2nd Anniversary coming.
Salam...
Datuk Seri Harussani Bin Zakaria
Mufti Kerajaan Perak
This week memang bz giler. Started with pitching pastu Akedemi Al Quran Final then Screening. Mak dah lupa hari dah. Heheehe tapi ok. Lepas kerja kita ronggeng rokiah.
Last nite masa Akademi Al Quran aku telah berjaya menjemput Datuk Mufti Perak dan isteri ke majlis AQ. (Dengan pertolongan Abah) So abah dah 10 - 20 kali call to make sure Datuk Mufti disambut dan dijaga dengan baik. Abah kata dia tu very humble tak banyak hal. Dari dia sampai aku jemput and make sure semua dia selesa. Kedatangan dia di sambut Datuk Mufti Kedah. Dia tetamut VVIP malam tu. So kalau jadi apa apa mau bapak aku lambung aku kat sungai tambun yang ada bom lama tu hehehehehe.... Dia gi refreshments dengan all VVIP termasuk Senator Dato' Dr Mashitah. Dia kata dia enjoy the bacaan semua. Lega! Then time dia nak balik dengan canggihnya aku and Faiz ushered dia ke lif dalam lif dah ada abang lif tunggu VVIP naik. Sekali.... lift sangkut!!!! Boleh tak time aku bawak Datuk Mufti naik tu la lif tu nak sangkut! Aku dah berpeluh. Dia rileks jer...
Aku : Bang boleh cepat sikit tak ni ada Datuk Mufti ni.
Abang lif : Jap (sambil cakap kat intercom suh kawan dia cepat setlekan masalah sangkut)
Faiz : Ni tingkat berapa ni?
Aku : Maaf Datuk tak sangka lif ni nak sangkut tempat ni baru lagi.
Dato Mufti : takpa Allah SWT tahan kita ada sebab. kot ada jadik apa apa kat jalan.
Ya Rasullulah sabarnya dia patutlah jadi mufti. Aku rasa kalau orang lain dah melenting dah. Pastu nah amik sebijik kat muka aku yang tak sabar ni. Aku bukan apa sian kat dia.
Aku : bang apa kata suh diorang bukak jer lif ni saya takmo tido sini.
Lepas tu teruslah lif tu di bukak. Tanpa rasa apa apa kami naik lif sebelah. Sampai G floor. Dato Mufti diserbu peminat yang terdiri dari budak tahfiz, guru ugama dan alim ulamak. Diorang cium tangan dia. Sambil bertanya khabar siap cakap diorang lari turun ke G nak jumpa dengan Datuk. Patutlah lif sangkut.
Aku : Wah Dato ramai peminat.
Datin Sri : Memang ke mana pun camni lah zaida.
Aku teringat masa aku kecik sampai la ni. Abah selalu suruh aku, boy dan udin minum air lebihan orang alim yang datang umah aku. Usually mak akan sediakan 4 cawan atau gelas air untuk diorang. So yang tiga lagi lepas diorang minum seteguk aku dan adik adik akan minum.
Dulu ...
Aku : Apa bah nak minum air lebih orang ni. Tah tah dia tak gosok gigi ker.
Abah : tak baik cakap camtu. Orang alim ni pembersih. Yang datang ni cuba tengok gigi diorang semua cantik lagi.
Aku : Erk? Jeda tengok dulu.
Tapi memang setiap kali raya, ramadhan dan guru agama yang datang umah aku akan disediakan air minuman yang bercawan cawan. Kata abah amik berkat. Tapi so far aku jer yang berciri baik dari adik adik aku hahahahahahah kalau diorang baca ni matilah aku. Actually minum lebih diorang ni berkat. Tapi apa apa pun bergantung pada ko nak jadi orang ker nak jadi setan maupun setan bertopengkan manusia betul tak?! Aku? Tah lah.
Antara list orang yang aku minum air lebih dia...
1. Allahyarham Tahfiz Mat Saad - Bekas Pengarah Zakat Perak and Ajar aku mengaji Quran
2. Datuk Seri Harussani Zakaria - Mufti kerajaan Perak
3. Datuk Mufti Sabah
4. Tahfiz Pak Teh - Pengasas sekolah pondok kat Grik Perak.
By right aku patut masuk AQ dah ni hehehehehehe....
p/s :Apsal aku punya entry kali ni cam ceramah ahh?
2 Comments:
takut la....ada gambau tok mufti kat cni ;-)
Ha Dato Mufti kim salam bebanyak kat ko dia kata jangan lupa solat jumaat.... Pastu kalau ko gi obersea berhati -hati makan anjing, kucing dan sewaktu dengannya walaupun kat sana taka JAIS heheheheh
Post a Comment
<< Home