http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: September 2006
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, September 29, 2006

A new Dawn!


Salam...

Semalam... aku gi pasar ramadhan dengan kengkawan. Tak banyak aku beli sebab setiap berbuka ada bende wajib untuk Bard berbuka. Apa lagi buah melaka la... Yang still panas. Then saja penpusing tengok orang and juadah lain. Sedap jugak....

Kenapa aku tak berbuka kat umah? Ohh on weekends aku akan berbuka kat umah and seperti biasa makan berdua ni selera kurang. So weekdays ni aku berbuka la dengan kengkawan. Bard makan banyak bila berbuka reramai. Hehehe biasa ahh aku ada mission lepas kawin aku nak menambahkan berat badan dia. Kurus sangat la macam tak sihat plak aku tengok. Tapi aku rasa berat dia dah bertambah sebab dia complaint kata suar dia ketat hehehe...

Hari ini aku tak tau lagi berbuka kat mana. Ikut boss ahh mana dia nak berbuka. Kalau dia nak aku masak usually dia dak kuarkan ikan udang an ayam dari fridge tapi hari ni takde pun maknanya dia nak makan kat luar dengan kengkawan la tu. Tapi dia nak makan laksa yang aku buat sabtu ni! So aku kene buat laksa and nasi sikit. Bard ni laksa tu kat dalam perut dia takkan kenyang dia nak nasi baru kemas perut dia. So solat terawikh pun tak la terkujat.

Oklah aku nak sambung wat keje kang tak leh cuti raya plak. Aku suka ahh lagu Pencinta Wanita!

Ada sale on Clarks, Lewre and branded perfume kat area shah alam and Queen's Park. Jomm...

Monday, September 25, 2006

Wasatiah...


Salam...


Apa tu Wasatiah..heheh maknanya kesederhanaan. Check buku teks form 4. Sempena bulan ramadhan ni aku nak berpesan pesan jer. Jangan la berlebih sangat. Ini kan bulan mulia so belajarlah bersederhana. Bukan untuk bulan ramadhan je tapi untuk dipraktikkan dalam hidup kita.

Aku gi pasar ramadhan humang aii aku tengok semua membeli macam yang poser setahun. Especially masa 1st ramadhan. Excuse for those yang ada buat reunion kat umah la. So beringat ingat waktu membeli ok... janganlah membeli macam yang ada bela dinasor kat umah.

Same goes for raya punya shopping. Beli baju raya tu jangan la sampai berlebih lebih than tak pakai raya tahun depan buat lain. Eventhough kita bernasib baik boleh beli baju baru dan mahal tapi kita perlu ingat pada orang yang tak bernasib baik seperti aku. Belum ada baju raya lagi uwwaaa...... taklah maksud aku orang miskin dan tak berkemampuan. And also kita tak selalu di atas. Mungkin hari ini kita bernasib baik mana tahu suatu hari nanti kita di bawah!. We'll never know. Tengok cam aku dari dulu sampai sekarang musti last minutes buat baju raya hehehehe...

Just a note from me as a sahabat. Oklah I'm off to pasar ramadhan with hubby, abby and Raby... oppsss silap raja hehehehe... Aku tak beli banyak. ala kadar ajer....

bye...

Hari ini aku happy sangat.... kenapa? Adeleh... rahsia...

Friday, September 22, 2006

Good Newsss...

Salam...

I received this sms a few days ago from my ex-housemate Bunny...

Beb... ada berita baik. Kak Sha and Shon dah pregnant!

Wahh... seronok erk.. nanti kene siapkan 2 bende untuk makcik 2 orang nih! Congrat's to both of you. Hopefully no bad morning sickness hehehe to the hubby.. stay tought to face the 'new' wife esp. Along. Keep on complaining that shon wanted to eat almost everything but in a small amout hehehe....

Along : Shon sejak pregnant cakap aku busuk!
Aku : Biasa la tu... Ko kene paham ni la org ngandung!
Along : 9 bulan camni? Mati ahh aku... Makan taknak tapi teringin macam macam...
Aku : Kejap je dalm 3 bulan awal pastu ko dapat balik Shon dulu...
Along : Ko tgk iklan baru BHP? Haa.. aritu dia mintak aku durian merah..
Aku : Tgk... ko beli je durian pastu ko celup dengan sirap simpan dalam peti ais...
Along : ????

Actually aku boring giler arini so aku dengan canggihnya membaca blog Kak Linda dari memula dia blogging untill sekarang. Syokk jugak cerita dia. The best thing is English dia memang meletopp wa cakap lu! The best entry adalah cerita costume Sarah for her birthday and kisah abang saiful gaduh dengan stewardess hahahaha... best best...

Oklah kita dah nak start poser Ahad ni aku nak ucapkan Selamat Berpuasa buat semua umat Islam.. dan tidak lupa juga solat tarawikh jangan lupa.. malam pertama fadilat umpama bayi yang baru lahir....

p/s: siapa tak habis ganti poser ah? Bayar bayar dende and double poser tu taww...

Wednesday, September 20, 2006

Whoa....

Kadang2 Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat...
Kita menangis dan tertanya - tanya...
Ke mana hilangnya sinar?
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...

Last week aku gi tengok Tompi performing at Alexis, Ampang. Awesome... He's good! Balik around 2.30 am haiihh sib baik Bard ikut kalau tak dosa plak aku hehehehe... He enjoyed the show very mucha... Tanya bila nak tengok LIVE band lagi. Heheheh...nanti ahhh...

Yesterday on the way back dari ofis my parents called cakap dah sampai kat umah aku. So aku dan hubby cam F1 bawak kereta hehehehe... So bawak diorang gi dinner and bard gi keje balik. Then aku balik umah mandi and tengok tv hehehe from Grey's to Desperate Housewives and Thirdwatch. That time mak aku dah sampai ke Jeddah kot zzzzz.... Parents aku saja datang ziarah... Tapi aku cam terasa je dengan ayat tu... Patutnya aku yang ziarah diorang hehehe..

Sketsa pagi... jam 6 pagi...
Isteri : I nak kaler rambut boleh?
Suami: Reasons?
Isteri : Saje alah i pakai tudung bg u je nampak...
Suami: Let me think about it...
Isteri : ?????
Suami: Halal ke?
Isteri : Kat kotak tu tulis halal bukan i buat guna pewarna saloon...
Suami: Ok

Hehehehe I take it as forever n ever la... Aku tak sabar menunggu Ramadhan ni. Kat umah aku dah bukak satu masjid yang sangat la cantik untuk aku dan suami mengerjakan tarawikh. Bila lagi beb masa ni la nak kumpul 'mata' untuk di bawa ke akhirat. Dosa dah tak terbilang ....

Bercakap pasal dosa ni, salah satu dari dosa besar adalah derhaka kepada kedua ibu bapa. Dosa yang paling senang kita lakukan tanpa kita sedar. hanya dengan ucapan 'Ah' kita dah derhaka.
Salah satu darinya aku pernah tengok la kejadian ni depan mata aku. Kawan aku sendiri dia pernah tengking mak dia like nobody business. Mak dia terkebil kebil jer tengok aku. Masya Allah... aku mengucap dalam hati teringat mak aku. Aku tak kata aku baik tapi nak tengking parents is like a BIG NO NO to me! Mungkin parents aku selalu doa supaya dilembutkan hati anak anak kot. Kekadang aku pernah marah and bengang dengan parents aku la tapi there is limit ok. Takde ahh nak maki and marah verbally. Aku akan simpan until everything dah ok aku akan terangkan everything. Korang pun faham parents suka misunderstood dgn anak anak ni. Sometimes they tend to forget that zaman meraka dan kita banyak bezanya... Aku perasan la bila aku jumpa parents aku ada satu perasaan kasihan kat diorang aku tak tau kenapa. Kekadang ada perasaan sayu. Pasal kawan aku tu dah 2 kali aku tengok dia buat mak dia camtu. Padahal mak dia cukup baik and i think is unfaired for her mother untuk dapat anak derhaka camtu. Mungkinkah kawan aku tu akan terima nasib yang sama bila dia ada anak nanti?

Mak aku pernah pesan "buat baik pada ibu bapa tiada ruginya... suatu hari nanti kita akan ada anak kita sendiri dan pada waktu itu kita akan dapat balik balasan terhadap apa yang kita buat kat parents kita dulu" Bila fikir pasal tu aku pulak yang ngeri. Manalah tau aku pernah derhaka kat mak abah aku sesilap... Allah balas balik kat aku. Habihh ahhh aku... Eh apa aku merapau hari ni nih? Emosi la plak Cik Zaida nih!

p/s: Aku kene plan juadah berbuka untuk bulan ramadhan. Adeh mati ahh aku kene masak hari hari hehehe ayarkk!!!! Lariiii.....

Tuesday, September 12, 2006

Grey's Anatomy Season 2 Only On ntv7

Salam...

Good news to Grey's fans out there. Yup Grey's Anatomy will be on aired at ntv7 starting today.

Date : Starting 12th Sept 06, Every Tuesday
Time : 8.30 pm
Channel : Only On Your Feel Good Channel ntv7.

So stay tune!



Oklah another story....

Jumpa abah aku semalam kat KL. Ada course kat sini and berkesempatan jumpe aku and his menantu. Nak jenjalan pun susah sebab hujan lebat so at the end makan pizza hut jer kat Mall. Cerita macam macam la. Tanya aku bila nak balik kampung. Yup dah almost 3 bulan aku tak balik kampung. Sejak kawin aritu. So maybe kali ni aku nak balik dekat Raya excited sikit.

Wo wo wo balik kampung ooooo balik kampung hehehehehe... Horror!

This coming raya aku kene split cuti aku into 2. Nak kene balik kampung Bard jugak. First time beraya kat umah mak mentua. Gementar rasanya ialah in laws aku ni orang biasa.... Kekadang tu aku need more effort nak tau kehidupan di bendang yang indah itew. Makanan jangan citer la marvellous. Not like here semuanya ikan lama. Kat sana Fresh from sea. Orang balik dari laut punggah ikan, kat situlah diorang beli ikan. Imagine ikan laut yang masih hidup melompat lompat lagi dah dibeli orang.

First time tu menjerit jerit jugak bila ikan melompat lompat masa aku pegang. Bapak mentua aku gelak jer. At the end aku kutip sotong jer. Missed his kampung very much. Aku nak RAYA!!!!!

Lately ni banyak pulang aku dapat tix wayang free... Yelah aku memang jarang tengok wayang. Last aku tengok Madagascar. Infact masa couple pun jarang tengok wayang. Tak tau lah kenapa. Jangan kata tengok wayang dating dua pun susah. Musti ada kengkawan sekali Raja, Wirda, Abby, Nadia hehehehe. Bukan apa diorang nak mengelakkan maksiat hahahaha. Takpelah tu, now dah kawin boleh la berdua dua di wayang hehehehe.... I got tix for Snake on A Plane, Dead or Alive (D O A), The Wickerman and teater apa tah.

Supposed gi tengok D O A esok tapi Encik Ahmad Badrul ada futsal plak. Takan aku nak gi tanpa Encik Ahmad Badrul so burn je lah ticket tu. Snake On A Plane must see beb... diorang cakap best gilerrr.....

Yay! Finally Kak Linda telah memulakan tugasan update blognya semula hehehehe... At least aku ada tempat lepak hahaha... Kak Linda no more cuti for you ok?!

p/s: Malam ni ada raya recording besh besh aku dah raya dulu sebelum korang. Oit semua orang dah ganti pose ker belum. Jangan bebuat lupa plak hehehhe...

Tuesday, September 05, 2006

Best Moments of My Life?

Salam...

Just came back from Kak Linda's blog. Best moment of her life banyak gak. Wondering aku ada ker sebanyak itu? Hehehe.... Banyak la jugak. Kalau aku tulis kat sini alamatnya mati kering la aku nak ingat semua.

Antara yang paling aku ingat The Best Moments Of My Life ialah :

~ Umur 5 tahun aku dah pandai naik basikal provided jalan staright.
~ Umur 6 tahun aku dapat scroll pertama aku. Hehehehe...sumber inspirasi
~ When I know how to spell LEMBU.
~ Bila aku mewakili sekolah ke peringkat daerah untuk acara balapan.
~ Aku diterima masuk ke UiTM sebagai batch pertama program Diploma Mass Comm.
~ Meet a new friends and learn a new culture from Sabah and Sarawak.
~ When I was officially AHMAD BADRUL BIN ABDUL RAZAK girlfriend.
~ Terima scroll diploma I'm so proud of it because m' the eldest in the family.
~ Dapat sambung buat degree dalam bidang penyiaran.
~ Terima scroll Ijazah Sarjana where my parents wass sooooo HAPPY!
~ Diterima bekerja di ntv7 sebagai Exceutive Acquisition.
~ Masih bekerja di sini selama 2 tahun.
~ Received my first salary.
~ Bergelar isteri yang sah kepada Ahmad Badrul Abdul Razak.

Banyak jugak erk kenangan aku... interesting. But right now here I am... with a new status and a totally new life. Managing another half of mine. Trying to cope and balanced my time for working, my own quality time, other half, family and SO NOT FORGOTTEN my truly friends. I love u guys... Only death do us apart.

p/s : will update on Afadzal first new born baby boy. He is truly excited! Congrat's Afadzal & his lovely wife Leya.

Monday, September 04, 2006

Nasi Ayam Lin...yummy

Abby? What happened? heheeh

Salam...

Open house Lin memang happening. Elly, Nini, Ina, Abby, Raja, Wirda, Gea, Bard, Myself and ada a few kengkawan Norza did turn up. HAPPENING man.... Nasi Ayam Lin memang sedap... Teruja aku sekejap. Tidak di lupakan speggethi bolognese makcik Lin yang mengenyangkan. Elly tetap dengan cocktail yang berbuih itteww nasib baik sedap! Kalau tak.... hehehehe

Lately ni banyak pulak reunion dah boleh consider gathering dah bukan reunion hehehehe... Merdeka also reunion ni reunion lagi. Haiyoohhh... Anyway... aku dah start rindu kat diorang nih. Kalau korang tengah susah hati ker sedih ker datang ahh jumpe bebudak ni for sure korang boleh CERIA semula.

Last weekend the Jom Heboh! kat Bukit Jalil punya lah panas and orang humang aii ramainya. Shopping tak henggat dunia plak tu. It's tiring but then exciting! Aku teruja jugak. Next location is Penang. Tak tau lah kene pegi ke tak... I heard ada bonus untuk those yang participate at Jom Heboh yeay! Yay! Called Jom Heboh bonus. Lately banyak plak cerita pasal bonus nih I liked!

Okalah takde mende dah aku nak tulis. Apa apa cerita nanti akak update here ok... Bye...

p/s: Hari ni aku nak gi swimming.. Walaupun aku tau aku akan mendapat flu.

Friday, September 01, 2006

Wedding Gift...

Salam...

Sudah 2 bulan aku secara SAH nya menjadi isteri kepada Ahmad Badrul. Masa berlalu begitu pantas sekalih. Tapi status aku kat HR masih lagi single.. muehehehehe. *jahat* Bard punya immediately lepas kawin terus tukar hehehe... Aku rilekss...

Rasa sebagai seorang isteri? Rasa strawberry cicah chocolate hehehehe... Siti lagik. Takdelah banyak yang aku rasa... Banyak keje tapi sib baik Bard tolong while katil space dah limited *Tak syiok part of kawin*uwaa....

Right now, aku sudah duduk di Bukit Subang buat sementara waktu. Sedang mencari rumah yang sesuwei untuk di beli. A simple house not so elite. Elite elite kang tak leh nak simpan duit. We have our mission and vision. Hehehee.. Masy and Kasih jangan nak memandai meneka nak kene babap? Sib baik la aku n bard tak banyak spent duit untuk beli barang rumah. Faham - faham je la selalunya rumah orang baru kawin ni semua nak kene beli. Tapi aku alhamdullilah... Sorry erk aku tak bagi wishlist pun. Mungkin dah atur segalanya.

Thanks for the sofa set, dinning set, tv couch, blender, toaster, kettle, washing machine, phone table, pinggan mangkuk, punch bowl, rice cooker, 3 bed sheet from those naughty boys and girls and last but not least a dinasour patung. (What was that for?) Hehehe... Aku tau!

Haih... sejak dua menjak kawin banyak sore sore nakal yang ngusik aku bila nak dapat anak sedara. Apsal diorang taknak tanya aku bila nak dapat penampor sulung aku erk? Jam jam tu jugak aku bagi hehehehe....

Dah la aku takde masa nak layan soklan cepu emas korang ni. When I've got bun in the oven... I'll let you know people....

Oklah aku dah rasa lapar bila ingatkan makanan umah lin yang pasti melazatkan dan jugak meriah dengan kehadiran kanak - kanak ribena ni....

p/s: Malam tadi aku tido sorang bila bard keje malam. I felt lonely but at the same time we have our own quality time instead of.....