaran semua tapi.... Test HIV tu buat aku tak tidur malam... Bukan apa aku ingat lagi masa aku demam teruk dulu doktor memandai suspect denggi pastu pree pree je amik darah aku jarum besor tak henggat.

~ Bard cakap lepas kursus kawin amik HIV test pastu beli hantaran then hantar balik Ipoh... Camana nak mintak dapat jarum kecik erk????