http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: May 2005
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, May 31, 2005

*Sigh* Tribute to My Friends!!!

Kadangkala ku terkenang kembali betapa aku amat menyukai dan menghargai kenangan masa lalu bersama rakan-rakan yang juga teman seperjuangan untuk mencapai serta menggapai impian masing-masing...

betapa aku menghargai kenangan pahit dan manis, suka dan duka di dalam hidup kita. Kepada siapalah lagi kalau bukan kepada teman-teman untuk meluahkan apa yang terpendam di lubuk hati ini...betapa aku menghargai mereka yang menghargaiku yang ku gelar sebagai sahabat yang sanggup bersusah senang dengan kita tidak mengira apa jua keadaan sekalipun agar kita berasa kita di hargai, dikasihi dan ditemani oleh rakan-rakan yang setia disamping kita...

Tapi apakan daya, semuanya telah menjadi kenangan lampau. Apa yang mampu aku lakukan sekarang adalah agar persahabatan yang telah kita wujudkan ini akan berkekalan sehingga aku menghembuskan nafasku yang terakhir di dunia yang fana dengan harapan agar ianya akan berkekalan sehingga tiba untukku menemui Tuhanku yang Esa.... = )

Monday, May 30, 2005

Madagascar... I love Gloria the hyppo...

Assalamualikum w.b.k...

Aku dah tengok Madagascar last Saturday...midnight lagi tapi dengan adik aku le. Midnite tengok kartun? Oklah... Abah aku geleng kepala je.

Gi la tengok. Cerita tu kalau tengok creature dia memang marvellous! Tapi jalan cerita je yang tak berapa besh! Sebab aku rasa cerita tu dari Zoo, subway, train station, atas kapal, pantai dan dalam hutan. Diorang boleh create cerita lagi besh using those places. Shrek and Madagascar aku salute Shrek nye jalan cerita lagi. Tapi kalau animation Madagascar lagi meletop tak hengat!

Antara lion, giraffe, Hyppo and Zebra aku suke la.... Gloria the hyppo. Cute, seksi, adorable, attractive, arousing and also ada mother look kot. This is my perception! Beauty is subjective la!

So from this week Suria dah sibuk shouting for Alex! Alex! Siap nak gi Toy R Us nak beli Alex. Huh!!! I love Gloria...I love Gloria.... Go Gloria kill Alex...


But the moment yang buat aku gelak sampai tak keluar suara bila... Alex tengah licking bontot Marty tu muahahahahaha...

Madagascar really humour me. Sakit tekak aku soknya sebab banyak gelak... Madagascar really make my day.... Aku recomended movie ni tuk semua yang minat animation..

Thumbs up for Madagascar...

The only way to gain respect is firstly to give respect!


Graduation Day! yay!!!

Assalamualaikum w.b.k...

I know it's been 1 month dah our convocation ceremony. Let me recall to those yang failed to turn up. Mungkin ada yang tak pernah merasai kesyokkan Istiadat Graduation kat Malaysia ni kan?!. For those yang datang and terpaksa datang baca je la... Supaya korang tau betapa annoying nya korang hari tu...heheheh

Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara Ke- 61 berlangsung pada 24 April 2005. Bunyi meletop-letop. Oklah... that day. Since kita boleh jumpe semua orang balik after our last class on September 04. Amboi semua dah bekerjaya... eventhough ada yang terkeluar dari apa yang korang belajar still oklah... tak kurang jugak yang sibuk berinterbiu sana sini... laku jugakla korang ni yek!!! Bagoih la...

Pukul 7 pagi for the first time salah seorang geng lambat sampai. Haruslah aku angkat kening tengok Wirda dah sibuk menyuruh aku betulkan jubah dia. Oiii awalnya pompuan ni. Macamana tak awal parents dia ada patutla... Tengah sesibuk nampakla memuka yang selalu lambat sampai beransur menampakan diri memasingkan! Haruslah yang terakhir sekali ABBY YANG LAMBAT! Semua dah sibuk sarung jubah. Aku dah memang takde mood pagi tu sebab malamnya melayan adik2 aku ke Uptown balik kul 3.30 pagi. Sampai hotel bapak aku bising sebab nanti nak bangun awal. Heheh takpe lah kerana adik aku berdua tu lautan api sanggup aku renangi. Chewah!

Then diorang start sibuk call nama kursus. About 1000 graduate hari tu. So Mass Comm was in the middle. Buat pengetahuan semua Mass Comm ni ada lima jurusan. Broadcasting, Journalisme, Publishing, Public Relations and Advertising. Aku dalam jurusan Broadcasting MC 223. Course yang paling sibuk dengan production.

Since nama aku Z terusla di belakang nasib baik ada Zarina at least aku second last. Tengah dalam kepanasan dan hiruk pikuk tu adala yang tak sayang mulut. Dia cakap ceremony kitaorang hari tu macam hari pengkebumian Pope John Paul. Adui lemah jantung aku. Macam nak sumbat mulut dia dengan mortar board. Fikir balik tak muat!

So after dah jalan dari HEP ke Annex tu harusla sibuk tengok bunga yang dijual tu kan. Semua dok berangan bopren beli bunga. Aku harusla melayan ngantuk sampai sandar kat dinding heheheh... Bebudak ni sibuk amik gambar. Sampai dalam Annex aku terus duduk. Zarina dok sibuk touch up... aku jiwa kacau dok anggau kat bantal. Then startla Pak Abu Shah membebel ... terus panggil nama sensorang. Masa turn mass comm bangun aku proud jugakla... Kitaorang ramai 5 sequence. Bila orang dengar mass comm tu orang tengok jugakla memuka yang selalu kuar tv kan! Abby sekali lagi interframe!

Then sementara nak tunggu turn aku dah keras perut gelak. Metsue pakai baju kurung jarang then kain meleret aku rasa dah dekat 5 kali aku warn dia suh betulkan kain, dia buat dek. Masa kat tepi guest Wirda pijak kain dia and nak tersungkur metsue. Apa lagi hilang ngantukla ku takde kesian punya aku gelak. Sampai bapak aku letak telunjuk kat mulut dia suh aku diam hehehe. Sampai la nama aku kena panggil aku dok tersenggih senggih lagi...

Lepas naik kat pentas tu kena kurung sampai istiadat habis. Ada jugak la bebudak jahat ni panggil aku konon nak gi toilet tapi amik gambar kat luar. Hampeh! Oklah total up semua gambar almost 300 lebih keping. Adeh! nak mencuci tu la bala sikit... Takpelah ...

So after kuar dari Annex ni la yang ditunggu tunggu oleh semua orang. Apa lagi amik gambor lagi dan lagik... Sedey Suria and Nadia tak datang ... Takpelah... Suria kena flu hehehe nadia tak tau le!!!

Abah aku sibuk nak amik gambor dengan Abby 999. Eleh... perasan pamous la tu si Abby. Oklah... I feel great bila parents aku happy. They have a great time. I know from their face pun aku dah tau! Yang tak besh Abah aku sound masa on the way ke kereta. Bila nak wat master lak? Terus lemah aku. Em.. nantilah mungkin sebelum kawin... tapi kalau dah kawin confirmed sebelum aku beranak la kan for sure. Terabai anak-anak aku nanti.

Gi la studio amik gambar then lepas belanja diorang lunch, family aku pun balik la ke Ipoh.

Malam ada gathering kat Syed Bistro. Download gambar kat laptop and haruslah sesi mengutuk. Semua perasan lawa...hehehe...

I had a great time that day! To those yang grad tu CONGRATULATIONS!!! Gambar tu jangan le lupe pass pass yer...

Adios!

Siapa kita hari ini? Di mana kita kita hari ini? Jangan mudah lupa dari mana asal usul kita dan siapa kita! Sifat sombong dan ego tidak akan membawa kita ke mana! Walau setinggi mana kita berada sentiasa ingat asal kita di bawah. Mungkin suatu hari nanti kita akan tersungkur setelah lama mendongak ke langit.

Sunday, May 29, 2005

Madagascar!!! I want...

Assalamualaikum w.b.k...

Rajin pulak aku ber 'blog' hari ni. I Love Blog!!!. Biasalah keje dah siap. Excited nak balik IPOH!!! Yahoo... Ipoh here I come. Anyway misi aku balik Ipoh kali ini adalah untuk membalas dendam kerana tak dapat makan sedap masa kena chicken pox hari tu. 1 stage punya pantang. Camana la kalau berpantang bebetul nanti??? Forsure aku mencuri makan hehehe...

Tapi yang tak besh aku balik dengan kereta. Tak leh nak menikmati keindahan alam. Tak boleh rileks! Leceh! Dan dalam perjalanan kompom mak dengan abah aku call for every 15 minutes. Itu lagi la tak besh! Aku nak belajar berdikari...

Misi kedua aku lak nak gi tengok Madagascar... Aku suh adik aku book ticket Madagascar esok punya show. Semalam Fizo eksyen dengan aku sebab dia dah tengok media preview. Arrghhh camana aku buleh lupo!!! Kalau tidak aku dapat tengok the first show. Fizo nak bercerita tapi bebudak lari masuk bilik he he he...Bad don't say anything sebab aku tau ko dah download.

Masa tengok XXX 2 :The Next Level ada la aku tengok promo dia kat cinema. Memang canggih. Balik umah tengok animal planet cerita orang bela singa. Aikk senang je omputih ni bela singa. Kalau kat Malaysia ko bawak singa gi taman mesti clear taman tu. He he he Tiba-tiba aku rasa nak bela anak singa la pulak. Tapi bila memikirkan suatu hari nanti dia dah besor dia akan makan aku lak. Ish... tak payah ler nyusah jer.

Apa-apa pun enjoy Madagascar ok people. Lepas aku tengok nanti aku komen kat sini! Ok?! To Suria please don't act like any of those creature...he he he... I know you will...

Aku sedih sebab tak pegi press preview semalam... ishk! sadis...Esok ada Konsert Dewa kat Menara KL. Enjoy the show....

Saturday, May 28, 2005

Semoga Berkekalan...

Assalamualaikum w.b.k...

Dah 2 minggu aku start keje. Erm... recovery week! Apa-apa pun keje tetep banyak menanti aku dengan setia. Termasuklah meeting-meeting yang ditangguhkan kerana ketiadaan aku. * Kuli camni lah*

Pagi ni masa aku sampai ada 4 sampul surat atas meja. Suspen je pepagi! Rupenya kad kawin... Syok jugak dah lama tak makan nasi kenduri kengkawan. The last one Nadia and Issac punya wedding 5 month ago kat Crown Princess KL. Hampeh nyer parking!

Nadia is one of my buddies kat UiTM beside Suria n Abby. Yang berjaya turn up that nite is Raja, Suria, Abby, Rafik, Badrul, Sayu and me. Cik Zaliffah pun ada dengan future hubby dia hehehe... tekanan member student kawin dulu.

Best jugakla sebab masa tu semua dah start keje and dah lama tak jumpe. Aku respect Abby, habih je shooting 999 terus datang, siap pakai kebaya tu. Abby kena balik awal sebab ada operasi cetak rompak lak. Hampeh tul macam tetau je aku nak gi cari DVD cetak rompak hehehe...Seperti biasa confirmed ada yang lambat siapa lagi...Abby. Abby yang Lambat!!! Alasannya berkhidmat untuk masyarakat! Ye la tu...

Then here come the couple. Bukan nak kata la tapi wedding tu remind me of Erra n Yusry punya wedding. Ko tiru ekk Nad? he he he... Tapi best even though aku kena dok dengan beruk2 tu he..he.. Rafik pulak ridiculous MC malam tu. Ok la... he did a good job! Badrul always with his new question sampai Suria bengang hehe...

Masa bersanding tu aku rasa dada aku sebak tengok Nadia. Bukan sedih tapi full of joy! Selamat dah sorang. Nadia jemput anak murid dia datang. Baiknya lecturer!. Tapi diorang ni asyik tengok-tengok je. Apa masalahnya? Tersenggih-senggih. Aku rasa mesti diorang recongnize Abby yang lambat. Tu la abby asyik interframe je kat 999 kan orang dah kenal!

Then masa dah nak balik tu lepak kat lobby jap adala anak murid dia ni tegur aku. Dia kata u all ni kawan Cik Nadia ker? Aku cakap la yer saya!!! Nadia tujuk gambar kitaorang kat anak-anak murid dia? Hampeh! Dia tambah lagi u guys look young even though dah 30 plus!!! (Suria ko jangan terkejut lak!) Aku macam nak pengsan dengar! Oiitt aku baru 23 la... Aku sengih je.

A few week then aku cerita kat Nadia dia gelak. Rupenya dia tipu anak murid dia kata dia almost 30. Dalam bilik dia ada gambar kita yang pasti lah tak cute langsung. Hampeh! Hampeh!

Congrat's guys... after 8 years both of u finally disatukan. Selamat Penggantin Baru. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Nadia sambung master? Oiiit tak tunggu aku pun yer?! Selamat menyambung perjuangan yang belum selesai...aku dan Suria akan menyusul. Tunggu...

Kad undangan yang aku terima pagi ni milik Abang Barren, Hanie, Abang Arpah and Faiz. Selamat Pengantin Baru!!! insya Allah aku akan datang! :P






Thursday, May 26, 2005

Kawan!?

Thanks to Diana Surya for this. Read it and think about it.

kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit.....

kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....

kate sedare,
KAWAN tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!
dia tetap kawan...

Semua kawan kat atas ni aku dah jumpe. Selama 23 tahun 7 bulan aku hidup. Yang terbaru aku jumpe kat YM. Kawan aku yang baru ni cam biskut la pulak...kejap ada kejap takde *wink* hehehehe

Wednesday, May 25, 2005

Long Holiday yahoooo!!!

Assalamualaikum w.b.k...

Since aku bekerja 5 bulan lepas, aku belum lagi berkesempatan untuk bercuti. Lepas solat maghrib isnin 2/5/05, aku termenung teringat mak dengan abah aku. Mesti time ni diorang tengah makan malam. Ishk! syahdu jugak. Atas tikar sembahyang tu aku doa supaya aku dapat balik ke ipoh dalam masa terdekat. Sehari pun takpe la pengubat rindu. Rindu giler kat mak dengan abah. Takkan baru keje dah nak cuti panjang.

Hari Selasa aku gi keje seperti biasa...tetiba lepas lunch aku rasa muka aku panas je, aku tenang cermin kot-kot la aku jadik incredible hulk kan. Merah muke aku. Apsal? Petang tu Bad belanja aku minum air kepala sambil mengutuk muke aku yang merah. Kurang assam punya budak! Sejam bercerita tetiba muka aku rasa panas. Shon cakap banyak jerawat muke aku. Aku pun kalut cari cermin dalam beg. Makk aii apa ni!!! Aku rasa macam nak nangis la tengok muka aku semakin teruk. Pasti bukan jerawat.

Aku terus bayar then straight no corner to panel clinic. Nasib baik doctor perempuan kalau tak leceh la... Doctor tengok muka aku terus soalan pertama dia "Pregnant?" Aikk aku dah musykil apa kena mengena muka aku dengan pregnancy? Aku cakap "Tak" Dia tanya lagik "Sudah Kawin?" Aiii ni dah lebeh ni. Explain la dulu apa kat muke aku ni. Aku terus jawab"Belum! What happen to my face?" Dia sengih..."This is what we called chicken pox". Chicken pox? Yahooo cuti lama.....aku suke... Allah SWT makbulkan doa aku....1st time kena nih...

Apa lagi amik ubat dengan mc terus roger abah. Good news anakmu dijangkiti chicken pox. Malam tu jugak abah aku sampai hehehe... Balik ipoh yahooo....

Mak aku cuti selama aku mc syokkknya...12 hari. Tapi yang tak beshnya kena pantang macam baru lepas bersalin la pulak. Walaupun muka aku bengkak tapi worth it dapat dok ipoh tu yang penting.

Di hari-hari terakhir mc aku gi tengok wayang kat jusco ipoh. Midnight lagi citer XXX2 hehehe so sesiapa yang kena chicken pox lepas tengok wayang tu mintak maap la ye... apa salahnya kita berkongsi kesakitan bersama ....hehehehee

Adios.....