http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: May 2008
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, May 30, 2008

Sad nite

Salam...




Semalam aku balik rumah while bard kerja petang. Then aku tengok tv semua citer sedih. Bleh? Hallmark citer sedih. AXN pun citer sedih. AXN show Kidnapped and Hallmark aku lupa citer tu apa title dia. Nanges ahh sikit.

Today masa bard hantar aku gi kerja aku rasa jalan tak jem sangat dan rupanya baru aku perasan cuti sekolah dah start dah. patut lah. Kalau tak mampoih kekeng! Kekadang aku fikir apa nak buat nak bagi jalan tak jem erk? Hehehehe... Naiklah LRT kalau korang larat la aku gi Hotel Nikko naik LRT pun dah tobat seh! Yelah penuh. Ohh and thanks to Botak & Diana dengan statement korang..

Botak : Ko tau ker naik LRT? Public transport tau?
Diana : Entah dia ni ko tau ker wei..

Oiitt ko henggat aku ni useless sangat ker? Canteek sikit! Aku tau la beli ticket and aku tau la nak bus and LRT. Ko tanya Elly dia mabuk tak naik LRT muahahahahahaha.. Kantoi!!!!

Hari ni adalah hari terakhir aku and Faiz bekerja di ntv7. Bermula 1st June nanti aku dan Faiz akan bergelar Warga TV9. Hmmm... aku dah habis kemas tinggal nak angkat barang jer lagi. Maybe petang sikit la erk angkat nak siapkan checklist dulu. Ohh nak kene hantar hand over to Lotfi and Emilya dulu. Apa apa pun monday ni aku cuti. Gue balik kampung malam ni balik Penang!!! I can smell the ocean already la. Monday petang aku datang ofis jugak ada meeting at 4. Hehehehe.. rajin erk? Ada kerja kenelah rajin.... takde kerja nak buat rajin pun susah ma....

Oklah off for lunch!

P/s : Berdebar debar 2 3 hari ni napa erk??!!!

Labels:

Monday, May 26, 2008

Cuti Sekolah so Perang kenduri bermula.

Salam...


Last Friday aku lepak ngan dua wartawan hiburan yang happening kat DOME The Curve. Lepak minum ngan diorang. Sambil menunggu Rowena, PR tempat aku yang akan belanja diorang makan malam di TGIF. Wahh best best part... latest gossip la pe lagi.... hehehehe Then on Saturday pepagi bangun menuju ke Kuantan. Abang Pesal punya kenduri. Ohh i am 100 percent guilty bila tak dapat pegi akad nikah dia because petang tu aku kene gi kenduri kawan Bard. Kan aku dah kata musim cuti ni aku fully booked by kenduri. Best gak gi Kuantan kampung diana. So next trip bila Diana kawin la. So minggu ni aku akan balik ke Penang. BEST!!!!!!!!! Sepupu bard punya kenduri pulak kat Sungai Petani. Abang Pesal punya kenduri kat Perak aku takleh pergi la... Huhuhuhu tapi on the way ke Penang aku try singgah.

Mulai 1st june ni aku akan officially pindah ke TV9, Dekat Di Hati. Hmm.. perasaan saya? Tak tau nak cakap... excited! Neway kat mana pun sama jer. Janji ko tau sesuwaikan diri and buat kerja. Tu yang penting. Aku tau banyak kerja menanti but I m not complaining! Aku teruja sebab the environment is totally different. Ohh meja Faiz dah kemas takde satu apa pun atas meja kecuali remote plasma! Aku? Melambak lagik ada beb.... Tak tau camana nak kemas half aku dah passing passing kat bakal pewaris kat ntv7. Ohh got another letter... No aku pun akan bertukar ke TV9 staff number. Hmmm... number 2 digit tak payah bayar riban riban....
Oklah nak siapkan kerja... Esok and Lusa aku ada training kat hotel Nikko... matilah mek!

p/s : Minggu ni aku balik Penang sampai Monday! Yay!!!

Labels:

Tuesday, May 13, 2008

Facebook?!!! Everyone is throwing everything hehehehe

Salam....


Dah lama aku tak jengok Facebook and aku realized that Suria throw macam macam kat aku like Simon la pie la than tah hapa hapa lagi la. Aku rasa cam nak balas dendam ngan baling balik ko tunggu esok ok. Neway thanks Suria for the wishing! Please spare some of your time with me. I need some feel good laugh at mamak hahahahaa... Hmmmm DOME pun ok!

Kak Linda pun throwing everything to me hehehehehe.... Tapi i suka bila i dapat LV bracelet and LV Bag at Facebook. Semua jadik nyata hahahahaha...


To Zach, thanks beb with all the sms and wishes. Heheehehe.. ohh not forgotten so nice of you to write those message on my wall!!!!! LIKED IT VERY MUCHA hahahaahhaha..... So bila mau session lagik ni????

Masy aku teringin nak dengar ko nyanyi lagu Hijrah tu. Sesuwai ngan muka aku. Hmmm.... aku cam confused jugak sesuwai ker lagu tu ngan aku. My new boss dah tanya aku nak gi Perkampungan Hadhari ke tak? Heheehe aku ada wedding that week aku akan ke Kuantan,Pahang kebetulan Perkampungan Hadhari kat Pekan Pahang. So tak tau lagi la camana....

This week my family semua nak turun Shah Alam sebab Isnin cuti so aku dah pesan kat abah bawak barang barang ni...

1. Sabtu - Kari daging (so abah akan beli daging fresh)
2. Ahad - Gulai Tempoyak ikan kembung and Laksa
3. Isnin - Kari kepala ikan.....

Matilah mati kekenyangan.....

P/s : Di mana aku nak makan laksa arini erk?!

Labels:

Adios ntv7 and Hola TV9

Salam...

Korang pernah tak tanya bebudak dalam lingkungan 4 ke 7 tahun apa cita cita diorang. This morning, bekas pengacara 3R appeared kat The Breakfast Show. Dengan 3 orang anak dia. Anak yang sulong nak jadik Transformers. Erk?! Matilah!!! Wondering masa aku kecik dulu orang tanya nak jadik apa mesti aku cakap Osyin hahahahahaha..... Hint Hint!!!!


Oklah. Masy... ko tanya aku nak gi mana erk? Hmm I think most of my friends dah tau aku dalam dilemma! Yes dalam dilema nak pilih yang mana satu?! Antara nak stay di ntv7 or nak ke TV9. Yup aku dapat offer ke TV9. Yes and I have to choose to go or not to go. But lepas aku fikir semasak masaknya aku rasa i need to plan for my future jugak kan. Takkan selamanya aku kat satu tempat. Bila kita berubah tempat which mean you will gain more experience with different people .....
Antara reaksi orang disekeliling aku....

Bard (asben I) - Pergi TV9. U dah masuk 4 tahun kat ntv7. Cari lah experience lain (Erk?) Abah - Bagoih ler... Boleh la Bertaranum dan mengaji selalu... Tambah pahala (Adus!)
Mak - Kalau kamu rasa ok pergi la.... (Mak aku sempoi)

Elly - Kalau masyuk gi ler tak payah fikir ( Calculative mind!)

Abby - Gi la...

Diana - Ada increement ker babe?

Aimi - Yay best zaida TV9 (Aimi from TV9)

Botak - Ko buat apa beb? Brand lagi? (Ahhh ahhh)



Ermmm.. I ve made my decision... I AM GOING TO TV9. Already submitted transfer form to HR. So lepas ni aku akan berkerja keras bersama team TV9 seperti Rona, Kak Farah dan yang lenlain lagi la. Hope we can achieve the target and we can get big fat bonus! Hahahahaha.... Boleh la akak gi jenjalan.... Dan get myself pregnant. Haaa..... tu kene consider gak kan...

So kalau korang ada komen ker ada idea bernas ker boleh la komen kat entry ni. Adakah aku telah membuat keputusan yang baik? Tak? Atau aku patut gi TV9. Send it to me babe! :)
What ever I do even aku bukan ngan ntv7 lagi ntv7 selalu Dekat Di Hati aku and TV9 akan Sentiasa Di Hati....

P/s : My sms tone already pakai Dekat Di Hati punya song hehehehehehe....

Labels:

Monday, May 12, 2008

Le Tour De Selangor

Salam…

Last Saturday seperti biasa bard ada kelas CISCO dia. Aku tak tau nak buat apa. Call Suria dia nak kene gi ofis proof read the report. Call nuar kat Penang. Elly kerja. Abby tido. Diana gi PD. Siapa lagi yang selalu available semua tak. Aku just nak kill the time before aku nak gi tengok kak ikin. Tapi dia bawak anak dia gi klinik ada kuning sikit. So semua tak available last sekali aku gi Donkin Dounut kat Sek13 breakfast baca semua paper then aku gerak gi SACC. Aku sebenarnya nak gi Lovely Lace beli Teddy’ Dream drop. Tapi aku ternampak butik Anakku apa lagi aku memborong la the botol susu and a few baju untuk si kenit tu. Then aku terus ke Klang ke rumah mak mentua kak Ikin.

Sampai Klang budak tu dah bernama rupanya. Muhammad Shahmi Haikal. Sesuwai nama pepanjang ni nanti nak amik periksa orang dah soklan ke lima ko dok menulis nama lagi. Tapi biorlah mak dia yang bagi nama. Mak dia yang beranakkan so suka hati dialah. Budak ni dah pandai buat aksi aksi kat aku ni. Mencemikkan muka menangis takmo minum air masak and the best pasrt is dia kencing kat aku. Huwaaaaa sib baik bukan najis mukalazah kalau tak mandi lumpur la mak kan….. So ni la aksi budak kuang hasam ni….

Tido plakkkk....

Menjeling plakkk...

Aksi cemek tak suka Auntie Jeda hahahahahahaa pedulik ahh

Good boy!!!!

Lepas aku da puas kacau Haikal geng Ipoh pun sampai la. Yer diorang datang nak amik kak ikin balik. Kak Ikin nak habiskan pantang dia kat Ipoh. Aku pun akan buat camtu jugak. Matilah ko pantang kat Ipoh mak segala bidan ada kat sana heheheehee… Pantang besarnya 44 hari. Pantang ais 100 hari muahahahahahaha… Ish tak baik gelakkan dia nanti aku pun kene gak. Takper aku boleh rasuah mak aku. Kawtim!!!! Tok mun biasalah dah hint hint aku. Aku buat donno jer.

Si abang Bo… dia ni abang kak ikin cucu pertama tok mun, aku ni cucu yang ke lima tapi ranking terbaik hahahahaha. Sibuk tanya pasal One piece punya kartun. Oit ko macam tetau jer erk! Kat umah ada satu one piece punya mainan. Haruslah dia nak tu. Si bard pun suka one piece silalah gaduh dulu heheheheeh. Nanti aku bagi semua cd anime kat dia biar dia muntah tengok. Sesuwai.

Petang lepas bard balik kelas aku gi Putrajaya plak sebab bard rindu kat anak sedara dia ni. Apa lagi pucuk dicita ulam mendatang. Akak pun terus la kata ok. Pegilah umah dia lepas maghrib tu. Yer anak sedara bard yang 2 ni masih sibuk main lagi. Diorang ni memang tak tau penat erk. Aku tengok pun penat. Aku sempat posing kat dapur umah dia masa biras aku tengah sibuk masak. Bising la dia bila ak sibuk posing ngan anak anak dia kat dapur. Dah aku tak tau nak buat apa lagi posing jer la….. hahahahaa…

Amira Adrina

Posing lagikkk ngan Atira sekali

Oklah got to go…. Arini hari Ahad so tengah fikir nak lunch kat mana. Bard keje petang arini. Aku rasa nak gi MPH petang ni beli buku then balik umah habiskan buku aku. Haaa.. satu cadangan yang sangat menarik tu. Bos besar akan pergi LA malam ni. Semoga selamat pergi dan selamat pulang erk….

P/s : Aku masih dalam dilemma dalam membuat keputusan ni…. Nak pegi ke nak stay?!

Labels:

Thursday, May 08, 2008

AIM... Labor Room... Brainstorming...

MASY..... ko jangan nak private blog ko erk?!

Salam...

So last weekend dah berlangsungnya AIM15 di PWTC. Apa lagi harusla very da busy ya amattzz. Sampai tak masuk opis aku. Wahhh very da.... So semuanya berjalan lancar and aku dapat rasakan orang enjoy giler ngan faizal tahir punya performance. Haruslah beb abang superman terbang namanya. So lepas ni takdelah alasan tak kenal Faizal Tahir sebab malam tu dia banyak sapu awards. To thoese yang menang dan berjaya merampas balik trophy tahniah aku ucapkan. Siaplah tahun depan Jacqueline Victor masuk chart balik ok. Yang kalah tu lek ahh beb at least masuk nomination pun dah cantek. Bukan senang tu. Next year cuba lagi ok. Maybe next year boleh masuk Juara Lagu ker... Anugerah Planet Muzik ker... atau... Anugerah Berita Harian ker... belasah jer lah. Marketing strategy kene baik ahh....

Next... Labor room Case. Kak Ikin telah dimasukkan ke ward last Sunday morning tu. Kebetulan lepas AIM habis au gi melepak ngan bard makan then around kul 3 pagi kami balik. So that morning aku dapat call dari maksu suh gi ospital. Hospital Ampuan Rahimah. Yelah dia kan ker nurse gomen and dia takut nak gi swasta sebab dia suda ada case masa pregnant. Neway she is 33 years old nak beranak anak sulong so please imagine. Aku? Ada la kenangan kat ospital tu ngeri gak ah! tapi sebab orang tersayang aku gi la jugak. Masa aku sampai tu dia dah start contraction. *aku takde experience lagi tapi aku akan cuba explain kat korang macam aku tau la sakitnya* Masa tu dah quite frequent la. Sian gak aku tengok dia. Laki dia lagik la siap nanges.


Wondering kalau aku kene camtu apa erk aku nak buat?

1. Cakar muka bard? - hmm tak boleh sian dia...

2. Breath in breathe out hehehehehe - ok gak ni....


Then family aku dari Ipoh semua dah sampai. Eleh harus lah kecoh. Sib baik dia dok kat bilik sorang.
Maksu : Semalam masu nampak kamu bayak kali masuk tv.
Aku : Ye ker mana ada?!

Ya Cousin : Yelah semalam tok mun yang rabun pun nampak.

Aku : Bukan la!!!!!
Bard : Memang dia yang tersengih sengih kat depan stage tu takde orang lain dah...

Aku : Potong la you ni....


So what? Best ker masuk tv? Ni semua salah abang abang cameraman yang pedajalkan aku. Abah pun dok sms kata a few cousin aku bagitau nampak aku. Pehal?! Eleh abah pun tengok AIM jugak tapi dia tengok sebab Adibah Noor jer dia kata. Eleh dia nak tengok aku la tu.... So balik citer kak ikin sampai la masa family kitaorang balik ke Ipoh. Maksu siap peranggat dia kata kami nak gi makan seafood kat Bagan la apa la. Member muka dah merah merah tahan sakit.

Aku : Sakit ker kak ikin ? (Soklaan bodo dari aku)
Kak Ikin : Sakit cam nak gi toilet tu...

Bard : I rasa you tahun depan jer la....
Sian i tengok kak ikin....
Masa ni aku tengok urat kat kepala bard dah naik. Yelah dia mana boleh tengok orang sakit dia pun rasa sakit jugak. Horrror la pakcik tu.


Then esok pagi tu masa aku sibuk brainstorming kat Jamaica aku dapat sms and mms yang dia dah selamat bersalin. Wahhh lega jap. Yelah kalau tak makcik2 aku ni semua sibuk sms aku suh updates. Banyak la... Then aku sibuk la brainstorming sampai selasa. On Selasa aku blah awal sebab nak gi hospital tengok dia. Amazingly anak dia takde jaundice. Hmm kalau tak percutian lagi la ko kak ikin kat Hospital. Anak dia masih tidah bernama aku yang sibuk bagi a few names. Yang ada maksud yang cantik la kan. Tapi aku cakap mulut jer antaranya Firdaus, Mikhail, Ridzuan, Adam Sandler hehehehe Yelah jangan la bagi nama berat sangat kang budak tu tak larat nak pikul. Tak payah la nak glamer tapi takde maksud nanti kat padang masyar nama dia last sekali dipanggil plak. (Based on ceramah agama kat surau umah aku) So suka ati korang la anak korang. Apa apa pun aku tengah survey nak beli apa kat anak dia ni. Bard suh beli kasut adidas. Aku cam nak beli baju kat GUESS cam cantik tapi aku dah suka 3 baju. Haruskah aku beli ketig tiganya?

Oklah aku nak gerak ke Private Practise PC kat Pavillion. Nanti aku merapu lagik.

p/s : Oiit... aku dalam dilema...... ohhhhh now!

Friday, May 02, 2008

My Labour Day?!

Salam...

Hmm... apa korang buat Labour Day semalam? Makan tido la korang erk? Tu musti kerja Masy and Tipah. Apa lagi diorang nak buat hehehehehe... Lee kat UK ada ke Labour Day? Takde erk? Sian ko erk hehehehe balik ahh sini ada Labor Day tapi takde la party Havanah namanya..... Heheheheh...

So semalam aku mangkit pagi hantar bard gi office dia then aku balik buat laundry then habiskan buku 'Bukan Terlarang" besstttt sangat citer tu. Sedar sedar jam dah pukul 1.30 matilah aku kene gi office lawyer kul 3 kat Putra Heights nak sign SNP ya aku tukar lawyer. Sebab lawyer dulu tak efficient sangat. Document banyak salah. Nasihat aku before sign apa apa agreement baca dulu walaupun ianya setebal 4 inch. Kalau tak paham bahasa lawyer get somebody to explain it to you like what i did. I learnt a few words la cam mutandis la apa la... banyak la lain lagik. Tapi takpe aku tak perlu ingat sangat unless aku nak beli umah satu lagi hheheheheeh.... Oh and aku and bard gi amik tuan umah kat Carrefour semalam dia datang naik bus all the way from Teluk Intan. Yes dia orang kampung bapak aku. And they promised nak bawak aku gi makan mee rebus kentang bila aku balik kampung. Aku akan tuntut. Sebagai balasan diorang mau rendang ayam. Ok tu kecik punya hal.

So lepas signing semua.... YES!!!! Aku dapat discount harga umah dari tuan umah. Yay!!!!! So can shopping sakan kat Kuching bulan 7 ni yay!!!!!!! Hopefully la erk. Beli barang umah. Bestnya. Alhamdullilah!!!!! Murah rezeki !!! Kalau pregnant lagi murah rezeki abah aku kata. haipp bapak aku dah hint plak. La ni aabah selalu lagi call sebab number maxis plan tu kan free kalau dia call aku. Matilah! Ceramah ugama la aku kene.

Owner bawak kami gi tengok umah baru yang dia beli kat Putra Heights. Mana la tuan umah aku dapat duit bebanyak ni?! Umah yang aku beli ni takde hutang bank. Yang umah ni dia beli cash RM550K Oiittt ko rompak bank ker?! Aku kene belajar camana dia buat business ni. Dia pun bukan buat business kerja ngan United Nation plantations jer. *** Pening la! Anyway rumah tu cantikk giler yer la RM550K what do you think. Cam umah aku murs jer. Ohh and dia siap cakap umah yang aku beli tu Fung shui master sudah tengok memang good location and strategic. Good fung shui tu yang dia beli. Matilah kurafat. Kalau abah aku baca entry ni mau dia tarbiah aku seminggu.

Then lepas settle semua Raja call ajak gi umah kak linda dia nak gi Abu Dhabi hujung tahun ni lepas dia deliver her third child. So dia buat farewell kenduri la. Yes hubby dia (Abang saiful)akan berenti kerja dgn MAS then kerja ngan airlines sana. Whoa!!!! Bestnya akak linda akan jadi lady of leisure selama lamanya aku sungguh jeles! Ohh not to mention....

Aku : Apa citer ni?! Nak pindah.... plak...
Abang Saiful : Rezeki anak.....
Raja : So bila pegi?
Abang Saiful : 3hb ni tapi kaka linda lepas bersalin.
Aku : Apsal tak bersalin sana. Kalau orang lain dah eksyen anak lahir kat oversea.
Kak Linda : Ko gile tangan pak arab besar tau.
Aku : Ohhh tak faham la?!
Kak Linda : Tu ler aku suh beranak tak mo aku jugak la yang beranak lagi ko bila??? Cepat!
Aku : Ok tahun depan ahhh.... Best erk jadi lady of leisure...
Kak Linda : Aku jealous ko kerja ngan TV!!!!!! Glamer tu.....

Hehehehe jealous rupenya kakak aku ni. Takde apa yang glamour. Besa jer bukan aku dok ngan artist pun. Diorang pun cam kita gak bukan kaya sebab nyanyi belakon jer ada kerja lain gak business sana sini cam ND Lala kaya sebab business dia tu. Harap nyanyi kenyang famous jer la.

Neway kak linda masih maintain cam dulu tak gemuk walau dah beranak 2. Jumpa kak Sapura and Tengku Zariman pun aku sempat jumpa. Ingat boleh la jumpa kak Diana dan kembar cantiknya tapi dia tak datang! Tensi!!!!! Maybe we will throw farewell party for her lepas dia bersalin. Apa apa pun ni gambar semalam....

Happy Family.... :)


Raja and Tengku bertemu....

The Couple from Bukit Subang


The akak and budak ribena last time la.... she called me JAWS


The Diploma Mass Comm Batch!!! MC110 99/02 UiTM Shah Alam
I am off to PWTC for AIM15.... For all the nominees good luck. Kalau kalah cuba lagi tahun depan. Kalau menang ahhhh datang la for The Breakfast Show, Quickie and MHI kat Media Prima nooooo........

Al- Fatihah to NAZA's family...

p/s : Aku rasa laporrr sangat tapi tak tau nak makan apa la..... Tensi!!!!!

Labels: