http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: March 2008
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, March 31, 2008

My weekend!

Salam...
Tak banyak yang aku wat last weekend. I bought myself a new wallet. Oklah. Takde la mahal sangat. Kang memahal takde duit plak heheheheeh. Muahahaha... matilah nak kene meraih simpati orang.

Yesterday bard beli karpet buloh for our hall and tempat tengok tv. Aku tak pakai dah carpet bulu tu penat nak vacum. Oklah nampaknya sambil sapu je mudah kerja aku. Ha....
Last nite we watched ABPBH. Oklah not that bad. Performance wise pun ok. The host memang truly crazy dengan acting semua. Ning punya performance best sangat.

So arini last day for my big boss Janice. Ada la farewell party kat TGIF lunch tadi. Ohh and ada sessi airmata. Yela sian gak ada yang amik VSS and we are a bit nervous for tommorow. Ada townhall for new boss and we will get a new direction from the new GM. Hopefully semua ok.


Kak Ikin yang boyot 8 bulan akan datang tido kat umah aku malam ni. Dia dapat transfered dari Ipoh ke Klang. Yelah husband kat sini dia kat sana so kene la transfer. Dia datang ngan udin. Malam ni meriah la umah akak yer. Dengan kehadiran diorang. Nak masak ker? Cam tak sempat so aku akan belanja diorang makan. Tu je.


Last Saturday aku g jenjalan ke KL maklumlah abah datang sini. Antara tempatnya Sogo. Aku jalan jalan then ada dua bende aku aim. Satu sandal Scholl and perfume GUCCI. Aku macam nak paw abah TAPI bila fikir balik ish aritu masa bonus bagi duit kat diorang ni paw diorang plak ala ala beruk siku namanya. Terus cancelled. Aku rasa aku nak paw Ahmad Badrul la. Hahahahaha... Sure dia tensi. Nasib ler....


P/s : Aku semakin bedebar menunggu hari esok keputusan dari new boss dan jugak..... :)

Thursday, March 27, 2008

Aku balik Penang.


Salam... Sepatutnya percutian 3 hari aritu aku kene menyelesaikan semua masalah berbangkit. TETAPI... yang bangkit tak setle aku balik ke Penang sebab mak mentua aku sakit. Hmmm dia sakit demam panas and sakit perut. And aku sebagai menantu mithali bersama dengan biras aku yang lain balik la kampung jeguk dia. Semua kerja rumah dari mengemas sampai memasak semua kami buat. And tak keterlaluan kalau aku katakan 2 abang ipar aku dan Bard was so IMPRESSED dengan kami iaitu isteri mereka. hahahaha... We take over the house and kitchen. We cooked together. End up banyak la lauk. Mak mentua aku terus sihat. My 2 biras ada anak. So i am also running around kejar anak anak diorang while the mother doing something else. Haiyoohh camana nak jadi mak ni. I am totally penat malam jer aku dah ZERO. Penat! Bard let me sleep through out the journey to Ipoh. Syiiookkk lepas singgah ipoh jap kami balik shah alam kul 10 malam and aku tido lagi sampai shah alam. Penat erk jadi suri rumah tangga!.

Ok lah aku nak balah dan esok sambung lagik.

P/s : Aku nak beli wallet sebab wallet aku dah koyak!

Friday, March 21, 2008

I dont want that bag!


Salam....

Bonus sudah selamat masuk ke dalam akaun hahahahaa and aku berjaya mengawal diri dari membeli apa apa lagi. Ada yang dah serbu Pavillion and OU beli handbag. Aku? Takmo ahh belum sampai tahap boleh pakai brand tu lagi. Kang beli semua tu tak cukup makan plak kang nak kene meminjam orang. Matilah mek. Sabor jerk.

Tadi aku meloloskan diri ke OU dengan kak lotfi. Wahh sudah sambar beg baru. Cantik. Reasonable. Aku ikut jer tadi cuci mata. Aku berjaya menahan diri dari membeli apa2. Aku akan beli next week masa gaji heheheehhe.... Ohh aku gi GAP. 3 kali tengok beg tu aku terus tak berkenan. Hahahaha aku memang camtu. Sib baik tak beli lagi. Selamat duit aku. Bard dah dekat 10 kali call aku masa kat OU tanya apa aku beli. Aku baik la tak beli apa apa lagi. Muahahaha. Tergugat gak iman tengok mende mende tu. Aku ada berkenan kat satu DKNY baby bag tapi fikir balik buat apa beli bukan ada anak lagi. kalau beli by the time anak aku kuar dah ada model lain. Ohh aku boleh beli kat kak Ikin dia nak beranak hujung bulan april ni. Maybe I shud by for her. Best erk!

Ahhh... yesterday aku gi umah Alia g tengok baju raya hehehehe awal seh diorang ni. Saja jenjalan umah dia yang cantik itu. Neway aku dah rasa bahang kenduri yang banyak ni. Belah Bard ada satu belah aku ada satu nampaknya kami kene belah diri memasing nak datang kenduri. Hehehehe...

Pagi tadi aku beli tix ke Kuching. hehee kau akan ke Kuching July ni. Yer che murss ok. Aku g ngan bebudak geng Langkawi aritu yang tak gi Noza and Lin jer diorang sibuk. Tak sabar ni nak naik kolek!!!! Hahaahaha And kami akan menyewa kereta kat sana. nak merasa drive kat Kuching aci tak? Hehehee....

Oklah aku nak chow. Arini aku drive. Ohh and I m on leave from next Monday to Wednesday nak habiskan cuti last year muahahaha... Korang semua kerja elok elok k. Tata....

P/s : Aku kene kuatkan iman heheheehehe Kak lotfi enjoy ur bag. memang cunnn!

Wednesday, March 19, 2008

I want it!!!!!


Salam...

Alhamdullilah murah rezeki. My company has announced increement and bonus. Semoga panjang umur dan murah rezeki kepada smua bosses dan jugak staff semua. Belanja duit anda sewajarnya. For those yang nak apply VSS i wish you guys a very good luck. Wahh very dah Tai Tai dapat bonus dapat duit VSS. Belanja aku!! Lin!

Hmmm aku masih macam ni. Perancangan awal in progress. Dengar khabar mungkin opis baru kat Bukit Jelutong or maybe kat depan opis aku jer. Harap harap la jadik kat Bukit Jelutong. (Ni FINAL opis) Yelah dekat ngan umah aku tak jem. Sesuwai untuk jadik opis. Hehehehehe.... Amin Amin Amin.

Malam tadi aku tak leh tido mimpi ular! Ohhh.. orang tetua kata kalau dulu mimpi ular ada orang nak masuk meminang. Kalau dah kawen takkan ada nak masuk meminang? Nak mampos ker?! Matilah mekk... Pastu aku mimpi beg GAP tu. Haiyoh! Itu memang kene beli namanya la kan takkan la Bard tegamak nak tengok aku tak tido lena kan?! Belikan la beg tu untuk aku. Haipp bonus dia bulan 6 aku doakan dia dapat banyak bulan hehehehe and back dated increement from January. Yay!!!!

I got a new big big boss and new big boss. Hopefully we can strengthen our team to strike more fat bonus next year. Welcome Dato' Anthony Bujang and Mrs. Airin Zainol. Oklah got meeting plak. Will write again friday. Esok cuti hehehehehe and bonus are available tomorrow. :)

P/s : Next week aku cuti monday and tuesday. Yay!

Tuesday, March 18, 2008

Kabinet Baru? Aku nak beg GAP tu JUGAK! Tak kira!


Salam...

Pak Lah dah announced cabinet dapurnya tengahari tadi. Suprisingly Rafidah takde. Ohhhh? What a 'suprise'. Tapi sib baik la takde muka yang satu lagi tu takde kalau tak haru la mek. During the announcement all 9 plasmas at my place ni switched to the LIVE telecast. Yes aku nak eksyen opis aku ada 9 PLASMA. So sesiapa nak eksyen ada plasma tu hehehe ko still tak leh challenged opis aku la. Hahahahaha...

Lee?! All to way to bumi eropah tu magazine tu yang kawan ko bagi nok? Very da tau. You need something else not that Hello hahahahaha... Neway is good for you to check out latest artis kat mesia ni. Yes sokong nama diorang ala ala akak akak kan?! How's life there? Bila mau balik? Ke takmo balik? Very kekwat!

Masy... Beli apa? Beli apa? Beli apa? Hahahaahah Abang Naz dah nak kawen dah frust la ko erk? Sabo jer la. Abang yaser erk? Insya Allah. Kalau aku nampak dia aku cakap la. Ko pun ada iras iras dia gak hahahahah.

Tadi aku skip lunch. Ohh bukan sebab aku nak diet tetapi aku sudah belasah nasi lemak pagi tadi so bila tengahari aku sangat kenyang. Then Kak Lotfi cakap ada meeting dengan supplier kat OU. Matilah aku nak belasah makan petang merangkap makan malam. Oh and the meeting happened at Delicious. NO NASI ZAIDA! Ohhhhh... asam laksa pun occay jugak. Kenyang yang amatz. Then lepas meeting tadi aku dan bos aku kak lotfi gi jenjalan kat GAP. KELAS ajak bos gi round round shoping complex. Hahahaha and!!!!!!! Aku sudah jatuh hati dengan satu beg GAP ni reasonable la bagi aku but not to Ahmad Badrul. Ala aku nak beli GAP je bukan GUCCI or Coach or Longchamp ok?! Aku rasa lepas dapat bonus ni aku nak beli. Aci tak? Cam tak aci jer banyak bende lain boleh beli bard kata. Huhuhu....

Hmmm... Elly alert me pasal Air Asia free seats. Whoa! Banyak nya. Hmmm tetiba we can afford to travel plak arini hahahahahaha... Bard said OK! Aku? Lagila ok. So waiting for the ticketsss soon. Abby, Diana, Elly, Piah and Finaz will be joining us! GREAT! Hilarious vacation! Good luck to the stewardess and steward.

Oklah enogh for today. Aku nak balik dah. Mau jumpa Elly and Diana. Ada gossip baru hehehehe.

P/s : Suddenly aku sakit perut!

Monday, March 17, 2008

Aku mau eksyen arini....

Salam...

Lupa mau update aku sudah habis membaca buku ini....


1. Shopaholic & Baby
2. Rindu Cintaku

Hmmmm... so planning dapat bonus ni mau beli lagi buku. Hahahaha.. opss duit bonus tahun ni bakal dilaburkan ke planned kami. Hmm takpe demi kebaikan kami gak. Tahun depan punya baru simpan buat ketul hahahahaha....

Oklah aku nak citer tu jer, apa apa esok cerita. Malam ni aku karang kat umah ok?!

p/s : Cau sin chi....

Tahniah Tuanku


Salam...

Aku very excited last week bila dapat sms dari bapak aku yang mengatakan Raja Dr. Nazrin Shah dan Tuanku Zara telah dikurniakan seorang Putera. Tahniah Tuanku. Semoga kedua Tuanku dikurniakan keberkataan dan kesejahteraan seisi keluarga. Dalam keadaan Perak yang masih belum membentuk kerajaan kita telah disajikan dengan berita gembira ni. Alhamdullilah.

Last friday aku sibuk tengok Raja Lawak Final. as expected Bang Bil menang. Dia memang banyak idea lawak kering. Bagus gak erk. At lease di samping Apek ada gak la pelawak lain.Erk.


Got Bad news on Saturday, umah kak lotfi kene pecah. Mat pet telah mencilok laptopnya. Kuang ajo?! Nantikan kebuncitan perut ko makan duit tu heheheehehe (Gelak jahat)

Wanita mengandung! Haiyohhh

Next.. Aku rasa tahun ni aku travel lite lite jer takleh jalan jauh as planned sebab we are saving up for... something exciting July ni. Hadiah anniversary kami yang kedua hahahahaha aku doakan semua akan berjalan lancar. Amin Amin Amin... Hj Mail and Hjh Sum tolong doakan jugak erk jangan tengok jer hehehehehe... So EXCITED!!!!!!! Everything goes as planned Alhamdullilah! Next year you will see our junior insya Allah after everything settle.

In laws datang all the way dari Penang. Cerita pasal tanah turun temurun diorang telah dibeli oleh gomen. Murah rezeki diorang dah tua tua ni. Sib baik mak mentua aku bukan bangsa gila shopping handbang ker baju branded ker kalau tak matilah mek! Hehehehe.... Apa apa pun pecah rekod lawatan kali ni dia tido kat umah aku 4 malam beb hehehehe.

Seperti biasa pak mentua aku denga ceramah freenya kat aku.

"Bila nak timang anak ni? Ayah teringin nak tengok nak tau la muka cam sapa. Cam badrul ka cam zaida ka?" (Loghat penang yang pekat)

Haiyohh sabaq la ayah oiii... Aku nak settlekan bende2 yang aku dah planned dengan En Bard. Lek lek la Ayah main dulu ngan 8 orang cucu ayah tu dulu ok?! hehehehe Aku ngan bard lagi la nak tengok gak muka junior kitaorang. Nak tau gak perempuan ker lelaki ker. Tengok kengkawan lain dah ada anak teringin gak tapi sabor dulu. Plan aku tak sama cam diorang. So sabar la menanti. Satu satu aku setle dulu. Habis setle nanti aku janji next year. That's what we budgeted pun 2 atau 3 tahun lepas kawin. Aku pun rasa cam aku tak sedia lagi nak jadi mak orang. Yelah sekarang ni pun aku rasa cam 24jam tu cam tak cukup keje la, layan bad la, masak pun tak dan. Weekend jer tunjuk skill masak. Tu pun sib baik ada rasa kalau tak?! Apa apa pun badan bad banyak menunjukkan peningkatan opss dia tak mengandung cuma dah berisi banyak. Maksudnya? Cukup makan la tu. hahahahaha...

Ya Allah Ya Tuhanku ko permudahkan la urusan aku. Semoga aku boleh menempuhi perancangan aku seterusnya. Amin Amin Amin.

p/s : Elly trip gi penang tidak terjejas kerana masih dalam negara. Yang lelain tu next year la erk. :)

Monday, March 10, 2008

Pilihanraya? Aku Tak mengundi!


Salam...

Tahun ni sepatutnya aku akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengundi dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Tetapi ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengadakan kenduri minggu lepas hingga membabitkan aku tak pulang mengudi! Uwaaaaa mak frust hehehe tapi takpe yang kawin tu sepupu bard yakni sepupu aku. Bak kata bapak aku hukum menghadiri kenduri yang dijemput tuan rumahnya adalah wajib dipenuhi. Matilah hati ku ini berbelah bahagi. Yelah tanggungjawab pada negara pun wajib jugak.

Keputusan amat mengejutkan. Pelbagai msg aku dapat pasal pilihanraya tahun ni. Matilah shima! Apa apa kita tunggu dan lihat sahaja. Kalau tak perform atau mengecewakan next election kita undi lain hehehehhee..

Ohhh I m so excited because 19 ni nak announce bonus hehehe dan dgr cerita bonus masuk on 20. Hehehehehe (Best!) Murah rezeki amin. Kumpul duit lagi heheheheh.... Insya Allah. Aku ni bukan boleh caya.Hehehehe best! Worldest!

Baru bace entry kak lotfi about hiprokasi, backstabbing and ect. Hmmm agreed with her. Setengah orang depan baik belakang kita backstabbing and yang best dia komplot dgn orang yang dia percayai dan orang yang dia percayai tu akan datang dan cerita balik best best hahahaha. Takpelah. Ingat jer what u give u get back. What comes around goes around. Sesuwai!

P/s : Mentua aku ada sini and suh aku masak kari ikan kering rabu ni. Matila rindu masakan menantu kurang asam ni!