http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: August 2006
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, August 29, 2006

Siti selamat.... Mawi & Ina?

Salam...

Hmm... Dah habis dah cerita Siti? Mawi? Ina? Penat la aku last Monday semua buntu nak tengok yang mana satu. Salah seorang darinya siapa lagi kalau bukan LIN. "Nok nak tengok tv mana pun mak tak tau la!" Last last aku dengar dok switch cwitch tv jer hahahaha...

Last Saturday aku ajak bebudak datang umah lagi. Kali ni best.... Abby all the way from Nogori bawak ikan keli salai. Abby buat gulai lemak while bising kat aku sebab aku tak masak kari ikan. Baru ko tau penangan kari aku erk.... Tapi gulai lemak abby wa cakap lu meletoppp bard makan banyak malam tu hehehehe... Fara, Metsue, Raja, Ayu, Lin and Noza turn up! Siap amik gambor lagi tak tahan... Tapi aku takmo la upload kat sini....

Abby : Apsal dulu ko tak pernah masak pun?
Aku : Dah korang semua masak aku nak masak buat apa lagi?
Abby : Aku suka la kari ko boleh ajar aku?
Aku : Aku baru nak suruh ko ajar masak gulai lomak Cili Padi....

Haiihh... bila dah kerja dah kawin i think our relationship with friends ni lebih akrab. Tak tau lah orang lain. Cam aku bila balik Ipoh aku cari kengkawan sekolah aku bila kat sini bebudak nilah. Yang paling syiokk Bany pun dah ada time jumpa kengkawan kat DE 11 minum teh tarik but not everyday la once in a while jer. See who said dah kawin takde time untuk lepak and hang out with kengkawan? TOTALLY DISAGREE....

Anyway 1 Sept 06 ni Norza and Lin plak nak buat makan makan kat umah dia. Lin nak buat nasi ayam.. yay! Elly datang jugan nak sponsor cocktail TAPI aku terima sms ni malam tadi dari Elly ...

'Jedaku.. Kalau umah ko ada bowl untuk cocktail ko bawak bisok ke rumah Lin aku takde bekas la...'

Elly seharusnya sebagai seorang yang sudah bergelar isteri aku mempunyai cocktail set di rumah ku... Terima kasih kepada pemberi hadiah ku semua sesama di hari pernikahanku itewww dan kini aku tak payah membeli apa apa lagi untuk rumahku.

Hahaha aku kene buat entry hadiah di hari perkahwinanku. Oklah aku tak tau dah nak merapu apa nanti aku sambung....

Monday, August 21, 2006

Weekend again...

Salam...
My feeling this morning
Hari ni aku masuk opis I got shocked of my life. Table aku disusun rapi. Wahh terasa plak aku hehe meja aku ala ala sepah sikit la... hehehe maksudnya aku sibuk wat keje. But then aku susah plak nak cari bende bende kat atas meja aku cam selalu. Hampeh.

Last weekend aku gi kenduri Suria. Persalinan dia in pink. Sweet la perempuan tu. Baru nampak cam wanita sikit. Sib baik takde aksi aksi rugby. Kalau tak habis keayuaannya. After almost 10 years they made it... Suria nampak anggun while An ala ala Hang Tuah menantis keris dipecat dari pinggangnya. Adeh!

Seronok jugak dapat jumpa Kak Diana. Lama tak jumpa. The last aku jumpa dia masa konvo diploma. Then masa dia kawin aku tak pegi sebab ada hal. Now dia dah ada twins... girl. Asyik main sudu jer tak tau ahh kenapa. Nadia pun ada with her little Mukhreez. COMEL! Almost nak gigit peha dia. Anyway Mukhreez lebih berminat dengan Abah aku. Masa diorang semua makan aku tolong tengokkan Mukhreez. Masa ni jerla aku bley pegang dia kalau tak nak mummy and daddy dia jer la.

Petang tu mak aku buat kuah durian apa lagi serangan dari Raja dan Wirda la... Siap Wirda tunggu makan nasi and kebetulan abang Bard datang. Cantik sangat la.... Esoknya rumah aku diserbulagi oleh.... Abby, Raja, Ayu, Norza dan Lin. Semua datang dengan hajat besar nak tengok DVD kawin aku and makan kuah durian. Tapi the best part is Abby asyik foward.. rewind and pause masa time muker diorang. Dia henggat dia photogenic ker? Photogedik adalah...

I have a sore throat arinih. Horror! Bard suh gi klinik and aku seperti biasa tak amik port pun. Kasih ko jangan memandai nak teka teki plak pasal aku sakit erk nanti aku suruh Pengkritik Tetap kita si Duke gi jengah blog ko kang.... Pandai ni cakap ko nak dapat anak buah. Nak kene babap la tu.

Hari ni ada lagi reunion tapi very minimal. Raja, abby and Nasrul. Lama tak jumpa Nasrul. Tak ketinggalan pondan jelita dari opis aku. RAja checkan maxis points aku. Then dia kodek kodek dapat lah aku 200 sms free. Tengah mati nak bagi habis 200 sms tu!

Now is almost 11.05 pm and aku still stuck at the opis lagik. Kengkonon buat kejer la sesambil update blog. Tercabar jugak tengok Zeyhey, Kujie and Masy update blog aku punnak update jugak. Kekadang orang pelik tengok aku keje sampai lewat malam. Tapi inilah realitynya. Kalau ko nak keje dengan station tv this are the things that you have to face. Bukannya keje nak glamour jer. Kalau nak masuk keje kul 9 balik kul 6 on time, sabtu ahad takmo keje... Bukak company sendiri la beb. Banyak komplen jer. Kita kene henggat kerja ni haruslah bersungguh sebabnya segala titik peluh tu kita setiap bulan datang dari gaji kita. Takkan nak makan gaji buta jer beb.... Apa nak jadik dengan zuriat kita nanti?

*Apsal aku banyak membebel arini ahhh? jiwa kacau la beb.... Biarlah Rahsia...

Thursday, August 17, 2006

Reunion Ep 2?

Salam...

On 15 August 06 aku ada buat small reunion. Ajak kengkawan lama lepak kat tempat lama yang selalu kami lepak. Actually aku ajak diorang jumpa sebab nak pas kad kawin Suria. Lambat dah.. Tau.. Aku sibuklah. Masa aku hanya untuk kerja dan Bard sahaja. Lebihan masa baru untuk korang. Bany, Ishraf, Abby, Wirda, Along and Shon jer turn up. Yang lain busy. (see semua org sibuk la)

Reunion biasalah do some catch up with the hubbies and wifies hahahaha... Abby and Wirda pretending to be bluurrr hahaha... Macam macam cerita ada... pasal kehidupan masa belajar. Bila citer masa zaman kat UiTM semua dok pecah perut gelak. Biasalah aku yang menjadi tukang cerita. GOSSIPING is a must. Suprisingly the boys dah pandai gossip jugak. Gossip pasal apa shhh....!

Do miss UiTM life badly. Diorang pun hehehehe... Masa zaman belajar dulu kitaorang semua dikira sebagai perantau. Bany dari Kedah, Abby dari N9, Raja dan aku Perak, Wirda dari Kelantan, Noza dari Puchong tapi kengkonon orang jauh la dia consider kampung dia Kedah. Apa lagi dok menyewa sendiri mau ingat la. Makan kedai reramai. Tak boleh lupa bulan puasa tahun lepas... masa tu kami dah start kerja and dah lama tak jumpa. Semua pakat pegi pasar Ramadhan beli juadah berbuka then gi mamak bukak posa. Sampai naik kembung perut makan.

Now ramadhan datang lagi dengan beribu keberkatan. Aku tak tau sama ada aku berpeluang lagi untuk berbuka posa macam dulu dengan korang. Anyway... Aku akan adakan pot luck kat rumah aku. So Lin ko boleh tunjukan kehebatan ko di dapur umah kau dan hasilnya hantarlah ke umah aku. Nanti aku roger and out bila....

Nad insya Allah Sabtu ni anda sekeluarga dijemput ke rumah aku selepas kenduri Suria.

*Dua tiga hari ni badan aku cam nak demam tapi tak demam camana tu?

Thursday, August 03, 2006

Siapa Tipah Vogue?


Salam...

Aku dah tukar blog aku back to biasa balik. Hehehe Actually bukan aku la.. Cik Tipah aku yang diimport khas dari BNM. Dia ni kira macam webmaster aku la. Kalau aku ada problem jer dengan page aku terus email memberikan masalah pada dia hehehehe... Sowi erk tipah!

Siapa budak tipah ni? Tah la aku sebenarnya tak pernah jumpe dia. Tapi aku mula kenal dia di Blog Apai. Di mana Apai tanpa segan silu akan menyelitkan nama Tipah di dalam setiap entrynya dulu. Kini setelah Apai memindahkan dirinya ke Brunei sudah jarang benar aku mendengar cerita Tipah. Namun ianya tidak berakhir di situ... Aku sempat bertukar email add di blog Apai. Tipah ada menjemput aku datang ke blognya. Dari situlah bibit-bibit perkenalan di antara aku dah Tipah. Melalui Tipah jugalah aku mula mengenali Nina. Mereka ni juga telah menjadi friendster aku.

* Tipah aku rasa apa yang aku tulih kat atas ni cam.. cerita cinta la plak. Salah la erk? Salah concept la aku nih!

Setelah mula mengenali tulisan tipah yang banyak berunsurkan pengalaman dan bertatabahasakan ejaan yang tidak pernah ku jumpa di dalam mana mana kamus di dunia ini. Aku tahu Tipah ni gila -gila juga orangnya seperti aku.

Yang lebih penting Tipah banyak menolong aku di dalam menyelesaikan masalah blog yang memerlukan kod kod rahsia di dalam templet. Aku rasa sejak mengenali Tipah dia tidak pandai mengampu jauh sekali mengipas orang ataupun mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain... Aku pernah bercerita dengan Tipah melalui email tentang dilema, masalah aku tanpa segan silu. Dan dengan jati diri yang tinggi Tipah akan menberikan khidmat pendapat kepada aku...

* Tipah aku rasa tulisan aku ni dah buruk benar bunyinya...

Aku adalah pembaca setia blog Tipah. Kisah suka duka, sakit pening tipah serta kisah Tipah ditinggalkan van akibat menunggu di block lain dan kisah pertunangan Tipah yang lain dari orang lain yang sederhana tapi meriah dan tak mengherankan aku. (Ada member aku ni bertunang dulu tapi aku tengok intipati pertunangan dia tu over dan juga tak pernah dibuat orang di hari pertunangan. Siapa dia? Biarlah Rahsia...) Aku dapat tau Tipah akan mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi dengan jejaka kesayangannya iaitu Superman...

* Tipah baik aku akhiri blog ini dengan cepat kalau tak ko akan pengsan...

Tipah.. aku amatlah berterima kasih kepada ko kerana mengiktiraf aku sebagai kroni ko di link blog ko. Terima Kasih kerana melayan kerenah aku ... Terima kasih kerana memanjangkan tali silaturahim aku dengan Nina dan blogger lain.

Mungkin benar kata pujangga orang Perak memang mesra alam. Mudah bergaul dan tidak sombong.. Kita juga bernaung di bawah zodiack yang sama....Itulah kita dari skuad Kejor Yob Kejor....

Terima Kasih Tipah Vogue.....

* Tipah inilah akibatnya apabila aku menulis blog selepas otakku penat bekerja dan bangun seawal jam 4 pagi untuk menjemput mentua ku yang baru tiba di KL Sentral jam 6 pagi....