http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: June 2008
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, June 24, 2008

Bom diletupkan di Tambun.

Salam...



Need to siapkan semua kerja before gi bercuti. Aku cuti tak lama kejap jer. Anyway, I got a new PC slim screen. Laptop? Own by my department already. Tapi kalau sesiapa nak pakai dari dept ni dia boleh amik dari bilik kak farah heheeheh....

Abah pesan nak telur ikan terubuk. Bard tanya kawan dia and it will cost us RM 150 per kilo. Oklah for mak ngan abah oklah. Senang nak bawak balik pun. tapi kalau mak nak tikar aku akan hanyutkan kat laut. Budget dia akan sampai kat sungai pinji tambun dalam lepas raya la kot. ok per mak?!

Haa... aku nak eksyen sikit ni. Aritu kan kecoh pasal jumpa bom kat Ipoh tu kan? Dengan bangganya aku nak cakap tu la kampung aku. Cantik tak? hehehehe.... cantik occay! hehehee abaikan beg pasir iteww. Yang gunung kat belakang tu kan?! Umah aku mengadap gunung tu ler. Haa..... cantek tak? Neway semuanya selamat. Aku tanya abah apa dia buat aritu...
Aku : Abah, apa abah buat masa tu?
Abah : Tak buat apa tengah mesin rumput.
Aku : oit orang sibuk letupkan bom abah sibuk mesin rumput.
Abah : Biarlah diorang letupkan tu. Diorang tau la buat diaorang dah g latihan.
Aku : Yelah tapi mana la tau...
Abah : Kun faya kun...
Ni yang aku maleh ni... Bila aku agak agak boleh nak kalahkan dia musti ada kuar ayat ayat yang aku takleh nak sambung tau.
Oklah got to go... Nak gi Putrajaya umah ipar dan mentua aku. jumaat ni mentua aku nak balik naik ketapi. So boleh la aku nak mencuci mata kat KL Sentral.
P/s : Shebby beranak lagi kali ni 6 ekor!!!!! Matilah aku plak yang jadik baby sitter!

Labels:

Friday, June 20, 2008

2nd Anniversary coming.

Salam...
Datuk Seri Harussani Bin Zakaria
Mufti Kerajaan Perak


This week memang bz giler. Started with pitching pastu Akedemi Al Quran Final then Screening. Mak dah lupa hari dah. Heheehe tapi ok. Lepas kerja kita ronggeng rokiah.
Last nite masa Akademi Al Quran aku telah berjaya menjemput Datuk Mufti Perak dan isteri ke majlis AQ. (Dengan pertolongan Abah) So abah dah 10 - 20 kali call to make sure Datuk Mufti disambut dan dijaga dengan baik. Abah kata dia tu very humble tak banyak hal. Dari dia sampai aku jemput and make sure semua dia selesa. Kedatangan dia di sambut Datuk Mufti Kedah. Dia tetamut VVIP malam tu. So kalau jadi apa apa mau bapak aku lambung aku kat sungai tambun yang ada bom lama tu hehehehehe.... Dia gi refreshments dengan all VVIP termasuk Senator Dato' Dr Mashitah. Dia kata dia enjoy the bacaan semua. Lega! Then time dia nak balik dengan canggihnya aku and Faiz ushered dia ke lif dalam lif dah ada abang lif tunggu VVIP naik. Sekali.... lift sangkut!!!! Boleh tak time aku bawak Datuk Mufti naik tu la lif tu nak sangkut! Aku dah berpeluh. Dia rileks jer...

Aku : Bang boleh cepat sikit tak ni ada Datuk Mufti ni.
Abang lif : Jap (sambil cakap kat intercom suh kawan dia cepat setlekan masalah sangkut)
Faiz : Ni tingkat berapa ni?
Aku : Maaf Datuk tak sangka lif ni nak sangkut tempat ni baru lagi.
Dato Mufti : takpa Allah SWT tahan kita ada sebab. kot ada jadik apa apa kat jalan.
Ya Rasullulah sabarnya dia patutlah jadi mufti. Aku rasa kalau orang lain dah melenting dah. Pastu nah amik sebijik kat muka aku yang tak sabar ni. Aku bukan apa sian kat dia.
Aku : bang apa kata suh diorang bukak jer lif ni saya takmo tido sini.

Lepas tu teruslah lif tu di bukak. Tanpa rasa apa apa kami naik lif sebelah. Sampai G floor. Dato Mufti diserbu peminat yang terdiri dari budak tahfiz, guru ugama dan alim ulamak. Diorang cium tangan dia. Sambil bertanya khabar siap cakap diorang lari turun ke G nak jumpa dengan Datuk. Patutlah lif sangkut.

Aku : Wah Dato ramai peminat.
Datin Sri : Memang ke mana pun camni lah zaida.

Aku teringat masa aku kecik sampai la ni. Abah selalu suruh aku, boy dan udin minum air lebihan orang alim yang datang umah aku. Usually mak akan sediakan 4 cawan atau gelas air untuk diorang. So yang tiga lagi lepas diorang minum seteguk aku dan adik adik akan minum.

Dulu ...
Aku : Apa bah nak minum air lebih orang ni. Tah tah dia tak gosok gigi ker.
Abah : tak baik cakap camtu. Orang alim ni pembersih. Yang datang ni cuba tengok gigi diorang semua cantik lagi.
Aku : Erk? Jeda tengok dulu.

Tapi memang setiap kali raya, ramadhan dan guru agama yang datang umah aku akan disediakan air minuman yang bercawan cawan. Kata abah amik berkat. Tapi so far aku jer yang berciri baik dari adik adik aku hahahahahahah kalau diorang baca ni matilah aku. Actually minum lebih diorang ni berkat. Tapi apa apa pun bergantung pada ko nak jadi orang ker nak jadi setan maupun setan bertopengkan manusia betul tak?! Aku? Tah lah.
Antara list orang yang aku minum air lebih dia...
1. Allahyarham Tahfiz Mat Saad - Bekas Pengarah Zakat Perak and Ajar aku mengaji Quran
2. Datuk Seri Harussani Zakaria - Mufti kerajaan Perak
3. Datuk Mufti Sabah
4. Tahfiz Pak Teh - Pengasas sekolah pondok kat Grik Perak.
By right aku patut masuk AQ dah ni hehehehehehe....

p/s :Apsal aku punya entry kali ni cam ceramah ahh?

Labels:

Tuesday, June 10, 2008

Stand foward please...

Salam....




Yup I am so happy. Tak tau la apa yang buat aku happy basically aku boleh kata everything yang ada kat sekeliling aku. Cant wait for Kuching punya holiday. Sadly takde la aktiviti laut. Banyak la shopping and makan seafood. Aku cuma risaukan asben aku yang banyak kerenah nak makan nasi. Nak makan nasi kat sana satu hal la plak nak cari. Malam aku boleh la bawak ke asam payak. (Kalau aku ingat la jalan dia) Tengahari tu la.... macalah! Ohh kat situ ada pizza so senang la aku. Dia boleh hidup ngan Pizza. Provided dia makan 6 slices. Ohh and I realized dia makan banyak. Tak tau la napa. And dia selalu tanya aku ...

Bard : I ni gemuk ker you? Semua orang tegur.
Aku : Sikitlah...


Dalam hati aku "Habis tu kalau ko makan banyak lagi tak gemuk?! Pastu tanya aku la?! Aku plak yang salah" Tapi at least bila mentua aku tengok dia tau la aku jaga anak dia Baiieekkk punya. Cukup makan, cukup segala. Haaaa.. dah takde alasan dah erk nak kata aku mengabaikan anak diorang ker. Ohhh aku baru teringat aritu aku balik kampung kenduri Fahmi, ayah mentua aku ada tegur dia.
Ayah : Hang ni aku tengok dah gemuk Acik.
Mak : Tu la kerja dok makan saja mana tak naik badan dia.

* Aku senyum saja! tanda aku berjaya mengenyangkan dia hahahaahhaha....... Jangan lelama dia lagi naik habislah...... tak kenal mana tiang mana bard.

p/s : Aku mula sibukk.... on Akedami Al Quran!

Labels:

Monday, June 09, 2008

Federer, Nadal, EURO?!

Salam...

Sekarang ni tengah demam EURO. Aku terasa tempiasnya jugak bukan sahaja kat opis yang dah ada ala ala little EURO dengan party bagai tapi jugak kat rumahku sendiri. Yes... hari hari remote astro maupun DVD telah dimonopoli oleh Encik Bard dan akak sungguh tertekan hehehehe.... Nak lawan dosa kan?! Apa lagi aku gi la beli buku kat MPH la shah alam mall la and latest kat Botak. While dia tengok tv aku habiskan buku aku semua.


Aku impressed gak ngan asben aku ni. Masa memula tengok French open tu aku join la jugak sebab si Aimi kata malam tu final so aku nak tengok la Federer beraksi. Aku tak jangka la dia nak kalah yer la pemain no satu dunia. Bard ni sibuk la explain kat aku macam2 pasal tennis. Ohh laki aku bukan sahaja minat F1 tapi dia juga minat Chealsea, tennis, mancing dan last but not least dia ada minat gak ngan band band kat Indon erk. Malaysia dia minat Indie band yang aku pun tak kenal sangat cam Hujan and Meet Uncle Husain. Ni pun aku belajar dari Lotfi. Kalau tak hmm.... haramzz....tak tau.
Oklah got to go.... Chao sin chi.

P/s : Aku sungguh gumbira dalam hati....

Labels:

Friday, June 06, 2008

Bila Botak jadik Pondan...

Salam...


Penat giler semalam. Bukan penat sebab kerja penat gelak bila angin gila botak mula. Semalam dia mengajuk aksi pondan kat opis dia! Bodo sangat tau. Diana dah mengilai ngilai gelak cam pontianak sampai orang meja sebelah puntersenyum simpul. Vodo tau botak ni. Aku rasa perut aku dah cramp dah. Aku rasa kalau aku lepak lagi lama mau pengsan. Diana dah nanges dah banyak sangat gelak. Elly biasalah kengkonon gelak tutup mulut. Bard dah jadik otromen asyik merah jer gelak. Aimi? Dah la kecik gelak tunduk tunduk terus hilang bawah meja. Gila la ko botak. Arini aku rasa kene dengar lagik citer lawak apa lagi dia nak buat kat aku.

Oklah bz ni nak buat checklist semua. Nanti cerita lagik Akan ku update apa lagik citer lawak bodo si Botak bengong ni.


P/s : I heard a feel good news about me!

Labels:

Wednesday, June 04, 2008

Pagi yang Cerah...

Salam...

Pagi yang cerah petang yang kelam. Lepas tu hujan pun turun mencurah curah. Haaaiihhh.. hari tak berapa baik ditambah dengan harga petrol naik! Huhuhu... Siapa yang untung siapa yang rugi? Tah la aku pun tak tau la. Yang penting sekarang full tank aku RM100!!! Thank you!

So semalam jem di merata rata malaysia. Aku dengar kat langkawi habis minyak terus! Yang aku bengang sebelah Sri Pentas ni ada 2 petrol pump also penuh. Hey aku tak paham kalau isi arini pun esok lusa bukan nak isi balik minyak dengan harga baru ker? Apa apa pun lepas ni aku akan guna SHELL lebih kilometer and infact aku pakai SHELL for almost 6 months already and terbukti. (Oit SHELL bayar aku!)

P/s : Oklah got to go nak sambung meeting....

Labels:

Tuesday, June 03, 2008

Penang is HEAVEN of Jeruk....

Salam...

Today officially gue masuk ofis baru TV9. Best gak. Tempat aku yang paling best! Muahahahaha rupanya ramai aim tempat ni very da tersorok. Belum habis berkemas. Starting with update for upcoming Akedemi Al Quran Press Conference and Final. We are expecting 3000 people to attend the final. Maybe it will be more. I am so suprise. Aku henggat orang zaman sekarang ni tak interested on this kind of programs. Plus the rating was amazing. Aku speechless. Kudoosss team!

Yup just came back from Penang yesterday. Aweome! Kenduri kat Sungai Petani pun best. Paling best bila aku tak payah buat kerja hahahahaaha.... Mak mentua aku tak bagi dengan alasan belakang aku tak sihat and nanti lagi lambat pregnant! Umpphh! No komen mak! Hehehehe... Oh I have to say this. Mak mentua aku ni very daa rupanya just found out lipstick dia brand DIOR and compact dia Estee Lauder. Wahhhh!!! Kalah la aku yang krojer ni. Kata lakinya taukeh beras apa ada hal kan?!

And suamiku menjadi pengapit masa berarak and bersanding. Aku? Tukang gelak. Memula dia refused tapi lepas kene pujuk ngan pengantin dia ok ah. Masa bersanding dia bukan kipas pengantin tapi kipas diri sendiri? Voley laki mak ni diva sangat! Habis kenduri semua kami lepak kat buaian ngan pengantin so sedara mara yang takde kerja semua mengutuk la pengantin lama dan baru ni berbuai. Supaya cepat dapat anak... Haahhhaaaa no komen please!
Sempat berjalan dan membuat video klip sendiri di bendang. Ayah mentua aku pesan 3 kali kat aku and Bard.

"Ni nak pi melawat bendang ka? Tok sah dok masuk dalam tali ayaq noo... takut depa lepaih ayaq sat gi haaa haru apa nak jawab kat abah zaida nanti."

Elehhh.. kalau ayaq masuk aku kuat lentang la. Ni aku cakap jer kat sini depan dia aku mengangguk jer. Muahahahaha... Lepas habis beraksi di bendang balik umah mandi solat jamak so banyak masa aku and bard gi dating ke island. Best sioott jenjalan. Dedulu masa dating tak leh dating camni sebab ada jer jibraun yang mengikut. Hehehehee.... Best!

Dedulu masa aku kat UiTM aku selalu jumpa orang and dengar nama nama tempat yang sangat asing contohnya Balik Pulau, Ceruk Tok' kun dan memacam lagi. Yang lagi best I just found out kami ada sedara di Ceruk Tok Kun. We went to the place. Eleh biasa jer macam pekan kecil biasa. Takde la hulu sangat. Siap ada church paling besar di Malaysia kat situ ok. Hmm... So at least lepas ni kalau ada orang cakap dia dari ceruk Tok Kun aku bleh la eksyen cakap aku ada sedara kat sana. (Macamlah Ceruk Tok Kun tu LA!) Hehehehehe... ok per dari korang yang takde kampung tu huhuhuhu....

P/s : Amazing day!

Labels: