http://zaydaismail.blogspot.com/ View Blog The Journey To Zaida's Life...: April 2008
Daisypath Anniversary Years Ticker Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, April 30, 2008

Zaida suka.....

Salam...

Perbualan di pagi hari.... semasa sepasang suami isteri nak gi kerja...

Wife : Esok cuti, u kerja erk?
Hubby : Ha ahh sabtu kelas plak.
Wife : Boring ahhh sabtu ni I ada AIM15 so i ada kat PWTC dari Friday.
Hubby : Oklah tu takde lah u boring.
Wife : I ingat nak gi kedai dobi buat dry cleaning
Hubby : Ehh bukan semua baju dry clean dah i amik ker last week.
Wife : Memang ahh tapi ni i nak hantar wallet i dry clean.
Hubby : ehh itu u hantar sendiri erk kang orang dobi tu ingat i ni mengong plak hantar wallet.
Wife : Tak leh erk dry clean wallet.
Hubby : U ni kelakar la... hahahahaha
Wife : Ok per?!

Ok whatever... malas nak gaduh kang tak pasal pasal heheheheh tapi boleh la dry clean wallet. Siapa kata tak leh. Cuba korang try tanya kat Dobi. Unless kedai dobi korang tak canggih hehehe

Ohh pada sesiapa yang salah faham pasal my previous entry tu ehem ehem... m so sorry. No heart feeling ya. Oh and thank you for coming to my blog ya. Rajin rajin singgah la lagi ohh dan comment la apa apa.... :) Aku ok punya takde hal ohh aku tak kan mintak pinjam duit korang hehehehe

P/s : Esok labor day aku ada appointment ngan owner and lawyer plak?! Tensi!!!!

Tuesday, April 29, 2008

Hmmm neighboor aku adala schoolmate aku

Salam...


Batu lepas cakap fon ngan Zubec. Yes dia akan menjadik neighboor 44 aku namanya. Wahh syiook! At least ada la orang kampung kat situ hehehehe... Tapi umah dia the other side punya bukit. Aku bukit kat sekolah. Senang anak2 nak gi sekolah muahahaha planning tu erk. Ada point di situ. We are so excited to be neighboor la. Cant imagine nanti lepak2 kat umah kitaorang bila hubby kerja or outstation hehehehehee best best. (Matilah kalau bard baca!) Ohh provided kalau takde anak lagi ler.

Aku plan nak preggy by January so anak tu sama la birthday ngan aku hahahahaha planning tu penting kengkawan hahahaha.... So we will be sending our children at the same kindergarden tak kisah la CEC ker Smart Reader ker heeemmmm..... zaman sekarang ni memacam erk.
Aku dulu tadika KEMAS jer masuk gak universiti. Ni gi tadika memahal pastu jadi apa tak tau ahh... Takpe la janji tak mencurik, isap dadah ker. Janji jadik orang berguna cam aku muahahahaha...

So apa citer ari ni? Aku ada satu citer nak share ngan korang. Aku ada sorang member ni nak pinjam duit aku. Hmm kawan lama ahh jugak jenjarang sembang. Bukan banyak dia nak pinjam. Yelah bukan kedekut masalahnya dia tu pakai barang branded. Setakat cap ayam ni takmo pakai. Card credit aku tak tau lah kan kot kot dah berasap disagatnya. Baju dia paling cokia ZARA. Handbags hmm kalah aku beb. 10 kali kalah. Pastu nak pinjam duit aku yang handbag murah dan ciplak katanya. Haiihh hangin la kan kutuk aku pastu rpenya ko yang kengkononya branded ni takde duit rupenya. Aku rasakan manusia camni la harus diberi kesedaran sikit. Ko pakai barang memahal pastu hutang orang. Kalau dah tak mampu tu buat la cara tak mampu ni nak tunjuk kat orang sampai yang aku ni yang pakai handbag murah pun terbabit sama pehal! Ko tanggung la sendiri. Sensiang aku dah cakap dah. Ohh ada a few kengkawan yang sudah roger aku dia ni sudah pinjam dengan diorang gak bangsa kene mintak balik duit baru bleh dapat kalau tak kim salam Pak Abu la. Siap pinjam 200 bayar ansuran 50 plak every month. matilah Che Kiah! Belajar la cara hidup susah dulu kalau dah tak mampu setakat nak menjaga status tak jatuh ha ko makan la barang branded ko jangan makan nasik!
Aku terus jadi tension....

Hari ni aku dikejutkan dengan berita kematian anak Faizal (FBI) Hot FM dan Kak Lina. Pepagi lagi member aku si Bany sudah roger. Baby dia baru berusia 12 hari. Aku dan family aku nak ucapkan takziah kepada Faizal HotFM dan kak lina. Al Fatihah!


P/s : Yang hidup pasti akan mati.....

Labels:

Monday, April 28, 2008

Erk..

Salam...

Mau eksi sikit aku sudah kawen 1 tahun 9 bulan dan 3 minggu dan 6 hari yay!!!!

P/s : Anniversary kali ni dapat apa plak erk?!

Starbucks Session dengan wartawan hiburan - Horror!

Salam...


So camana weekend ok? Aku? Oklah! Not so bad. Saturday ada sesi bitching kat Starbucks Shah Alam Mall kul 9 malam sampai kul 12 malam. Gempak kan?! Gemak tanya lah siapa lepak lagi... Aku, Diana, Botak and Aimi. Haaaa apa lagi gossiping la maknanya. And I learnt something from Botak. Hahahahaha dia pernah syiookk kat aku sebab masa tu muka ku licin dan slim. Tapi lepas aku bukak mulut terus potong dia kata hahahahaha... Yes dia suka perempuan yang very da sopan santun and lemah gemalai dia tak suka yang agressive cam aku hahahahah neway dia dah jumpa pun. Kan Aimi?! So lepas lepak Starbucks sambung plak ke Uptown citer la zaman kat UiTM dulu kita ingat uptown ni ala ala Clark Quey kat Singapore la tempatnya ropenya haaa hamik ko. Botak yang kengkononya terror tu pun dulu ingat Uptown tu macam gempak hahahahah... End up kami balik umah kul 4 pagi and mandi then tido.

Sedar2 dah kul 9.30 apa lagi hari minggu adalah hari mengemas umah, mengemop lantai, melipat baju dan segala alah. Pastu dah siap semua... tengok tv tertidor kejap nak masak cam tak worth jer dua orang kan so kami gi makan kat TESCO EXTRA. Hmmm oklah. ...
So yesterday we had dinner at our place hmm tengah makan bard sibuk tengok F1. Haiihhh makan time is makan nak tengok tv semua lagi camna nal kenyang! and lepas makan bard gi ofis balik sebab dia keje petang. Hmm oklah aku dok uma sambil habiskan buku aku sampai tertidur. Sib baik dah gosok baju semua kalau tak matilah lambat!!!!!

Shelley aku doakan ko akan cepat beli umah heheheehe... jadik neighboor erk?! Ko punya housewarming besar sikit kot sebab umah ko besar lagik dari umah aku muahahahaha....


P/s : Nervous la. Sebab menunggu hari dan ketika.....

Friday, April 25, 2008

Bard start kelas NCCS apalah tak tau...

Salam....


Hmmm esok officially bard akan start kelas dia. Course apa aku pun tak reti la but something to do with CISCO. Dia cerita cam gempak tapi satu apa aku tak paham yang aku mengangguk bila dia cakap IP jer lain haramzzzz tak tau. Ohhh and dia complaint bila aku mengumpat dia kat blog. Yerla bis tu hehehehehe....

Ohhh Zach datang to OU. Kami gi makan kat nando's. Hehehee had a great time. Terus ceria lepas lunch. Thanks Zach. ohh not fogetting the bitching session! Tak baik tau! Hahahaah...


Erm... got my increment letter today. Alhamdullilah! Syukur... hehehehe suka suka! Tapi kene simpan balik la erk duit dah banyak habis beli umah hahahahah... Bard yang over excited. Wondering dia dah tak jadik ultraman ker? Hehehehehe...


Tadi kitaorang sibuk tgk The Breakfast Show sebab nak tengok Mazlan. Hehehe fayzrul cakap then we start standing in fron of our Plasma and watch Mazlan happily shopping at Ho Chi Minh! MAZLAAAAAAAAAAAAAAANNNNNNNNN.... Gue sungguh jealous. Tapi u look handsome on tv why ahh?! hint hint aku nak tix air asia please to Bali heheheheheh


Oklah got to go banyak kerja...

p/s : I am so saddddddd today!

Thursday, April 24, 2008

Nasi Tomata for house warming...?

Salam....

Zach meninggalkan comment kat blog nak nasi tomata. Ok ok... tu spelling error. Dia nak nasi tomato. OIITTT aku belum plan lagi ke situ. Housewarming raya la beb heheheeh makesure ko datang erk kalau tak. Sumpahan la ko hahahahaha (Gelak jahat dari gajah pakai skirt) Sesuwai...

So... now aku confiused. Bah kawan bard suh aku tukar lawyer kawan dia which is more cheaper than this one. How cheap i also donno la. Aku kene jumpa dia dulu. Kalau banyak kurang boleh la aku melaramkan umah hehehehehe..... Ahhh and the lawyer akan call aku petang nanti. Heheeh memang bard marah la erk kes lawyer ni semalam aku balik dia dah tukar jadik Ultraman Taro. Aku plak rasa cam raksaksa baru balik kerja hahahahahaha....

Pepagi subuh sepei tadi masa aku tengah berjalan ke opis dari carpark aku dapat msg ni dari raksaksa Lin....

Beb, semalam aku mimpi ko dapat baby! Ko dukung datang tunjuk aku baby ko.

Alamak! Code red! Code red! Aku pun apa lagi call la dia terus....

Aku : Beb ko ni apehal mimpi aku plak aku dengar ko tu yang muntah muntah!
Lin : Betul beb... aku mimpi ko bawak baby ko putih sangat and rambut dia kerinting cam ko.
Aku : Putih la erk? Ko nak kata aku itam erk? oit putih tu tisu orang lap hingus. Hitam manggis manis di makan hahahahaha...
Lin : Banyak la ko... Betul beb comel sangat...
Aku : Haaa... itu kot rupa anak aku yang di awang awangan tu muahahah putih cam bapaknya kerinting rambutnya cam aku. Hahahaha...

Haa... mahal tau rambut aku. Orang lain berhabisan gi perm la curly fries kan rambut. Aku pakej namanya takpe nanti aku g straight rambut muahahaha takleh la nampak cam penagih bila rambut aku straight. Diva!

Apa apa pun.. Lin aku aminkan kata kata ko pagi tadi. Tahun depan ko tangok jer la erk kerinting ke tak. Ehh aku lupa nak tanya baby aku tu pompuan ke lelaki? Hehehe zaida gatai!

P/s : Apalah takde mende nak sembang ker?

Wednesday, April 23, 2008

Bard adalah power ranger merah

Salam...


Semalam aku balik umah bard sudah jadik Power Ranger MERAH. Maksudnya sila jauhi saya bila saya sedang menandatangani document itu semua. Matilah.... Yup yup yup tak habis habis complaint pasal tu. habis tu akak ni bukan sign jugak?! Tu la erk nak amik duit orang ni bukan senang.

Haiihhhh... So by July insya Allah we will move to our dream house and now boleh la nak fikir tema umah. English ker bali ker hutan banat ker. Zoo ker haaa.... la ni ala ala simple jer umah sewa aku tu. And the best part is tuan umah aku tak tau aku dah beli umah lain hehehehehehe.... Yehaaaa bila dia tau dia musti sedih sebab takde orang nak jaga umah dia dah. Yelah ko beli umah tu tanam pokok betik kat belakang umah pastu aku lah nak kene bersihkan selalu last last aku tebang pokok tu hehehehehe..... Dia la yang suruh. Wahhh cantek sikit ko yang tanam suh aku tebang erk! Lenkali tanam la pokok anggur ker apple ker pokok duit ker.... Baru ong umah aku. Ni pokok papaya. Pekeheynya!


Oklah got to go bz sikit arini.....


P/s : Aku balik nak rasuah bard apa apa.... supaya dia tak jadik power ragers merah dah.

Tuesday, April 22, 2008

Hassel?! Taklah mana ada!

Salam....

Aku rasa nak libas pungkok lawyer tu dengan ni!

Lawyer datang semalam with very da tebal documents setinggi dari lantai ke atas buku lali aku. Bila bawak balik muka bard macam "dont tell me that i have to sign all this?!" dan aku macam terus cakap " yes ahmad badrul sign semuanya depan belakang?!" Tapi aku kene tunggu few days before sign sebab lawyer aku ada salah faham on terms and condition. Patutnya all legal fee bank bayar aku cuma bayar S&P agreement which is RM2700 ni dia mintak RM8700. Oitttt habis tu camana aku nak beli accesories umah?!!!! Then today bank dah call semuanya akan settle esok. Aku akan bayar RM2700 sahaja atau tukar lawyer. Bodo tau! Dah la document berat. Pastu tunggu tunggu plak. Hehehehe... Abah jangan cakap la asyik call tanya status aku can rasa dia yang nak beli umah aku yang uruskan. Haiyoh! Bila dia tanya "cukup tak duit?" eh eh haruslah aku takmo duit diorang sebab umah aku sendiri with our own money kan. Tak syiook la kalau diorang bagi duit plak. Unless dia nak bagi hadiah kitchen kabinet ker ok ahhh muahahaha demand demand.

Last saturday parents aku datang and aku very dia sexcited oppsss excited then baru nak kuar kat sliding door aku terus lari macam kene kejar hantu. Kenapa?! Haiyooh bapak aku bawak Dato' Mufti Perak datang rumah da... kantoii...... Apa lagi... Mak malu la sepanjang malam. Dia singgah umah aku nak solat sebab malam tu dia nak gi Arab Saudi. Hmmm matilah dia dah tau anak Haji Mail ni very daaa.... hahahahaha.... Lepas abah hantar dia ke KLIA abah balik dia cakap...

Abah : Haaa sejuk sikit umah ni erk.

Aku : Apsal bah? (Buat muka bodo)

Abah : Yelah orang alim datang masuk umah tumpang solat.

Aku rasa cam muka kene tampar 10 kali!
Bard gelakkan aku . Eleh....abah cakap u jugak bukan untuk i jer. Hello!

ohh mak dapat handphone baru!!!!! Aku yang amat jealous. Bila abah tak belikan aku hahahaha...


P/s : En Bard... rileks errkk sign pelan pelan. Signature u mahal tau hehehehee

Monday, April 21, 2008

Happy Birthday Mak!

Salam...



Semalam harijadi mak. So semua turun umah aku kat Bukit Subang. Sambil tengok umah baru we celebrate her burffday yang ke 50. Haiyoohh tua seh mak aku. Hehehehe Matilah lagi 23 tahun aku jadik dia hahahahaha.


So kami tiga beradik telah berkongsi duit untuk beli something for her. Seperti biasa penyumbang terbanyak adalah aku, bard dan Boy (adik no 2) Udin (Yang bongsu) mengelat bayar sikit dengan alasan dia tak kerja lagi. (Accepted!) Matilah ko kerja nanti ko bayar banyak ok. So with the amount of money kitaorang belikan gelang tangan kat mak. Ohh dia memang suka gelang. So dengan taste kitaorang 4 orang ni we managed to get her the gelang. Dia happy la. Siap terus pakai. We glad she like it. Kalau tak. Maunya nak kene g kedai emas tu balik tukar.


Abah beli apa erk kat mak? Jam lagi ker? Hehehehe So tu nanti aku check mak aku dapat apa? Muahahahaha.... Jealous jealous!

Apa apa pun HAPPY BIRTHDAY MAK!!!!!

P/s : Ada new direction from new management.....

Wednesday, April 16, 2008

JB trip!

Salam....

JB trip memang best everyone dapat 2 seat sorang hahahahaha... best best! Sib baik tak de ramai yang naik sekali kalau tak matilah mek! So next trip will be Queensbay Mall, Penang and we will stay at Cititel aiyoh dekat ngan Line Clear and also Sup Hameed yay!!!! Sesiapa yang diet tu teruskan usaha anda jangan libatkan aku erk. Contohnya Izra ala ala order tapi tak makan! Haiyoh sian tau tauhu bakar nanges. Pastu paksa paksa orang makan pulak ingat aku DBI ker? MBSA pun bukan ok. Sorry mak diva arini!

Ohhh about the JB trip was tiring jugak tapi best. Yelah jauh tu. Masa pegi aku sempat belasah asam pedas kat Hentian Ayer Keroh. Sedapppp sangat! Veryy!!!! I like. Masa balik berenti kat Paroi tak berapa sedap asam pedas dia tapi boleh jalan la. Then masa balik we played UNO with Sofwan, Adriana Aris, Fadzley Zainal, Fayzrul, Amir, Shahril and myself. Faiz? Pssttt dia tak tau main hehehehehehe.... Ok saja nak share some pictures with u guys jer.

Supporting Booth

The Main stage
So now masa untuk tunjuk skill main UNO ngan kengkawan. Aku pun tak pandai main sebenarnya but menang 3 kali la jugak! Hahahahaha....

Fadzley Zainal's turn. Amir control/ nak tengok kad aku la tu!

Ni plak aksi fadzley Zainal wah terror dua kad jer?!Banyak giler kad amir ni. Takkan kalah big time?!
Hahahaha dah boleh tengok kad amir....

So.. itu jerla citer JB. Oklah gue nak blah ni. Ohh nak eksyen sikit aku dah dapat Parking stickerr hehehehe.... Jangan Jealous!

p/s : AIM lagi 2 mingguuu aiyoh!

Thursday, April 10, 2008

Sesi mengumpat?! Matilah...

Salam...

Baru balik dari blog Tipah... dia ada bengang ngan satu mamat ni yang mengumpat dia. Dia la beb mulut diorang suka hati diorang la erk. Ko sabor jer. Orang camni memang camtu. Kekampungan walaupun luaran nampak gah kan. Tapi sebenarnya tidak. Sabarlah beb. Ko angap jer orang camtu tak betul habis citer sebab lagi ko layan lagi la dia menjadi!

Ohh tak sabar nak gi JB nak makan ikan bakar and during the journet berenti kat R&R boleh makan asam pedas best best! Kali ni kak lotfi tak ikut so aku akan dok ngan Izra. Hopefully everything ok la erk.

Ohh kak lotfi so excited because dia akan amik diamond ring nya maybe esok dah siap after 2 weeks ditempah. Wahh very da and the ring got certificate ok. Wahh boleh la nanti kat opis kita tutup lampu tengok diamond Lin and Lotfi bergemerlapan heheheeheh...
Oklah will blog again nanti.....

P/S: Bard cuti this weekend and aku gi JB habis la laki aku akan tido tengok tv and makan sahaja!

Aircraft tak boleh mengundur!

Salam....



Sungguh kelakor semalam.Aku jumpa bebudak tu semua kat DE seperti biasa aku order teh o suam. Sembang sembang tetiba ..
Abby : Beb aku ada berita gembira.

Aku : Haa.. apa dia???

Abby : Aku dah dapat kerja kat ASTRO!!!

Aku : Alhamdullilah!!! So kita competitor la erk sekarang!

Abby : Ha ahh


Hmm then gelak gelak sembang pasal karaoke and trip nak gi Cameron pulak. Then aku citer la tadi aku gi MAS ada meeting.

Aku : Beb tadi aku ada satu citer kelakor nak citer.

Abby : Apa beb?

Aku : Tadi aku ada meeting kat MAS Subang. Then member aku parking kete dia kat belakang aircraft tail. Dia tanya aku ehh kapal ni sura tak mengundur erk habis kete i kang.

Abby : Bis tu..

Aku : Aku cakap oit kapal terbang takde gear reverse dan dia tidak boleh mengundur sendiri. Diana : Eh apasal pulak boleh la pandai la ko.
Abby : Haaa aku pun pernah shoot kapal mengundur.

Norza : Boleh la beb!

Raja : Mana boleh tak tau ker?

Aku : Ler korang tak tau ker?

Diana : Ehh aku tak puast ati ni...

Aku : Tak caya call sesiapa yang keje kat MAS ker Air Asia ker..


Then diana call kawan dia kat MAS.

Diana : Oit betul ke kapal terbang tak leh mengundur?

..........: ........................ (Ni aku tak tau apa dia cakap)
Diana : Ye ker? Apsal pulak.

Aku : Kan aku dah cakap!


Then suasana jadik kecoh bila Abby and diana and norza tak puast hati..... Raja call somebody.
Then dia pass kat aku Ohh Kak Linda....
Kak Linda : Jaws!!!! Apa citer kapal terbang ni? Siapa nak jadik pilot.

Aku : Ni ha bebudak ni tak caya kapal terbang tak leh mengundur!

Kak Linda : Hehehehehehe yer la aircraft tak leh mengundur you have to taxi the aircraft to a position before dia take off...

(Masa tu aku dengar Abang Saiful ketawa kat belakang!)

Ohh aku lupa nak cakap Kak Linda ni ex stewardess MAS manakala husband dia pilot MAS dan masih bertugas lagi. Ha... buat korang yang tak tau. Kapal terbang besar tak leh mengundur melainkan kapal terbang ringan. Kapal terbang control pun tak leh mengundur sekian pelajaran ari ini.

P/s Kete F1 pun tak leh mengundur!!!!

Wednesday, April 09, 2008

Ahhh macam tak best!

Salam...




Ahh hari ni takde apa nak report semua ok jer. Ohh the bank bugging me suh cepat bukak account coz diorang nak masukkan duit loan. Hahahaha aku akan lambat la bukak account. :) Yelah mana ada time buzy ok shima! Matilah kalau banker baca blog aku ni.

Ohh tak sabar nak g JB will be satu bilik ngan Izra. Usually Lotfi tapi this venue Lotfi tak pegi. So satu bilik ngan Izra la. Sesuwai geng sakit belakang! We are preparing to bring TENS machine and Acustop Cataplasma. For precaution je. Manalah tau tulang terkejut hahahaha...

Hmmm kekadang letih erk layan orang yang demand ni. Cantik ker nak demand! Kalau banned diorang ni ok tak? Heheheehe satu industri i meant! Rasain lu! Oklah nak balik dah! Abby got a good news to tell me. Wahhhh cant wait!!!!!

AKU BENCIKKK AMIR HAMIDI!!!!!!!!!!!!!

p/s : Learnt something from MAS meeting today.... :)

Tuesday, April 08, 2008

New perfume! Free Perfume!

Salam...


Hmmm last Sunday I got myself a new perfume and bard pun tetiba nak perfume jugak! Hehehe last last dia baya. Sesuwai jimat duit aku. He bought HUGO and aku GUCCI Envy Me. Sedap seh bau dia aku suka. Dah lama pun tak beli perfume so alang alang nak habis s aku beli la lain. Oppss bard beli la kat aku. Hahahaha

Ohh and thank you Cait!!! Dia bagi aku perfume jugak Heheheeh Alexander Mc Quinn occay. Matilah mandi namanya!

Semalam aku gi jumpa Amira from the Bank dah sign Letter of Offer. Alhamdullilah! So now the next process is waiting for lawyer to prepare agreement and sales and purchase document maybe dalam minggu depan siap then lepas sign pass tu Pejabat tanah. Ahhh ni yang akak risau Pejabat Tanah musti ala ala berkurun la kan nak tunggu. Maybe dalam bulan June or July rumah tu insya Allah akan bertukar ke nama aku. Minggu depan tuan rumah tu nak datang tunjuk umah and abah nak datang jugak. Aku suh dia tolong tengokkan umah tu kot kot ada apa apa dia nak ukur. Yelah tanya aku dapur tu berapa luas la kitchen kabinet yang camana nak suite la. Ha biar dia datang and tengok sendiri. Senang lerrr....

Ohhh lately ni balik kerja we spent a lot of time ngan Shebby and Lilo. Yes Shebby dah give birth to a baby boy (kot!) Shebby ni tak leh tengok anak dia kuar dari cage for sure dia akan gonggong anak dia masuk ke dalam cage. Kesian anak dia. Hope that anak dia tak sebissing shebby la erk.

Ohh tadi masa aku nak menghala ke toilet aku terjumpa la this woman dia orang kuat kat tempat aku kerja ni maksud aku bangunan ni. Usually dia senyum je ngan aku tapi hari ni dia cakap kat aku "eh cantiknya kasut so cute la ribbon tu" aku confused tu puji ker buat PR ker akak tak dapat tangkap lagi. Tapi aku senyum jawab thanks dan gelak jer la. Apa lagi nak buat takkan nak buat catwalk depan dia pulak. Neway dia ni pun kelass jugak kasut Gucci and handbag paling cokia pun Longchamp ok. So maybe dia tak pernah check out yang kasut murah ni banyak gak yang cantik heheheehhe...

This friday aku nak gi JB ada ntv7 at the mall event so will be back by Monday. Sian Bard tinggal. Ohh I think he will be fine. He got bunch of DVD and plenty of food kat umah while aku takde. Aku la kesian ok. Abby and diana kengkonon plan nak ajak gi Karaoke. Siap cucuk aku diorang nak gi Genting. Oit aku dapat subsistance allowence tau gi JB ko henggat free free erk. Hahaha Alhamdullilah bulan ni murah rezeki nampaknya. Bard tengah menghitung hari nak dapat bonus. Haruslah Zaida kene berkelakuan baik di rumah.

P/s : Pokok yang janice bagi ni semakin menguning nape erk? Sebab aku yang mandi ker sebab janice dah takde?

Monday, April 07, 2008

What goes around comes around. U wait and see la!

Salam...



Last week aku balik Ipoh sampai semalam. Tak ok. Last weekend was the most down week for me. Aku taknak cerita because lepas aku smsing with somebody at first aku rasa cam teruk gak la aku ni. Tapi lepas keep on sms sampai semalam aku rasa ok dah. Aku ni biasalah leleh dulu pastu aku akan bangkit and lawan with totally new Zaida. Itu lah aku. Tak kisah la sekarang ni orang nak tikam ker sapu ke take advantage ker. Aku akan bangkit and you will be suprise. Hahahaha... Actually aku ni always believe my 1st instinct. Tapi aku ni dah belajar jadi positive but then orang tu bila aku dah bagi muka dia take advantage so now no more my dear. Bye bye! I need time to built the trust again. And I think for 2nd time it will be a bit more difficult to gain the trust from me. I'll never trust you again.

Ok next. Aku balik kamupung after abah see me with that horrorificable condition dia diam jer tak cakap apa. Dia cuma cakap kat aku ni la the real life. Eleh tu aku pun tau. Kaco ler! Then ..


Abah : Apa kata kamu ngan bard ikut abanh ngan mak gi umrah tahun depan.
Aku : Eleh kalau gi ngan abah mahal la kalau ikut ofis jeda 2,300 jer sorang.
Abah : Ohh erk? Abis tu?
Aku : Abis tu kita ikut company jeda jer la.

Abah : Abah transfer la 2,300 ke account kamu nanti sekali ngan mak 2,300 ok
Aku : Tak ok. Sebab 2,300 tu untuk jeda ngan bard abah bayar cam biasa RM 5,000.
Abah : Apalah cerita cam ular.


Ewah ewaah aku la plak ularr dia tak tanya habis aku yang kene. Pehal la abah aku ni. Dah la aku penat menjawab soklan pasal umah yang bakal menjadik umah aku. Dia dah ada planning for the house. Helo aku dah cakap sensiang erk aku takmo ada kayu jati dalam umah aku ok. Very da aunty ok. Umah aku will go as simple as aku hahahahaha....


Mak seperti biasa mengambil langkah mendiamkan diri tapi Gulai tempoyak, ayam pangang, sambal belacan, ikan sumbat memang menerajang dinding umah aku. We selebret birthday tok mun, maksu and mak kat umah tok mun. Best ada ayam pangang and LAKSA!!!!!!! Matilah aku makan laksa sahaja 2 mangkuk sedih sedih gak makan laksa musti cam biasa. Worldest!!!!!

Oklah got to go aku dah nak balik dah kul 8 malam dah?! Haiyoh dah lama tak balik lambat. Aku lapor!!!! Nak gi sign LO and agreement with my bankers tonite kat Giant. Beli umah dia dapat komisen banyak belanja aku kat Mc D jer tak aci tau! Ha... nak complaint nih!


P/s : Aku bagi my 2nd sim card to abah. Maxis family plan punya pckage so kalau dia call aku free tak payah bayar for 20 hrs. Sms free and MMs also free. oit maxis bayar aku!!!!

Friday, April 04, 2008

Abby main netball?! Erk?!

Salam...




Dah berapa hari Abby main netball and the best part main ngan pelakon Dunia Baru. Neway Abby ni mana la tau pelakon Dunia Baru ni. Alih alih diorang tegur dia tanya belajar lagi ke apa ker. Hahahaha.... Abby horror. Pelakon pun tak kenal. Yang penting akak abby main netball ngan artis muahahahaha.... Beb kalau aku main netball dah kuar padang tau sebab bergerak lebih dari 3 kali. Yerlah aku main handball ngan hockey. Kan banyak gerak tapi kurang jerit. Main netball kalu kurang gerak tapi jerit banyak hahahahaha....

Hahh today aku so excited nak balik Ipoh and naik bus la apa lagi. En Bard tak ikut sebab dia kerja. Aku weekend memang cuti (eksyen!) Weekend weekend aku tak kerja hahahahaha... Mak tanya nak makan apa? Aku jawab Gulai Tempoyak tauge kasar. Aci tak? Aci ler bende tu susah nak dapat dowh. Kat sini takleh menjilat siku kat umah jer boleh hahahaha...

Aku cam nak kenen kat mak aku suh sponsor curtains aci tak? And sebagai balasan aku bagi cucu kat dia muahahahaahha... Tapi tak worth it la.. Kalau nak bagi cucu dia kene sponsor lebih baru la ok cam kita sistem barter la kan. Hahahahaajahatnya zaida!!!! Yerr memang aku jahat! Hahahaha...

Tadi aku gi jenjalan kat OU and ohhh G2000 sale!!!! Boleh ahh beli baju kerja... Baju kerja aku ala ala dah lusuh gitu. Ahhh alasan.......

Oklah got to go.... goin back ipoh.... bye people enjoy ur weekend.

Thursday, April 03, 2008

I FEELLL GOOOODDDDD like ntv7 now!

Salam....



Ok nerbes aku semua sudah hilang and digantikan dengan kegembiraan dan kecerian. Yay!!!! My housing loan has been APPROVED by Bank. Yay..... Alhamdullilah. Syukur kepada Allah SWT. :) Aku sungguh HAPPY! Right now lawyer are doing the paperwork. The owner pun soooo happy because my loan approved.

Actually, before aku kawin aku dah siap planning dari sebelum kawin sampai aku tua. Planning jer. Kan kerja aku hahahahaha.... Kat opis planning so matilah semua planning hahahaha. Dari kecik pun aku dah plan hidup aku with options. Kalau aku masuk Universiti where m i heading? Bila nak kawin? Planning before and after kawen. Camtu lah...

So my planned as of now...

1. Scored in SPM - Accomplished
2. Masuk U - Accomplished
3. Grad with Diploma and Degree - accomplished
4. Get a job - accomplished
5. Simpan duit nak kawen - Accomplished
6. Kawin lepas 1 year kerja - Accomplished (Duit simpan habis)
7. Simpan duit balik - Accomplished (thanks for the bonus. Speed up my planning)
8. BELI UMAH - Almost accomplished. (YAY!)
9. Start a family at our own house - Coming soon!
10. Simpan duit balik.........
11. Ade le mane boleh khabor.....-----> (Masy jangan nak meneka erk!)

Basically, aku cam tak caya jer dah sampai time beli umah. Yelah orang lain still enjoy enjoy hahahaha aku? Sibuk nak beli umah pehal. Tapi takpe aku rasa dah sampai masa pun. Nak tunggu bila kan. Aku sungguh happy!!!!

My 1st house? Hmmm teres 2 tingkat dekat Bukit Subang. Aku suka area tu. Tak crowded. Tak jam. Sesuwai untuk penempatan. Shelly (my 2nd cousin) will be staying at Denai Alam. So we will be neighboor soon Shelly!!! Yay! Right now aku and hubby will start kira duit nak plan nak beli barang rumah plak like curtains and ect hahahahahaa

To my friends u ollsss dah boley sebey for baby present hehehehehe

I FEEL GOODDDD.........

P/s : So now dah boleh plan nak beli apa plak untuk umah baru hehehehehehe

Tuesday, April 01, 2008

Keputusannya...

Salam...


CEO baru and GM baru dah masuk. Semua ok. They are flexible and I m sure we are in a good hand. All they need are result... good result i meant. Hmmm hopefully kita akan dapat big fat bonus next year. Now all we have to do is FOCUS FOCUS FOCUS. Then aku boleh raya raya di bulan April tahun hadapan hahahahaha.... So keputusan untuk new management semua aku dah dapat. Ok semuanya. Aku harap brainstorming kali ni gi jejauh sikit hahahahaha Australlia ker. Ok la lagi banyak idea.

To Janice thank you for the pokok. Will take a good care of it. Insya Allah.
Still meninggu keputusan yang satu lagi ni. By friday ni aku tau ler. Amin Amin Amin. Memintak dapat la erk. Kalau tak matilah mek.

Just done meeting with new boss. Kind of like her because she look sincere and I like the way she talk really sweet. Muka dia pun bersih. Hehehehe Oklah itu je aku nak citer esok aku sambung lagik.

Ohh today genap 1 year 9 months our anniversary. Time's up. I think by next year we should have already add up the number to our small family. And I think Abah and mak cant wait to see their new generation. Yelah tu! Neway will KIV this issue ya.


P/s : So nervous bout the 2nd result!