Pra Raya di Kampung....
Salam...
Aku bengang betul dgn layout aku nih. Dah kat tepi plak tak leh baca. Kalau korang nak baca silalah highlight buat sementara. Aku akan menghubungi doctor aku lepas raya. Doctor aku dah balik raya rasanya hehehehe....
Haiihh Last weekend aku sempat balik kampung ku di Ipoh. Melawat mak aku yang baru sahaja disamun dengan kawan dia kat Shell. Haiihh bulan puasa pun buat kerja haram. Apalah nak jadik ni... Kawan mak aku punya duit yang kene samun. Mak aku teman dia pegi amik duit. Tak faham aku. Bawak kuar duit bebanyak sekali gus. Haiihh....
Anyway the trip is awesome. Lepas kerja hubby ada bukak puasa kat Concorde Shah Alam whilst aku berbuka dengan kengkawan and 8.30 pm dia amik aku terus balik Ipoh. Best siott.. Dah kawin balik kampung bersua. Mood to marriii.... tambah dengan lagu raya some more. Tapi aku seperti biasa ala ala ngantuk gitu. Berhenti sekejap kat Tapah kengkonon nak refreshments la. Hehehehe alih alih aku belasah red bull satu botol. Hubby siap cakap "U ke I yang drive ni?" Aku sengih je ler...
Sampai ipoh makanan dah terhidang maklumlah bukak puasa tu aku save space untuk makanan kat umah. Seperti yang aku jangka Gulai Tempoyak taugeh kasar. Sedappppp! Bard dah baring tengok tv sebab dia kenyang sangat.
Saturday mak aku masak kari kepala ikan mak aiii bard makan tak toleh kiri kanan dah. Aku sempat buat kuih kegemaran hubby. Buah melaka... dia komplen inti sikit. Aiyoohh.. banyak komplen encik ahmad badrul ni. Heheheh
Sunday gi umah tok mun lagi meiahhh... Kari ikan masin ala ala terajang dinding sedapnya. Antara faktor yang boleh menjana kenaikkan badan inilah dia. Bard makan bertambah tambah lupa ada terawikh hehehe balik surau mengadu cakap tak larat rukuk hehehehe makan lagi bebanyak.
Then lepas balik surau terus balaik shah alam. Can't wait nak balik Ipoh next weekend. Masa tu mood raya dah ada. Bestnya.... Masa ni lagu raya amat lah bermakna untuk perantau seperi aku ni kan. Setakat mazlan, faiz and shikin emmpp... apalah ertinya. Raya la korang kat sini erk. Sian orang takde kampung. Beb... datang la beraya ke kampung aku. Nanti dah ada anak boleh datang kampung bard pulak. Supaya anak anak korang kenal apa iteww Padi Field....
Oklah aku nak blah nak cari juadah berbuka. Sebelum aku balik raya aku post lagi satu entry. Promised!
* Masa ni la lagu raya liza aziz, sudirman, ahmad jais and ect kembali dikenali...