~ Tengah dok ralit tengok orang cerai - Suria... haihhhh
Salam...
Yay! Finally lagu raya dah start diputarkan kat radio yay. Tadi kat hotfm lagu mnasir. Tetiba aku cakap kat bard... 'Tak sabar nak balik kampung!' Poyo jer aku erk... Syookk seh dengar lagu raya.. Aku rasa cam nak balik kampung arini! Sib baik dah kawin kalau tak... Harus aku dah sampai Ipoh last weekend!
Just text Suria... dia kat JAIS. Amik kad kawin. Sempat selit gossip pasal ada orang nak cerai. Haihh bebulan poser ni la nak cerai! Apa lah! Cari la bulan lain... Bulan Safar ker, zulhijjah ker, ni nak jugak bulan ramadhan al mubarak nih! Kesian ni anak anak di rumah. Mangsa kepada keadaan. Oklah aku maleh nak membebel pepagi nih! Korang punya umah tangga sendiri jaga la. Sudah besar takkan itu pun nak kene tarbiah lagi. Aiyoohh... Sekarang ni blog aku dimasukki oleh Mazlan Rasheed. Takleh la nak ngumpat dia kat sinih! Hehehehe...
Yay weekend ni aku balik Ipoh. Tak sabor nak rasa gulai tempoyak sama taugeh kasar... Humang rasa cam menjilat hingga ke siku! Jumaat ni aku berbuka minum air jer sebab nak simpan space for lauk kat umah yummmyy... Jumaat ni Bard ada berbuka kat Concorde Shah Alam. So aku kene tunggu dia kat opis then baru balik ipoh. Kijam.... Soalannya.. bolehker aku tahan sehingga kul 10 malam baru makan ahhh? Aku boleh tahan. Zaida sure can.
Oklah takde mende aku nak tulis dah! Nanti aku update lagi... Thursaday ni aku akan menyambut hari lahir yang ker 25 tau... Tak sabar nak tengok hadiah mak aku bagi itewww..
* Mazlan Rasheed aku tengah fikir 10 keping kad tu aku nak bagi kat saper ahh?
3 Comments:
Memang ramai org dok cerai berai la ni. Nak kawin senang, nak stay married tu yg perlukan sedikit usaha. Usaha tangga kejayaan lah katakan. Ko jaga Bard ko tu elok2...la ni trend anak dara sibuk nak kawin dgn laki org. Once laki ni dah kawin, saham dia naik 110%. Awat kita yg pompuan tak mcm tu ek?
Tu ahh pasal... Patutnya kita ni naik saham sebab dah ada experience bagai kan...
Kalau lari ikut perempuan satu hal kalau lari ikut jantan? Lagi buat hal!!!
Bard erk? Bak kata kak linda la.. cari yang rendah sikit ada kelebihannya hehehe u know what i mean?!!!
Linda tu nak cari makan wat kat TV.
Kite nih patut kurangkan masa berdebat dengan orang tapi debat ngan diri kita sendiri... Sebenarnya org2 kat TV tuh dah tau, semuanya pasal hiburan dan duit dan hanya 'sedikit' pasal kebenaran dan kejujuran.. Itulah pun dalam hati, dan tak boleh org tafsir atau beri jawapan kecuali setelah teori sambil praktikal, mudah-mudahan diberi petunjuk dan hidayah(kefahaman hakiki). ceh jadi macam ustazah lak.. hehehe....sesiapapun kita yang penting pilihan dan langkah kita ambil bukan masa lalu atau masa depan , tetapi SEKARANG... Yang tak benar banyak , yang benar hanya satu...
Post a Comment
<< Home