http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: February 2009
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, February 25, 2009

Saya yang takut

Salam...

Thank You mocky for the lovely lunch at JUST THAI semalam. Tom yam dia best sangat! Apparently aku yang tak makan siakap stim pun makan boleh? Boleh jer. Aku rasa hari ni aku nak balik awal la sebab esok nak gi Kelantan and i have to be here by 6.30 am. Dah la malam tadi balik lambat and today bangun awal sebab encik Bard keje pagi. Aku tensi kalau dia kerja pagi tau.

Sampai opis arini sesambil aku buat kerja yang tak pernah habis babycenter ada la hantar info on C Section. Ahh... as of now Dr predict aku maybe kene C sec sebab anak aku yang sulong breech anyway since mak kata selalu pujuk suh dia pusing now lepas makan dia akan pusing and everyday dia akan change position boleh? Then aku ni kan kepochi so sudah pegi you tube tengok la camana orang yang bersalin twins via C Section. semua kata painless but aku nak tau jugak recovery timeline dia camana. Aku cuak la kan aku dah 2 kali operate tapi still yang tu completely bius. yang ni half body jer. How la?!!! Haiii....h

Anyway next weekend I m going back to Ipoh for my first check up. Hopefully aku akan dapat MC cepat and standby for delivery. Kalau C Section aku dah pick a few dates. One of it sama ngan birthday mak. Sesuwai! Sambut sekali ler jawabnya hajah Sum oii....

Oklah got to go.. malam ni mau dinner best ngan bard and cari buku because aku akan ke Kelantan esok. Long journey ok and I need book... i mean books! Aku risau sebab Phyza and Shikin ada sure diorang nak karaoke 7 jam tu. Kalau sore dia jahanam akan ku humban tengah jalan nanti muahahahahaha....

p/s : Zaida si penakut!

Labels:

Monday, February 23, 2009

I was tagged by Rona Roni...

1.Do you think you're hot?
Hot mama!!! Hahahahaha


2. Upload your favourite picture of you

3. Why do you like that picture?
Because it's me and hubby!

4. When is the last time you ate pizza?
3 weeks ago kot...

5. The last song you listened to?
Raja Jatuh Cinta - Numata


6. What are you doing right now beside this?
Planning my programs before i go for maternity

7. People you tag :
1. Lotfi
2.Zalela
3.Masy
4.Suria
5.Elle

8. Who is number 1?.
my ex boss

9. Say something about number 5?
Charming cousin

10. How about number 4?
Modern mom!

11. Who is number 2?
Rock mama!

Labels:

Bila Udin datang sini and ruined my weekend

Salam...

Last weekend Bard ada kelas and the nite before Udin adik aku yang bungsu datang la lepak sini. Dia datang dengan member dia yang sibuk baru beli umah kat sini and nak beli furniture kat IKEA. Wahh beli furniture kat IKEA ni. Sesuwai!

So saturday aku bawak la udin ke Glenmarie tengok LIVE Apa Kehalnya!. Kelauar dari lif aku bertembung ngan Din Beramboi. Ada ke dia pegi lagakan perut boroi dia tu ngan aku. Bodo tau. Haruslah aku yang menang. I think udin enjoyed the 1 hour show sebab dia dok gelak je bila OS, Din and Shamsul memekak dengan Danny and Abon. Pening aku.

Lin pun ada masa tu so sambil gosip2 tu aku tengok la collection COACH pompuan ni makin bertambah. Giler COACH! Hari sabtu tu dia bawak...


1. Card Holder Coach
2. Wallet Coach
3. Wristlet Coach yang dia letak camera
4. Pouch Coach yang dia letak specs dia
5. Handbag Coach.

So udin ada situ aku cakap kat dia...

Aku : Udin cantik kan handbag kak lin.
Udin : Hmm berapa tu?
Aku : Lin.. bagitau udin rega semua ni
Lin gelak gelak malu alah.
Aku : Cepat la Lin... Start dengan pouch...
Lin : Ni murah jer... seratus lebih.
Udin : Cenggini seratus lebih?
Aku : Lin wallet pulak...
Lin : ni tujuh ratus...hehehehe
Udin : Beg duit ni tujuh ratus? Boleh beli handphone baru!
Aku : Udin handbag ni lima ribu tau...
Lin : Pandai la ko...
Udin : Giler ni boleh beli laptop satu..

See... setiap orang ni lain macam Lin ni everyytime aku tengok COACH and Anna Hindmarch ohh and also Diamonds harus la muka lin yang aku ingat. She loves all this. Sesuwai.

Tengahari tu aku ngan Udin gi amik bard nak lunch...

Udin : Bang Bard... Kak Lin tu gila Coach. Dia beli semua tu ribu ribu boleh dapat hp ngan laptop.
Bard : perempuan din dioarang gila handbag, kasut, tu je la cam kita lain la...
Udin : Haiihh esok udin kawin tak tau la bini udin giler apa pulak.
Masa tu aku mengambil sikap berdiam diri sebab kalau aku bersore sure aku kene hehehehehe..

Anyway... Aku akan ke Kelantan Khamis ni untuk Apa Khabar orang Kampung. My last trip before beranak. Then aku akan busy with twice a month check up sampai aku beranak. Oklah aku nak gi lunch lapor!!!

Ohh and Lin.. thank you for your advice on Sunday on how to jaga babies! Aku akan bagi kelas pada bard nanti. i like the topik..

1. Jangan dukung anak ko except for menyusu and burrpping nanti dia asyik nak dukung.

Kak Lotfi.. Thank you for uploading the big tummy pic. Siapa punya tangan tu? Faiz ker? Macam tangan pompuan!

p/s : Aku dah jatuh cinta dengan lagu Raja Jatuh Cinta from Assalamulaikum Cinta series. Rona!!!!!

Labels:

Friday, February 13, 2009

Janda baik at 7th Months!

Salam...

Aku baru balik dari janda baik semalam. Janda Baik memang best so sesiapa yang takde kampung tu gi la bercuti kat sana hehehe statement dari bebudak opis semua best yang paling menarik tempat pengginapan dia bawah sikit dari Four Season Langkawi katanya. Tapi memang kelass interior design dia cantique amatz.
Anyway Liyana sempat tanya kakak kat situ mana datangnya Janda Baik tu. Sebab sepanjang aku kat situ tak nampak pun janda hehehehe

Kisah Janda baik bermula bila ada satu askar ni tercedera dan seorang wanita dah menolong dia and wanita ini adalah janda. So lepas askar ni baik dia selalu lah melawat Janda ni kat Bentong sana and bila orang tanya dia nak pegi mana dia akan cakap dia nak pegi Janda baik.

Oklah citer ni.

Apa apa pun ni la sedikit gambar dari brainstorming aritu. Malatop. Perut aku pun bagaikan johan!








Nilah dia kejadian di sana yer... So nanti aku update lagi on my next scan and also my last trip to Apa Khabar Orang Kampung sebelum akak nak gi beranak. Sebab by March ada Sua Rasa yang akan berlangsung di Terengganu. Terengganu tu jauh gak buatnya bersalin kat sana matilah mek.... Siapa mau jaga hehehehehehe...
Oklah aku nak gi makan lapor!!!
p/s : I m so excited sebab HUJAH dapat front page Utusan hehehehe

Labels:

Thursday, February 12, 2009

Salam...

Aku ditag oleh Elle MY COUSIN.


1. Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkn di blog anda

2. Link / n citer kan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.
Saya ditag oleh si Elly cousin belah bapak aku. Aku kenal dia sebab makcik dia kawin ngan makcik aku dulu tak la rapat sangat tapi dah besar besar ni kitaorang dah start to get close. Dia baik and aku senang sekali dengan dia.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya...
1. Fakta - Saya sudah berkahwin denagn Ahmad Badrul selama 2 tahun 7 bulan dan kami berjumpa di internet. MIRC la dedulu...
2. Hobi - Jalan jalan kat shopping mall!
3. Fakta - Anak pertama dalam 3 beradik dan anak perempuan tunggal
4. Hobi - Berapa kali nak tanya hobi ni. Hobi lain bace buku.
5. Fakta - Aku tak suka ular dan semut banyak. Aku geli!
6. Fakta : Aku suka kucing dan singa.
7. Fakta - Aku jarang dapat drive kete since kawin sebab Bard kata dia rasa elok dia drive.
8. Hobi - Hobi lagi? Aku suka tengok perut aku gerak gerak sekarang.
9. Fakta - I m pregnant and having twins at the moment!
10. Fakta - Sebenarnya aku takut beranak huwaaa... and maybe DR advice aku di C section hahahahaha good idea jugak tapi still bila tengok parut operation spinal and apendiks ni nak tambah satu lagi aku rasa Ah long pun mau lari tengok aku ganas sangat hehehehe...


4. pilih 5 penerima award seterusnya n nyatakan di blog anda.
- Lotfi
- Rona Roni
- Lela
- Masy
- Alia

Haa apa lagi cepat buat entry ni!

Labels:

Thursday, February 05, 2009

Latest of 26th weeks of Puan Zaida

Salam...

Latest picture of puan Zaida at 26th weeks going 27th. Excited and takut. The face memang muka anak lelaki hahahahaha

Besar erk perut aku? Faiz mengambil kesempatan ke atas perempuan mengandung!

Bila Ahmad Badrul takde kerja!

Salam...

Dari semalam sampai hari ni selain perut aku di poke oleh budak budak ni. Bapak diorang ada satau masalah di mana mempunyai masa lapang yang banyak. Dengan itu dia yang takde kerja telah mengunakan gambar aku untuk menghasilkan bende alah ni... Akak tak paham...

Aku nak mintak dia buat cenggini tapi guna Backstreet Boys instead of Victoria ngan Paris Hilton. Dia takmo pulak. Ni lah akibat orang yang bercuti dok umah takde kerja.

This morning aku ada rasa a big movement kat perut aku. Aku doa sangat yang eldest tu change his position. Once dia change aku boleh deliver normal instead of C Section. Aku dah tak larat nak operate. First dulu appendix tahun 2002 then tahun 2006 aku buat microdisceptomy for spinal. Depan belakang ada bekas operation. Ni takkan nak tambah collection kot. At least bila normal aku nak jugak rasa contracsion bak kata Betty hahahahaha... Hapuskan dosa kecil some more. Kalau C Section aku ala ala DIVA nak pilih date bersalin bagai. Tapi kalau aku operate aku boleh pilih date burffday mak aku. So tahun ni hadiah untuk dia adalah 2 orang cucu. ok kan. Hehehehe yelah mana boleh nak gi beli burfday gift untuk dia so aku bagi la the bundles of joy hahahaha.

Zaida dah pening!

p/s : Asyik gatal tangan jer napa erk nak tampor sapa la pulak hehehehe

Tuesday, February 03, 2009

New Handbag I like!

Salam...

I was so happy today! My boss Dato Seri Farid just got back from LA and bagi handbag from Liz Clairborne. Cantek ok. I so like!!!! Tapi aku lupa amik gambor ler. Nanti ahh aku amik ok. Aku suka. All the way from LA some more!!! Semua orang dapat pwezent. Everyone terkejut and of course happy! Thank you ya nanti balik beli lagi... Murah rezeki you. Amin Amin Amin!

I went for my monthly check up. CONFIRMED boy dedua. Identical. Confirmed. So aku akan senaman selalu la nampaknya instead of lepaking tengok TV. And at the same time I will do my final scan on 24th with DEMC before aku pegi ke Ipoh Specialist Center. I call Ipoh Specialist tadi and dia tanya nak book bilik mana and so on. Haduuii susah jugak nak beranak ni. Banyak mende nak kene tengok rasa cam kawen!


Anyway si faiz just got back from recce kat Perth. Poyo erk recce sampai ke Perth ko tunggu aku recce Milan for fashion week ok. Ohh and thank You for the Ole Ole untuk my twins!!!! I like the baju! For me and bard faiz cuma bagi car sign BABY ON BOARD. Actually Faiz BABIES ON BOARD occay hahahahaha.. Neway thanks yer sesusah jer. bulan 6 ni pegi lagi kan? Nak kirim lagi boleh? Ni lah Ole Ole Uncle faiz. Cantekk kan... Now the twins dah ada banyak rompers aku maleh nak bagi diorang pakai seluar and baju leceh siang aku bagi rompers jer malam sleepsuit senang kerja and also nak basuh pun senang. Matilah mak dia diva sangat.

Oklah got to go. Hungry again. Nanti aku share latest 4D scan on 24th ni. Masa tu dah 7 months plus sure dah besor and dah boleh bukak mata aku dah excited sangat nih!


p/s : Aku baru ada dua cap for the twins. Next month aku nak beli more caps or apa omputih panggil snow cap cute jugak erk.

Labels: