http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: October 2005
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, October 28, 2005

Closed! Nasi Kerabu....

Salam...

Yesterday I experienced a worst night mare. Around 3.30 pm aku gi surau nak solat suddely aku dengar something bising kat luar. Hujan lebat GILER! Wahhh sampai lepas asar tak berhenti lagi. Aku dah risau! Risau pasal Pasar Ramadhan yang ditimpa hujan lebat.

Terkenangkan lauk pauk yang bertambah kuah!!! Terutamanya NASI KERABU kegemaranku. Sebab dah almost 4 days aku mentekedarah benda tu. Aku dah jatuh cinta dengan ikan tongkol masak lemak merah. Puhhh terajang dinding sedapnya!!! Sampai Bard warning aku " You... I ni orang Penang bukan orang Kelantan kalau dah hari-hari makan Nasi Kerabu ni caner sayang oiii". Apa lagi sengih la aku!

One thing about me kalau aku dah suka benda tu hari hari aku makan bende tu! Itulah Zaida Ain't That Easy. Sedap kalu korang tak caya gi la raya kat Pasar Ramadhan Stadium... Then dari office aku nak ker Giant actually ambil masa dalam 15minutes kalau jem petang tu. Semalam aku kuar office dari pukul 5.00 pm pukul 6.00 pm aku sampai depan Giand 13. Pastu jalan depan apartment tu tutup. Sebab air dah naik paras pinggang. Aku nampakada satu cina tu sandar kat pokok sambil tengok BMW dia yang sedang berenang heheheheh....

So semalam jalan one way dah jadik huru hara aku pun conpius. Kalau ada polis trafik pun bak kata FIZA pondan "dah takder maknanya nokkk". Then dalam hiruk pikuk tu ada la satu bas kilang ni nak tunjuk pandai. Masuk jalan orang then nak cross divider rendah haaa... "hamik ko satu tayar dia masuk dalam longkang kat tengah-tengah divider tu! Tak reti sabar!


So setelah pusing jauh kami pun samapai la kat Pasar Ramadhan 13 tu. Orang tak ramai sangat! Mungkin sebab hujan then scenery kat belakang orang menjualtu macam kat tepi laut! Cantik tapi laut Teh Tarik! Aku cakap kat Bard, jawapan bard sangatla menarikssss... "I tau la you lapar i pun puasa takanla laut pun dah tak kenal!" Aku rasa payung makcik jual tu macam ringan je nak smash dia hehehehe....

Yang pastinya kejadian semalam takan berulang lagi sekiranya sistempeparitan kita dilakukan dengan baik kan??? Istilah banjir kilat ni selalunya berlakukat Kl dan Selangor jer. Mungkin sebab kepadatan penduduk kot! Or..... (hehehehe tak boleh tulis ni!)

Oklah tu jer yang aku nak merapu pagi ni. Kang aku ada benda lain nak buat! kalau aku rajin seminggu dua nanti aku update.....

Adios...

*Hari jumaat ni bebudak batch aku nak ajak berbuka puasa sekali reramai. Sesiapa yang rasa dia batch aku datangla ok...And aku akan balik Ipoh 1 hb ni wuiihh syoknya raya!*

Thursday, October 20, 2005

Al-Fatihah Buat Datin Seri Endon Mahmod

Salam...

Hari ni 16 Ramadhan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Endon Mahmod telah kembali ke pangkuan Ilahi pada jam 7.55 pagi di Kediaman Perdana Menteri.

Ucapan Takziah buat kelauarga beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

~Maut bakal datang pada bila-bila masa. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya?

Wednesday, October 19, 2005

Buhbye Apai... Thanks for all of the thoughts...

Salam...

Hi sumer... Aku sungguh la happy sebab benda yang dihajati dah dalam gengaman. Tak pernah plan seroiusly pun nak dapatkan benda tu but instinct says so! Last Saturday... Balik jumpa Suria Bard amik aku kat rumah Suria di USJ yang dirahsiakan hehehehe... Plannya nak ke Sunway Pyramid jumpa Elly sebab dia nak amik digi cam dia.

She bought an olympus all weather camera. Cantik jugak suddenly Bard hilang kat IT section as ussual. IT personel cam dia kalau hilang situ je la korang cari for sure jumpe. He teached me a lot. So bila aku sensorang tu per lagi tawaf la display cam kat situ. Suddenly aku suker la sangat kat satu Nikon ni. NIKON COOL PIX S1 nama dia. Nipis dan simple. Aku ni kan simple. Yang membuatkan aku jatuh hati ialah LCD dia besar dan memuaskan. Aku teruja!!! Teruja...

Tiba-tiba Bard datang dari belakang terkejutkan aku. Opocot! Sowi aku tak melatah. Dia tanya suke ker. Aku cakap mustilah. Then dia cakap belilah! Woit suker hati! Aku kene budget jugak. Tah la bila ingat ingat sampai bila aku nak put on hold kan. So pejam mata la aku beli. Good Price la aku takmo cakap berapa sebab nanti korang serbu kedai tu. Dia pun suh aku promise jangan cakap berapa! So I hold that word.

Sekarang aku dalam process belajar nak gune digi cam tu. Yang pastinya banyak la muke muke kengkawan aku yang jadi model tak bayar. Ihikkkss... Aku suker.... Semalam wat pertama kalinya aku amik gambar Masjid Shah Alam di waktu malam.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Semalam aku balik pergi ke Pasar Ramadhan Stadium. Aku dah tangkap cintan dengan satu benda plak! Payah la aku nih! Len kali maleh dah bawak aku. Heheheh... Beli la makanan juadah mentekedarah kengkawan.

So seperti biasa Dawood Seksyen 9 port yang paling strategik. Semalam ramai yang datang! Antaranya... zaida, bard, abby, dina, fiza, wirda, elly, Gg, budin, Nuar, Lin, noza and Ga. Best la berbuka di perantauan ni. Baru ingat mak bapak kalau tak kacang lupakan kulit sumer! Hampeh! Ada la memacam cerita bila sumer dah keje nih. Gelak sampai guling guling. Wah bestnya. Rindu plak kat Ipoh.

Dengar cerita hari ni ada reunion lagi dengan kehadiran metsues plak! Haiihh tak bley la aku nak tengok PC Rayakan cinta hari nih!!!!

Dari tadi abah aku dok sms tanya 'kat mana?' 'buat apa?' aku wat dek jer sebab majoksss.. (tipah yang ajar nih!) Last sekali abah aku hantar 'da dimana buat apa ngapa diam lapo ker' hahahahaha pecah perut aku gelak. Dalam hati aku 'siapa suh wat Jeda pujuk balik' syok ohhh kalau sekali sekala kene pujuk dengan mak bapak ni. Terasa diri ini disayangi hehehe...

~Ada hadith mengatakan barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama org yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang sentiasa menangis takutkan Allah SWT adalah diharamkan dari api neraka jahanam dari tubuhnya.~



Friday, October 14, 2005

My Birthday Prezzie...

Salam...

Dah dekat seminggu berlalunya Birthday aku. Huh dah 24 tahun 5 hari umur aku nih! Semua sibuk nak tau apa birthday present aku. Well meh aku clarify kat kowang sumer apa yang aku dapat.

  • From ntv7 aku dapat toiletries bag from NIKE.
  • From department aku dapat sehelai tudung bawal warna perang (which is aku takde dalam wordrobe aku) and sling bag from Marie Claire.
  • From parent's aku dapat gelang kaki tapi tak boleh pakai lagi sebab ada loceng aku tak suke so mak aku bawak balik buang loceng hehehehe.... (i've told you zaida aint that easy)
  • From Noza, Elly and Lin aku dapat crystal bracelet warna pink which is for Love.

Bard tak bagi apa-apa pun. Dia wat kering je. Tak taw arr naper hehehe.. So itu jelah yang aku dapat for this year 2005. Sesiapa yang rasa nak bagi la gi aku persilakan hehehe...

Last weekend on Saturday aku teman Suria gi KLCC. Suria KLCC hehehehe ngam! Dia amik measurement! Wah sambil Ashly tu amik measurement Suria aku rasa ada bende tersekat kat kerongko0ng aku. "Suria nak kawin" Aku teringat Nadia dah kawin than lama dah aku tak jumpa dia. Suria will be next. Tapi takpe jugak sebab budak ni selalu sms and call aku.

Then aku tersedar bila ashley tanya mana pinggag dia. huh! Yey aku dah jatuh cinta kat rojak singapore kat pasar ramadhan Stadium tu. Adeh Adeh...

To Apai... Selamat Pulang ke bumi Borneo. Semoga ko akan mendapat calon isteri cepat sebab aku dah tak sabor nak gi kenduri kat sarawak nak taw je camana keadaannya. Selamat Bertugas di Brunei jangan ko mengorat je erk nanti aku babap kang!

Today will bring youto a better future. Don't be regret to be you today!

Thursday, October 13, 2005

Birthday and Annivesary

Salam...

DENGAN INI, SETELAH DIPERKENANKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA...
DIUMUMKAN....
HARI INI BIRTHDAY ZAYDA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ISHK ISHK ISHK... DAH 24 TAHUN... MESTI BERCAKAP MCM ORANG BESAR... DAN
BERPERANGAI MCM ORANG BESAR.....
Happy birthday babes!!
*HUGS*
Suria
Thanks Suria for that announcement! Alhamdullilah aku diberi kekuatan dan di panjangkan umur. Hari ini aku berusia 24 tahun dah. Sms dari semalam sampai pagi nih wish happy birthday. Thanks guys... Tapi hanya my parents je did a call on the exect time aku lahir 6.31 am. Thanks mak...abah! Aku pun nak wish jugak kat parents aku...

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 25 semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Mesti semua orang musykil ann. parents aku sama dengan birthday aku. Oit jangan fikir negative. My parents akad nikah on 12.10.1980 while aku lahir one year after 12.10.1981 Kekadang tu aku salute jugak diorang pandai je budget. So aku pun kene belajar camana nak dapat same date dengan ann. aku plak so every year aku bley celebrate birthday and ann sesama dengan future kids aku muahahaha...
Oklah aku belum dapat apa-apa lagi prezzie or prezzo... Later in the evening kot... Esok aku update.
Semalam aku kene berbuka kat Hilton PJ. Oklah the food plus those crazy peeps that join me for that berbuka. In fact those people yang berbuka kat situ cakap "orang ntv7 ni memang ceria!!" yes we are. Nampak Nurul and Ajai plus DJ Dave. Nothing much I ate a lot and loads of squids. Lamb and also not forgotten the roti jala. Yummy and last but not least i had 2 scoop of ice cream..... Fulled!
Today another buka puasa at Shangri La at KL with Astro and AF student! Haven'r decide whether to go or not to go. Seems like Bard is begging me not to go! Will see about that because Diana from media hiburan (one of my Uni friends) is attending that invitation. Now is between Bard or Astro invitation. DIana promised to fetch me at 5pm!
Hate to make a critical decision like this.

Monday, October 10, 2005

KLCC to HKL marathon

Salam...

Hujung minggu takde mende yang menarik untuk aku buat macam Tipah. Tapi Cik Suria awal awal dah roger and out ajak aku gi KLCC sebab nak tempah baju bertunang. Chewah! Cam besh je KLCC. Kebetulan Kak Raja cakap Isetan is On Sale. Tiba-tiba KLCC tu attractive la jugak. Suria yang kengkononnya nak tempah baju kat Kapas akhirnya mengapaskan diri pertamanya kat TOPSHOP. Memula aku pikir jugak dia ni takan nak pakai jeans masa bertunang. Rupenya member dah berkenan kat jeans tu. Belilah selai. Lepas Ashley design baju dia. Dia suke la design tu. Ok la kompom.

Kami pun balik la ke Subang. Masa kat Federal Highway sambil aku mendengar Suria membebel mama dia call suh pegi HKL sebab auntie dia dah sedar after operation. Gi la jengah auntie dia. Meet Kak Jas and Kak Faridah. Actually aku kenal Kak Faridah ni lama jugak la masa aku belajar lagi. In fact Suria pernah cakap Kak Jas dengan kak Faridah ni senior aku kat Convent dulu. Bard call tanya kat mana....

Bard : You kat mana nih? Balik kul berapa? Dah tengok baju kat KLCC? Jadi tak guna Ashley?
Aku : (Oit banyaknya soalan ngko?) Nanti call balik I kat Ospital nih!
Bard : Oit korang tak pose yer bebuat gi ospital pulak erk?

Lepas kuar dari HKL, aku call Bard balik. Apa lagi pulang buah keras aahh...

Malam gi join kengkawan memancing kat Kolam Batu Bata kat Shah Alam. Dapat 2 ekor ikan. Yang terlepas ada 3 taw... Kire terror jugak la diorang ni memancing kalau nak dibandingkan dengan cik abang yag ada kat situ.

Hari Ahad aku kene booked dengan elly pulak. Pegi sale yang aku email kat korang sumer tu. Jualan murah perfume dengan cosmetics. Elly dengan Lin beli perfume JLo. Wangi jugak, Aku end up tak beli apa-apa sebabnya Lancome takde. So tomorrow is my birthday so kot kot la ada prezzie prezzo dari kengkawan.

Lepas tu gi Pyramid si Elly beli digi cam. Wah elly shopping sakan taw. Aku dah jatuh cinta dengan satu olympus ni tapi still tak decide. Nasib baik baca blog apai pasal dia punya survey kat Sungai Wang. So might be hujung minggu ni aku nak ke Pyramid lagi nak habihkan duit hehehehe....

*Tak sabar tunggu esok 12.10.05 Happy Annivasary mak dengan Abah. Thank you for all of your love and tanderness towards our family. I love both of you so muchhh....

Friday, October 07, 2005

Sup Kubis Vs. Gulai Sotong

Salam...

Ahhh dah 3 hari kita pose erk... Sekejap jer tak sedar pun. Anyway today turn aku masak untuk sahur. Aku mangkit around 4.20 am. Then aku start la dengan buat sup kobis and gulai sotong. Then tengok jam dah pukul 4.50 am. Aku kejut bebudak ajak sahur sementara tunggu diorang bangun aku sempat mandi lagi. Mengantuk kot bebudak nih!

Diorang bangun and were so suprised tengok everything on the table dah! hehehe To be frank aku ni sejak dok bujang jarang ke dapur. Tapi kalau kat Ipoh nak tanak aku kene join jugak sebabnya aku ni sowang je anak perempuana so kalau bukan aku saper nak tolong mak aku kan.

First time sahur nasi dan lauk habis. Ahh macam mimpi je. Sedap ke aku masak. Nasi basmathi ditaja oleh Fizo. Dia keje kat Astro so bawak balik lepas dia habis show Anita Sarawak. Fizo tolong basuh pinggan and kemas sambil cakap "aku thumb up la dengan ko zaida". Hehehe aku cuak jugak sebab ni la first time aku masak untuk diorang. Nasib baik everything goin fine. So tomorrow turn Fizo plak. I need to get something today for her to cook.

Pagi ni Bard amik aku gi keje. Aku tanya dia sahur kat mana dia jawab kat AR Rahman. Sian dia. Aku cakap aku masak ari ni. He wink his eyes. Aku pernah masak untuk dia masa dia sibuk dengan ISP fault dulu. As promised dia tak nak makan dah apa aku masak till kami kawin. Dia nak rindu air tangan aku.

Neway can't wait to see my new blog. Sorry ahh guys my blog is under renovation by my own web architect CHE TIPAH. Thanks erk Tipah ko tolong aku yang bute IT ni.

*Ada yang tak bangun sahur erk bulan Ramadhan ni. Camana nak dapat pahala bangkit sahur tu?*

Wednesday, October 05, 2005

Dah ada lagu Raya? Biar betik???

Salam...
Semalam balik dari ofis pegi KL jumpa Abah dengan Mak. Turun komuter kat BNM. Aloo.. kalau tau boleh ajak Tipah dinner hehehe.. Sowi Tipah. The main agenda parents aku sampai ke KL hanyalah mencari baju raya aku. Haihhh... susahnya la haih. Oklah aku end up pilih 2 helai kain and aku bayar sendiri eventhough mak aku sibuk nak bayar. Adik bongsu aku pun ada sibuk cuit aku tunjuk jari 2. Ohh nak duit erk...
Masa on the way balik call balik abah tanya...
Aku : Abah cemana nak baca doa puasa sebulan. Jeda tau yang harian jer yang bulan dah lupa!
Tengah fikir nak sahur apa esok ni sebab dok bujang. Ada 3 orang jer kat umah si Fizo balik Alor Star. Aku pegi dinner dengan Bard kat Mc D sek 3. Aku tak lalu nak makan so aku amik nuggets je. Tu pun tak habis.
Balik umah aku drag sowang budak umah aku gi Giant beli barang nak sahur... Walaweh semua barang basah habis. Could you imagine that? Sold Out! Biar betik nih! Apa lagi aku pun amik trolly satu sorong and bought sotong, ayam, ikan masin, telur masin, a few tin of sardins and telur. Humang aiihhh Q punya lah panjang macam ada sale!
Balik umah aku mandi, solat jap sambil tu seday aahh tak dapat wat tarawikh pertama. Lepas tengok 3rd watch aku minum chocolate milk terus tidor takde tapi-tapi. By that time gulai lemak ayam dah siap masak so esok pagi tinggal nak panaskan je. Syok jugak dok bujang nih semua buat sendiri. Tahun depan boleh praktik dengan suami pulak. Ahaks!
Pukul 4.30 pagi aku dah bangun tengok budak umah aku tengah tumis sayur. Masy cakap kita kene lewatkan sahur dapat pahala sunat. Memang itu yang aku nak pun. Membanyakkan lagi pahala. Hoped Ramadhan ni tak habis boleh la buat cari banyak lagi pahala.
Annoyed by my housemate statement this morning,
Shida : Pagi semalam ada radio dah main lagu raya dah zaida... Puasa pun belum... diorang dah main lagu raya!"
Pada aku dj tu tak hormat langsung pada bulan Ramadhan. Orang menanti bulan Ramadhan dia syok sendiri main lagu raya. Orang cengini campak je dalam laut yang ada jaws. Baru nak ada akal. At least tunggu la 2 minggu lagi. Apa la....
*Aku sedey ingat akhir bulan Ramadhan tahun lepas. Masa hari terakhir orang tarawikh imam dan jemaah kat surau kampung aku menangis teresak-esak sambil bertahmid. Aku pun nangis jugakla.. Baru la aku tau masa semua orang bergembira nak sambut raya ada lagi hamba Allah SWT menangis mengenangkan berakhirnya bulan rahmat.*

Monday, October 03, 2005

Datang nak check apa nih? *dentist*

Salam...

Seronok balik Ipoh last weekend. Rasa cam taknak balik Shah Alam. Tiba tiba rasa cam nak kene chicken pox lagi sekali hehehehe. Mak aku lak wat la muka sedey lagi la rasa cam nak nangis...

Last Saturday sebelum start kenduri aku makan tengahari kat umah Opah aku. Sedapnya kari ikan dia sampai terajang dinding. Siap call Bard bagi dia jealous heheheh. Kari tu favorite dia. Lepas makan aku gosok gigi pastu terus gi jumpa dentist kat Canning Garden.

Haruslah dia terkejut aku dah lama tak jumpa dia. Dia suruh aku kira berapa tahun. Malu sekejap. Almost 3 years wow lama tu. Nasib baik dia tak membebel banyak. Dia cuma wat skiling je kat gigi aku. Hasilnya haruslah gigi putih berseri heheheh. Lepas tu gi umah maksu aku ada kenduri sikit. Semua dok sibuk nak tengok gigi aku yang putih berseri.

"abah pun nak gi la wat tu..." abah aku pun sibuk nak gigi cantik jugak. Aku dah rasa takmo makan dah sebab takut gigi aku tak putih dah. Tapi sebab hidangan terlalu menghairahkan aku makan la jugak. Tapi gigi ku masih putih berseri....

Ahad... nothing much dok kat umah tengok tv, merayap ke umah opah aku, umah makcik aku, biasalah umah sedara mak aku semua dekat dekat... Sonok la pulak sampai lupa nak balik... Memang sesaja wat lupa.

Anyway walaupun aku cuti aku tetap rindukan blog Madi dan komen masy, kurzz, ska dan lelain.... Hari ni dah terubat dah rindu....