http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: November 2007
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, November 27, 2007

I'm going to Singapore?!

Salam...

So apa citer? Aku camni.. last weekend ada kenduri and urban live. So far oklah a bit penat. Aku tak tau lah kenapa aku asyik moody je this week. Semua pun nak hangin jer. Tah la! Sabor je la cik zaida. Aku rasa sebab bulan tak datang datang ni. Suspen plak.

Last week aku ada salah paham with one of my coll. Sorry buddy! Sometimes tempreture aku akan naik mendadak hahahaha...

So oklah aku nak blah dah I'm going off to Singapore today. Excited? Sikit ahhh sebab aku tak nak gi. Neway I got a very giler sked to follow! Will be back on the 1st Dec. Ohh ohhh.. Kak Lotfi thanks for the makan options hahahaha... See.. boss aku paham aku ni yg ala ala kuat makan. (Mek terasa taw) Be strong ya... because you have fayzrul and me hahahahha... Dont missed me sangat erkk!!!! Kerja semua fayzrul ada hehehehe.. Fayzrul, hangin there buddy!

See ya!!

Monday, November 19, 2007

Mak ngan Abah gi Haji...

Salam...

Last Friday, 16/11/07 my parents selamat ke Madinah bagi menunaikan haji. Ahh.. the fellin tu tak leh nak citer. Sebenarnya aku bukan dok ngan parents aku lagi but then knowing that diorang akan jauh tu yang buat aku rasa sedey la. Tengok Boy and Udin lagi sedih. Yelah mana pernah berpisah giant 2 ni dengan parents aku. Mak seperti biasa khutbahnya dari mula sampai umah aku sampai nak check in tak habis lagi. For the first time boy and udin not saying anything. Nada! So aku tau la yang they are not trying to make the situation to be difficult.

So kat sini aku nak cerita the journey from Shah Alam sampai Kelana Jaya... Sedih beb bila start ni isk isk isk.... Memula malam Jumaat tu ada la a few friends datang menziarah antaranya Elly, Abby, Norza, Lin, Fara, Diana, Metsue and cousins.. Hmm... Macam biasalah ada la doa doa kiriman hehehehe... So here we go...

Antara yang datang...
Elly da kirim doa gak ker?Abby mintak doa jugak? ke mintak maaf?

Ngan anak anak plak posing...

Udin yg gemsThe only daughter hik hik hik always be his little girl shy shy...Ngan menantu yg selalu 'covering' him...
So the time has come for departure... isk isk... time ni yg aku control nih. Yelah some people said orang gi Haji ni kita tak tau sama ada dia balik ke tak. Kan? Tapi aku doa diorang ni balik la. Cant imagine life with them.. So here are some pictures...
* Sorry yang last 2 pix tu quality out sebab jauh and i m using my handphone!

See.. mak menangis hehehehe.. (Jahat zaida) masa tu jer dia nanges sebab mengenangkan nasib anak - anak Mail yang tinggal ni. Hope diorang selamat sampai dan selamat pulang. Rite now diorang ada kat Madinah. Dijangka pulang ke tanah air on 31 Dec 07 flite 9.30 pm. Matilah aku kene jadik bibik angkat barang hehehehe... biasalah kerja kerja ni tapi yang ringan jer ler.. yang berat mau patah pinggang aku.

Nanti aku update on other things and every entry ada main story dari tanah suci. Hope you guys dont mind. Aku ada banyak gambar MMS from Abah. He's getting terror on the MMS and video call la. Wondering! Aku ajar sekali jer... mesti dia suh orang Celcom ajar hahahaha...

p/s: Abah called tadi and dia cakap mak dah tak ingat kitaorang. Uhuk uhuk... poor anak anak mail!

Monday, November 12, 2007

Raya di Penaga, Penang

Salam...

Selamat Hari raya semua hehehehe...- sory la lambat u ols!

So this raya dugaan menimpa aku... antaranya.. hari ke 28 ramadhan Pak Lang aku meninggal dunia. So the preparation for raya is not that meriah sebab baru lepas kematian. Then this is my first raya being away from family uwaaa... so dalam kepala dah macam macam dah fikir like...

1. mak mentua aku nak suh aku masak rendang
2. mak mentua aku suh bakar lemang
3. mak mentua aku nak aku buat rendang tok

matilah aku yang pandai masak ni! Told bard about those things and dia gelakkan aku by saying "so now u dah kene start belajar masak rendang tok, bakar lemang and rendang" Eleh... eksyen erk. Masak rendang aku boleh lagi cumanya rendang style aku la. Bab bakar lemang and rendang tok tu aku failed! Beb masak rendang tok take almost 6 hours ok.

On the journey we singgah ipoh to visit my auntie and ya.. have to admit aku sedih gak sebenarnya sebab uncle aku tu baik and kelakar. (Orang baik selalu mati cepat kan!) Bard insist nak gi Jaya Jusco. Katanya nak tgk something sambil check out my dad yg tgh jadi amil. Abah gave me 200 hengget hehehe pa lagi beli kasut la...

Ni scenery depan umah in laws aku..
Lepas berbuka kami balik penang. Wa cakap lu.. penang bermandikan pelita di keliling rumah and all the way from Ipoh to Penang memang oh oh oh balik kampung punya feel la. Radio memang main lagu raya! Keliling semua mood raya. Masa sampai aku tengok anak anak sedara aku sibuk main bunga api! Amboi tak tunggu aku sebagai ketua erk! Aku catu bunga apai derang hahahaha padan muka!

So check out the raya pic...
Our official Raya Picture

My In laws (Wahh..)

Usually 1st raya in laws lepak umah sebab orang ramai datang. rasa cam fun fair plak umah kami dgn orang ramai. Tak terlayan aku sampai kul 4 prtang aku pengsan hehehe... Tulah tak besa umah kene serbu camtu. Tumbang terus. Then malam raya lagi meriah. Apa lagi lawan mercun la. I think yg ni paling meriah macam kat Pearl Harbour. Satu tembang 3 ikut siap ada mercun ala ala new year. Malam tu jugak aku ngan bard start moto gi cari mercun new year tu. Aku ngan bard cam ala ala rakan seprjuangan menentang musuh hehehe...

Aksi!

Rumah mentuaku yang disimbahi cahaya
Aksi lawan mercun

Ni dia aksi geng mercun... Hehehehe... matilah macam new year eve erk.. hehehehe... Oklah sampai sini je cerita raya aku. Banyak lagi aku nak citer tapi bos aku bayar gaji aku suh buat kerja kan. Lenkali bila aku boleh access internet kat umah aku hapdate lagi erk..

P/s : Mak ngan Abah nak gi haji 16 nih! Huhuhuhu....

I was locked?! - Great!!!

Salam,

Sowi lama tak update. Mel, here are some updates hehehe... My raya was awesome. Ahh kelmarin last raya. hmm yesterday last open house umah metsue. Hmm nasi kerabu terajang dinding. tapi jangan tertipu bukan dia yg masak kakak dia was imported all the way from Kelantan.

Last saturday.. ehem.. ehem.. citer sedih ni. Aku bangun pagi kemas rumah and do some laundry. biasalah laki mak selalu tukar baju. Hehehe so after buat semua kerja aku masuk bilik air mandi. Because my next list is to go to Putrajaya umah my brother in law. Wife dia, kak fiza buat laksa. Ahh aku memang suka la laksa dia terajang dinding tu yang tanah runtuh kat Putrajaya tu hehehehe... So bila aku masuk bilik air aku rasa cam tak sedap hati. When I got this kindda of feelin aku tau something bad will happen to me. (Ni bukan kurafat ni namanya instinct) So leapas mandi... so true aku bukak pintu it was jammed! Matilah mekk dok dalam bilir air...

So here you go aku spent almost 1 and half hour dalam toilet. Memacam bende aku buat nyanyi la.. scrub muka la scrub badan la sambil tunggu pintu dibuka. At last pintu terbukak dengan tendangan en ahmad badrul because i think masa tu bad dah hilang sabar and pintu pecah hehehe... So kami keluar rumah menuju ke Putrajaya at 2 pm instead of 12 ohh ... rugi...

Aku makan 3 mangkuk laksa at my brother in laws place. Masa ni aku kene gelak sebab terkunci. Mak tak kisah janji makan laksa. hehehe... laksa dia best woo...

Semalam ahad, tuan umah datang. As usuall ada jerla bende dia bawak kat aku. Pinggan mangkuk la, chocolate la, pasu la. Teringin aku nak tengok umah dia meletop ker. hehehe nampak gaya macam meletop jer. The husband check out the door yang telah di karate oleh che bad. Hehehe dia kata takpe nanti dia ganti. Muahahaha.. upanya bini dia pun pernah terkunci camtu. Sesuwai!

Check out blog kak lotfi. Wah ada gambar orang tido terkangkang and ternganga and suprised salah satu gambar itew adalah fayzrul. Camana aku bleh tak kenal. Datang raya umah orang pi tidoq plak. Apa la... terus cancel mak dia nak carikan calon isteri hahahaha...

Nanti aku update pasal raya erk? raya aku meletop kat Penang. Memang suasana raya. Ada mercun and bunga api! Polis? Takde hehehehe... Mercun dang bunga api kat sana dijual di pasar ikan tak seperti di KL terpaksa dijual di pasaran gelap. Hehehe..

To Suria and Mel nantikan kemunculan entry raya aku mesti korang impressed dengan geng mercunku hehehehe...

Takziah ke pada Rahimi and Zalela. Zaimir Rahimi telah kembali keramhmatullah last friday. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah...

p/s: Somebody start panicking because i am not pregnant. Hello!!!! Look who's talking!