http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: February 2008
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, February 26, 2008

Zaida yang Confiused.

Salam...

Hari ni adalah hari Selasa. Aku masih menunggu beberapa job yang pending. CSD very da busy ngan election. Habis segalah kederat dikerah. Tak kisah janji kerja aku siap.

Last nite aku tengok CD gambar aku and tengok gambar Ian anak Suria. Baru aku perasan dia masa lahir muka lain bila dah besar lain. Aku tengok dia makin putih dan tembam. Mukhreez anak nadia pun sama. Sama cam anak anak sedara aku yang lain gak masa kecik lain masa besar lain. Ala ala camoflage hahahahaha... Baby memang camtu kot. Diorang tak minum susu diet cam orang besar erk? Heheheheh saja tanya! Zaida Confiused!

Aku belum lagi update entry for Langkawi. Mungkir janji lagik. tak sempat la beb. Very da.... tau. Lately ni aku perasan yang aku suka minum milo and ribena. Maybe sebab aku suka mengata Mazlan suka minum Ribena muahahaahha... See jangan mengata orang nanti kene balik. Mak dah serik you! Hahahaha...

I got my book list already!


1. Shopaholic & Baby - Sophie Kinsella
2. Remember Me - Sophie Kinsella

3. Rindu Cintaku - Fauziah Ashari

4. Something Blue - Emily Griffin

5. Something Borrowed - Emily Griffin

Berapa erk aku nak rabak bulan ni? Matilah nak kene save up beli buku lagi....Ohh hari ni aku tak drive bard hantar. Then cam nak gi MPH dulu before membeli kat Teso barang rumah banyak habis. Suria... after I see your facebook now I am one of Sophie Kinsella fans also! Thanks SURIAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!

Thanks to Nuar and Lotfi for the Ole Ole from Bandung. :) Tak tengok lagi nanti kat umah aku tengok.

p/s: Hmm... aku nak beli buku..... saya takde mood la!

Monday, February 25, 2008

Zaida? Yes?! Anything?


Salam...

Last weekend aku very da busy! Laundry and kemas umah (mencuci, mengemop and mengelap) Bard? Tido sebab dia kerja malam. Baru la aku tau kalau buat keje sensorang memang memenatkan. I need rest! I need holiday!!!! The time will come! Sekarang jiwa kacau reda sikit tetapi ia akan datang kembali.

Last Friday, hidup aku huru hara dengan nak menyiapkan banyak mende. Gi tengok showreel je 4 kali, Boost campaign material lagik... tu jer dah hamik 1 hari aku. Cam nak pengsan. Balik umah aku terus 0%. Tapi takpe aku all out minggu ni sebab minggu depan aku cuti.

*apsal la font ni cam bebaik sangat? So not me!

Setelah penat aku kemas rumah and buat laundry semua tetiba aku mendapat idea untuk mengubah book shelf aku ke dalam master bedroom. Bard? Haruslah tak bersetuju sebab nanti aku akan sibuk baca buka jer hahahahaha Dia yang dengki! Ohh cakap pasal buku aku nak beli 3 buku bulan ni tak kira! Nak sagat sayang pulak hehehehe....

Haiihh... hari ni nak balik awal la. Nak gi recce kat MPH. Aci tak? Tak aci? Tak kira hahahaha.... I m planning for my anniversary trip. Tengah decide nak gi mana. Maklumlah cuti banyak kan so boleh la aku ala ala cuti cuti malaysia bulan July ni. Provided takde big event la erk. Kalau tak? Kenang Daku Dalam Percutian mu la jawabnya. Maksu call tadi cakap Shelly baru beli umah kat Bukit Subang harganya 400K. Oit ko beli umah apa erk? Bila housewarming? Aku? Tunggu dulu. Mau kumpul duit hahahahaha.... Nanti aku beli sebelah umah ko.

Aku dah start update blog kat umah guna word. Sampai opis aku hanya copy paste sahaja. So jangan salah anggap ingat aku menulis entry masa waktu bekerja yer..... :)
Oklah got to go. Buhbye...

p/s: Mengundi kali ni rasa cam tak leh balik ada kenduri kat sini. Jiwa bengang!

Thursday, February 21, 2008

Semalam yang malang....


Salam...

Semalam hari yang agak malang buat aku yang bergelar seorang wanita. Pada awalnya aku rasa teruja sebab aku ada meeting kat Glenmarie kul 10.30 am so tak payah la berasak asak dengan jem nak ke Damansara pagi tu. Tapi wlaubagaimanapun aku still kene pegi awal sebab Bard keje pagi. By 8.15 aku dah ada kat glenmarie. So aku call la Abby ajak breakfast. So aku amik Abby kat UiTM then headed to seksyen 7. Ohh Abby order la Lontong and siapa cakap "tempe lebih ya bang!". Hehehehe musti mau kulit jadi tengang, mulus dan lincin kene makan tempe ya kengkawan. Rahsia dari ............

Lepas breakfast aku terus gi meeting kat Glenmarie. Ala ala masa tu kul 10 pagi. Meeting habis dalam kul 12.30 tengahari so aku pun start kete nak balik ke Damansara. So far so good ( dia belum buat hal lagi) Then aku gi isi minyak kat SHELL NKVE menghala ke Damansara. Lepas isi minyak... jeng jeng jeng kete tak leh start waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...................... Aku yang bengang! Kengkonon nak gi ofis awal sebab nak settle kan Q2 show reel. Aku call bard dekat setengah jam tak jawab. Bende ni dah tak leh sms dah lambat! Tetiba aku dapat msg...

"Ada apa sayang i tengah meeting tadi masa you call"

Apa lagi akak terus call la bagitau battery kete kong! Aku haruslah dah berpeluh peluh kat situ. Ada jugak yang datang membantu tapi aku cam biasa lah.... "Takpe husband saya datang." Padahal husband sibuk cari jumper kat opis hehehehe.... At last aku sampai opis kul 3 petang. Itupun lepas aku tukar bateri kat glenmarie! Ala ala bengang jer bebudak CSD sebab aku lambat. Nak buat camana. Ohhh and the best part is lampu kete terbakar sebelah kanan. Haiihh aku tak tau la napa kete tu jaki ngan aku. Mungkin sebab aku jarang bawak dia jenjalan kot. Siap ko weekend ni! Balik tu... all i need is mandi!!!! and rileks!!!! Please dont disturb me!

Apa apa pun aku take is as salah satu hari malang aku. At least lepas ni aku tau la camana nak handle kete bila battery kong. Camana? Aku dah ada no Ijat pomen muahahahahaha... So lepas ni kalau Bard takmo angkat fon aku call la Ijat the hero..... *Provided dia beli battery sesiap untuk kegunaan aku 15 bulan akan datang.


p/s: Weekend ni laundry day and aku teruja!!!! Ada activity menariks?!

Tuesday, February 19, 2008

Backstreet Boys mau mari?!!!!

Salam...

Aku sungguh teruja.... Semalam Faiz ada email kat aku on BSB is coming to KL. Yehaaa... kakak suka yaamatz! Dia ada tour for their latest album! Best! Dah lama aku simpan impian mau jumpa mereka ini. Ala ala childhood dream. Hahahaa tapi sekarang tak leh lebih lebih la erk sebab dah kawen nanti ada orang naik hanggin! Harge ticket RM 88. Diana pun mau join. Kalau ada ticket free lagi best or maybe backstage pass ker. Boleh la mak mengonjeng ahahahaha... Ske!!!!!

Back to realiti, pagi ni aku drive pegi kerja sebab bard keje pagi. Humang hai... jammed giler! Aku rasa cam nak tido dalam kete. Ahh aku sempat membaca while waiting nak exit tol damansara tu ok. Haiyoh! Aku park kat Giant OU then jalan ke ofis. Jalan tu takde hal masalah jam tu aku memang tak suka! Malam tadi takde sesi lepak so lepas kerja terus makan kat umah aku. Sempat jumpa Halim and Muna. Lama seh tak jumpa! Halim semakin slim aku tengok. Aku? Makin tembam!

Oklah got to go. Aku promis akan update gambor Langkawi bangi engkorang sumer jealous! Hahahahaha..... Zaida yang jahat!

P/s : Aku rasa kerja makin banyak and aku makin takde mood! Tension. Jiwa kacau masih!

Monday, February 18, 2008

Tired! Tapi BEST!

Salam...

Yay aku balik kampung last Friday and semalam sampai shah alam. Kampung aku di Ipoh hahahaha buat yang tak tau. Bila balik adik aku yang bongsu amik kat Medan Gopeng. Aku tanya dia mana abah. Dia kata abah balik kampung Teluk Intan memancing. Wahhh hangin la mak kan. Suh aku balik pastu dia takde kan. Sentap agong la aku kat umah. Mak aku cam biasa buat bodo and melayan aku macam pemandu peribadi dia hehehehe ajak aku ke sana ke sini. Malam tu aku hangkut mak, udin and boy gi dataran makan Char Kuey Yeow.

Saturday aku kene mangkit awal. Harus lah radio siam dah bunyik. Antara koleksi yang statement mak aku selepas aku kawin adalah...

"Bangun awal bukak semua pintu rumah baru rezeki masuk"
" Dah jadi isteri orang pun kene bangun awal! "
"Dah kawin kene mangkit awal nanti ada anak senang dah besa bangun awal"
"Budak bangun kul 4 5 pagi nak susu dia lapar kalau maknya mangkit lambat camana?"

Hamboi hamboi... suka erk tuduhna melulu. Aku mangkit awal la kul 6.30 pagi. Mak aku kejut aku ala ala bunyi azan subuh pertama. Matilah mek mangantuk lagi. Aku bangun terus mandi kalau tak maunya aku sanbung lagik. Aku tanya dia abah dah balik? Mak aku jawab belum lagi petang sikit. Dengan pantas aku sms bapak aku yg berada di tengah sungai perak...

"Ohhh abah suh jeda balik pastu pepagi mak dah bising. Abah aman jer menangkap udang erk?!"

Dia reply balik...

"Padan muka siapa suh bangun lambat! Abah balik petang dapat banyak udang galah"

Dah maleh aku reply menyakitkan hati aku aje. Pastu aku pun makan la Nasi Lemak mak aku yang teramat la best pagi tu. Then baru aku perasan yang adik adik aku tak bangun lagi. Wahh ni sudah lebih. Aku kene bangun awal diorang sesedap jer tido. Matilah aku memekik suh diorang bangun kan. Dua dua terkulat kulat bagun solah hehehehe... Aku yang dengki! Hahaa...

Ari sabtu tak banyak activity aku tengok tv jer layang mak aku. Layan Raja Lawak tu then tengok DVD FESTIVAL. Kelakor la. sakit perut aku. Mak aku lepas zohor sempat lagik tido.. wah wah sedap jer dia tido erk aku ni takleh tido siang nanti sakit kepala. Siapa yang rugi aku jugak! Mencik taw! Lepas dia solat Asar mak aku ajak aku gi kedai perabot pulak... Maleh nya! Tapi aku gagahi jua lah siap amik makcik aku and sepupu aku, Kak Ikin yang sedang boyot 7 bulan tu. Sepanjang jalan la aku dok dengar mak ngan mak long aku bersembang. Kak Ikin ngan aku muka boring jer!. Ohh mak aku siap perli dia kata aku bawak diorang gi kedai tu rasa jauh sangat. Amboi! Aku bawak diorang dari Tambun ke Lahat maunya tak jauh! Complaint lagi Hajah Sum ni.

Pegi lah kedai Jati Jepara tu. Mak ada hati nak beli perabot lagi. Dia tanya aku cantik tak? Aku kata cantik tu memang la cantik tapi nak sumbat mana lagi mak. Dia kata yang tu lain cerita dia nak beli buaian kayu nak letak kat laman umah. Kengkonon nanti ada anak aku boleh buai kat situ. Oit! Takde maknanya aku nak berbuai buai kat situ cam bawang putih baik aku tengok barney kat tv. Tapi aku tak la cakap kat dia aku cakap dalam hati jer. Heheheh... nak kene ceramah la kalau aku cakap kat dia... Tetiba dalam aku sibuk sembang ngan Kak Ikin abah sms..

"Kat mana? Takde siapa kat umah"

Aku reply

"Ohh kami gi jenjalan habiskan duit mak. Abah tunggu la kat umah yer.. semalam kan kami tunggu abah... kene take turn yer haji...."

Abah reply...

"Balik cepat! Boring takde orang"

Eh eh eh... apa kes aku tak tau la. Musti dia mau eksyen sama aku yang dia dapat banyak udang galah. Hehehehe Aku dah terbau rendang udang galah! Dalam kul 7.30 malam kami sampai umah abah takde dia gi surau. Lepas isya' abah balik dia tanyak aku gi mana la apa la. Mengalahkan polis pencen. Apa lagi haruslah aku report activiti mak aku kan. Mak buat dek jer!

Ahad mak masak very da marvellous! Antara menunya...

1. Gulai Tempoyak udang galah (anak jer)
2. Kari daging cincang ( aduhaii! sedap)
3. Rendang udang galah (Yang bapak udang galah)

Tak aci tak aci! Bila buat gulai tempoyak musti udang kecik. Udang beso semua buat masakan kegemaran abah! Kata tangkap udang untuk aku? Apekeheynya? Mak tertipu. Dalam keadaan aku sibuk nak balik mak aku siap tapau lauk pulak untuk Bard. Ewah ewah ini sudah lebih aku nak kene merendeh mengangkat barang pulak. Seperti biasa mak dengan aksi drama nya nangis bila aku nak balik. Cam la aku dok kat Antartika pulak. Ohh kebetulan aku baru perasaan abah trim jangut dia macam Bard (Lakiku) aku cakap kat abah janggut dia cam Metellica dengan canggihnya dia cakap.... Ini sunah Nabi! Ohh matilah mek!

Sampai Shah alam perkara pertama yang bard tanya.. Apa lauk mak kirim. Ni yang akak rasa nak nanges ni! Bukan tanya aku sihat ker apa ker tanya lauk! Akak yang berhanggin!!!!

P/s : Haiihh very the bored hari hari gi kerja jem jer bard dah complen. Maksudnya encik bard?

Friday, February 15, 2008

What to do? Donno!

Salam...

Hari ni hari Jumaat. Hari untuk balik kampung. Yeaaa..... Ohhh bard sedih and asked me to balik awal Ahad ni. So aku balik naik bas kul 1petang so sampai around 4pm. So ada masa lagi nak gi lepak hahahaha.... Lepak di hujung minggu BEST! Setiap hari pun best! Hahahaha....

Oklah nak siapkan keja and nak balik. Arini aku dilepaskan awal jam 4.30. Bas aku kul 5.30. Hehehehe

p/s: Jiwa bertambah kacau!

Thursday, February 14, 2008

Esok balik kampung...

Salam....

Landloard call, Kevin check account book dia and tanya aku dates aku bayar sewa rumah. Then dia tanya bila aku nak bayar feb punya rent. Oit apa kes? Feb rent by end feb la. Dia pun confiused. Haruslah aku sms wife dia. Anna said no worries, Kevin pun tak paham pasal the deal. Nanti dia akan kasik class kat laki dia hahahaha. Usually aku deal dengan Anna (wife Kevin) so she know head and tail. Time to buy our own house. Potong gaji terus duit rumah hahahahaha.... Tapi aku boleh agak la.. Aku rasaKevin tu tanya memacam ngan alasan dia nak datang umah la tu. Nak suh aku masak laksa lagik hahahahaha... (Tuduhan tak berasas! Abaikan!)

Percutian 3 hari 2 malam di Ipoh. Cant wait! Dah lama tak balik rasanya. Lepak kat Ipoh with family like old days. Will make me feel good. Bard tak ikut aku balik. Huhuhu.

Just got msg dari suria....

Oit. U sport a new hairdo. Nice! =D Cheeky sket.

Hehehehe malu lah saya..... klah got to go. Bard dah sampai..... Bye people!

P/s : Jiwa masih kacau! Tak ske la!

Wednesday, February 13, 2008

Aku rasa? Entah la?! Bored!

Salam....

Firstly aku suka arini sebab cuti telah berjaya diluluskan. Thank you kak Lotfi! Next please....

Boring boring boring. Arini cam banyak bende nak settle and nak kene lah kejar Kak Ju yang asyik menyorokkan dirik. Aku jumpa ko jugak walaupun ko nak menyorok. Yea! padan muka Ju. Haiihh aku masih lagi tak sempat mau membelek website yang sepatutnya untuk bercuti lagik. How?

This week aku balik kampung atas nasihat abah. And by end of this month aku akan cuti seminggu dengan misi lain. (Hehehehe) It's time for something new erk?! Tak sabar aku. Haiihhh. So everyone is suspecting I am pregnant. Ohh soo the not! Hehehe baru 30 hari lewat namanya. Aku rasa aku tengah keharok dengan screening 29th Feb ni then aku CUTI! Maybe dalam masa terdekat ni ala ala rajin update blog sebab angin rajin aku dah datang. Rajin nak update blog.

We in action di tepian Pantai Cenang! Aku masih merindui Langkawi. Big time! I m craving for a new watch! Aku ada suka dengan satu jam ni. Tapi tahlah tak tau la nak beli ke tak. Aku suka jam tu! Suka sangat! Masalah la aku ni.Satu lagi masalah! Hmmm... lately ni aku jiwa kacau la. Aku cam malas nak bersosial! Malas nak cakap banyak banyak. Malas nak amik tau dan malas nak beritahu. Camana?

p/s : The time will come..... soon....

Tuesday, February 12, 2008

Abah pegi Langkawi plak?! (Garu kepala)


Salam....

Aku dah balik 2 minggu and semalam abah called aku all the way from Langkawi plak. Dia pegi ngan Dato Mufti. Eleh dia musti mau eksyen sama aku erk. Dia call masa tu dia kat pekan Kuah. So aku tak berapa jealous la sangat erk. Kalau dia call aku dari Pantai Cenang haruslah aku meroyan suh dia dok kat laut sebab aku nak dengar bunyik ombak. Dia siap nak perangat aku cakap dia tengah shopping corning ware untuk mak. Matilah balik nanti aku ambik bawak balik shah alam. Hehehehe... Ohh sebenarnya dia call tu bukan saja nak menyakitkan hati aku tapi dia suh aku balik kampung minggu ni. Ada surat untuk aku. Buat nerbes jer erk. Surat apa tu erk? Takkan surat panggil belajar plak? PTPTN? Tak mungkin dah bayor every month pun hantor surat memang nak kene tamparan wanita la kan?! Apa erk? Suspen jer abah aku ni.

Abby may the force be with you! Aku doakan ko dapat kerja lain dengan secepat mungkin. Tinggalkan la manusia manusia itu. Yang kononya berwawasan dan modern tetapi TIDAK! Neway aku selalu percayakan karma Tuhan. What you give you get back. Bila ko buat orang one day ko akan kene or maybe anak ko kene ker camtulah. So gitulah resam dunia bee.. Nak cepat naik dia kene pandai mengampu la erk takleh jujur sangat kalau tak. Hmmmm.... So aku harap ko paham bee sebab semalam aku dah makan soto johor mak ana so aku rasa aku dah mula paham masalah ko.

Next.. semalam lepak ngan bani. Keras perut aku. Macam2 cerita kuar. Sekali sekala lepak ngan bebudak ni syiook gak release penat and tension. Yelah asyik gelak jer. Ohhh not to forget about Elly dengan perkataan baru dan ejaan barunya. Horror! Ohh dan tak lupa port kita sekarang dah dimeriahkan dengan kehadiran Anuar Zain. Dia tak lepak la ngan kami takpe sebelah meja camtu. Dia ni kaya ngan senyuman. Asyik asyik senyum jer. Murah erk rezeki asyik senyum tu yang buat album baru kot. Hahahahaha...

Yay. Aku dah plan next trip dengan Ahmad Badrul. Kami nak gi 3rd honeymoon hehehehe poyo erk baru 2 tahun kawin dah nak masuk 3 kali honeymoon. Ehhh Yang baru ni tak kira honeymoon ni consider as trip with kengkawan. So ni honeymoon gue yang ke 2 ler. Ke mana? Tak leh cakap lagi surprise la. Aku akan beli tickets semua dengan guna kad kredit supp dia hehehehehe boleh erk camtu? Boleh! Kata supplementary. Suka hati mak lah. La ni aku nak kejarkan semua dateline aku suh boleh cuti panjang. Hehehehe akak suka! Ohhh have to mention. Bossku, Kak Lotfi sudah approved cuti akak. Yahoo.... best best!

Oklah sampai sini jer. Aku ada benda excited nak buat soon..... Tak sabor menunggu masa dan ketikanya.

P/s : Kekadang orang yang tak suka ni kan bila aku cuba nak suka kat dia. Dia suka menyakitkan hati aku camana erk? Setiap kali taw!

Wednesday, February 06, 2008

Apa aku rasa dan apa yang ko rasa? Kita punya suka la...


Salam....

Tu gambar percutian aku yang beru lepas ni memang best! Aku gi 27 - 30 January ke Langkawi bersama Bard, Elly, Piah, Abby, Diana, Finaz, Man, GG, Raja, Lin and Noza. BEST gilerrrr! 4 hari tu cam tak cukup jer. Ni baru betul CUTI CUTI MALAYSIA! Hahaahaha... Gambar ni di ambil pada ketinggian 710 meter dari paras laut. Aku naik CABLE CAR nak amik gambar ni semua bagai tau. Nanti aku upload gambor seme ok. Ahh? Ohh yer saya baru potong rambut.

Pokcik Zoul! Lama tak dengar cerita. Thank you le pasal sudi letak nama orang kat award list tu erk. Saya kurang menghapdate blog ni maklumlah tak sempat. Apa apa pun thank you. Nak letak ruang sembang tu erk? Boleh gak tapi tak reti muahahahaha...Tolong jap ajor budak baru belajar ni.

Balik cuti ni rasa malas nak keje hehehe Besalah dah dok melepak 4 hari di tepi laut and lupa dirik. Hahahaha. Tapi takpe I got the beat back. Time for war! Hehehehe

Ada news a few kengkawan belajar nak berenti kerja and dapat new job. Good for them. Sebab some of them dapat bos yang ala ala horror. Ada sorang cakap bos dia sibuk suh buat tu ini tapi takde apa at last. Buat kerja tu sesia. Dapat pulak bos berat sebelah asyik ada favoritisme (betul ke ni?) so dok suh member aku ni buat semua yang anak emas dia tak payah. Apa idea anak emas semua terima walaupun hampeh. Camana erk? Mana tahan beb. So better leave la. Aku agree bee! Ko pun dah pegi a few interviews kan so pray harder dapat kerja tu. Aku paham perasaan ko di kala ini. ( Aku rasa nak makan soto la arini tu la perasaan aku)

Neway a few weeks back i learnt something from Dato' Dr Fadzilah. Jangan benci orang sebab bila kita selalu benci orang tu ada satu kawasan hitam dalam hati kita. Camana erk? Kes berat. Tah la aku ni susah. Nak suka orang cepat tapi bila aku dah tak suka tu haiihh. How la my pren? Entah entah entah. AKu sedang belajar ni supaya tak benci orang takut anak aku muka cam orang tu mampuih la. Follow the flow dont force yourself to like something that you dont like hahahahaha boleh ke ikut pepatah ni? Biar la aku yang menentukannya. Diri aku kan.

FALSE ALARM? NO? Ohhh aritu aku demam and 2 kali jumpa doc sebab tekak aku ada jangkitan kaedahnya. So dia check check aku and dia kata dia suspect aku pregnant. Oh oh oh aku cam nak tengok jer background dr ni grad kat mana atau grad ke tak. Memandai jer dia. Check tekak tetiba cakap aku pregnant?! Ke ada teknik terbaru check tekak dapat tau pregnant hahahaaha.Takpe la tu...

Apa apa pun aku dan bebudak tgh plan nak gi bercuti lagi by June. Yelah tunggu bebudak opis nak gi Bangkok macam tak jadik jer. Baik aku plan lain. Aku pun dah ketagih ngan laut ni. Aku mau ke Pulau Payar. Elly kata kalau aku pregnant by that time dia suh aku jaga beg ngan amik gambor diorang. Oh mulut mu macam nak ku ramas. Suh aku jaga beg? Cantekk sikit. Apa apa pun percutian lepas kami telah berjaya merakamkan 1300 gambar dengan mengunakan 4 camera. Matilah nak cuci. Pssttt lab UiTM boleh pakai lagi nak cuci gambor tak Abby?

Dah habis modal. Aku nak balik dah. Nak gi makan Soto. hehehehee

P/s: Semua complen aku makan banyak. Canteek sikit. Aku makan cam biasa korang jer yang tak biasa tengok aku makan muahahaha...........